Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all 562 articles
Browse latest View live

Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy Fit, Fit e Malaysia

$
0
0
Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy Fit, Fit e Malaysia | Smart watch yang juga berfungsi sebagai peranti penjejak kesihatan semakin popular dikalangan pengguna. Banyak fungsi hebat yang boleh anda temui dalam 'fitness tracker' ini, disamping hadir dengan rekaan elegen yang sesuai dijadikan aksesori harian.

Minggu lalu, Samsung melancarkan DUA penjejak kesihatan iaitu Galaxy Fit dan Fit e.


Dapatkah Galaxy Fit ini menjadi pesaing kepada Mi Band yang menjadi meneraju dalam arena fitness tracker? Apakah spesifikasi menarik yang ada padanya? Bagaimana pula dengan harga Galaxy Fit dan Fit-e di Malaysia?

Saya kongsikan spesifikasi Fit e kerana ia lebih murah dan mampu milik. Namun, Fit e bukanlah peranti murahan.

Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy Fit, Fit e Malaysia


Spesifikasi Galaxy Fit e


Rekaan


Dari sudut rekaan, Galaxy Fit tampil dengan design hampir sama dengan Mi Band keluaran Xiaomi.
Tetapi ini adalah rekaan berbeza berbanding smartwatch yang pernah dihasilkan Samsung sebelum ini.

Agak berbeza dengan Samsung Gear Fit2 Pro yang mengetengahkan design yang lebih besar.


Galaksi Fit lebih ringan, mesra sukan, iaitu anda hampir tidak rasa ia berada dipergelangan tangan. Ini kerana plastik yang digunakan ditambah baik supaya tidak mengganggu aktiviti fizikal.

Notifikasi dari telefon


Selain menjejak kesihatan untuk tujuan bersenam, Galaxy Fit turut menerima notifikasi dari telefon yang disambungkan melalui bluetooth.


Anda akan menerima pesanan text, notifikasi dari Instagram, Twitter, reminder, menjawab panggilan telefon, dan lain-lain.

Bateri


Sebagai smartwatch, penjejak kesihatan, serta aksesori, bateri Galaxy Fit-e yang sebesar 70mAh mampu bertahan selama 6 hingga tujuh hari pada penggunaan sederhana.

[Baca] Cara Semak Samsung Original

Ia cukup untuk menampung penggunaan senaman dan mencapai fitness goal anda. Dalam masa satu minggu, anda tidak perlu risau akan gangguan kehabisan bateri semasa bersenam.

Namun, ia bergantung kepada penggunaan ciri yang ada pada peranti ini seperti widget, text, notifikasi, dan masa pengecasan.

Ketahanan


Samsung membina Galaxy Fit-e dengan ketahanan taraf 'military-level'. Ia tahan lasak, tahan air sehingga 5 ATM. Anda boleh memakainya tanpa perlu risau akan habuk, hujan, dan peluh.


Penjejak kesihatan


Memandangkan ia adalah peranti penjejak kesihatan, Galaxy Fit-eyang disokong Auto Workout Tracking akan mengesan TIGA aktiviti secara automatik iaitu:
  • Berjalan
  • Berlari
  • Senaman

Ia turut menghantar heart rate (degupan jantung) terus ke telefon menerusi aplikasi Samsung Health App untuk rujukan dari masa ke semasa.

Muat turun Samsung Health App secara percuma
iOS: https://apps.apple.com/us/app/samsung-health/id1224541484
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.sec.android.app.shealth&hl=en

Polar Tidur


Samsung Galaxy Fit-e turut menyokong sleeping tacker supaya anda boleh mengesan polar tidur. Maklumat ini seterusnya dikumpul dalam aplikasi Samsung Health supaya anda boleh mengesannya dan mengamalkan gaya hidup sihat.


Perbezaan antara Galaxy Fit dan Fit e


Galaxy Fit adalah versi yang lebih premium berbanding Fit e. Ia hadir dengan skrin AMOLED 0.94-inci berwarna. Malah, baterinya juga sebesar 120 mAh yang mampu bertahan sehingga 11 hari.

Galaxy Fit vs Galaxy Fit e



Disebabkan perbezaan ini, harga kedua peranti ini adalah berbeza. Anda boleh lihat sendiri harganya di Lazada menerusi pautan di bawah.

Harga Galaxy Fit Malaysia
RM139 - Beli di SINI

Harga Galaxy Fit e Malaysia
RM360 - Beli di SINI

[Baca] Pengalaman Beli Handphone di Lazada

Menarik bukan? Harganya juga agak berpatutan. Adakah ia dapat memberi saingan kepada Mi Band 4 yang telah berada di pasaran?

Jika dilihat kepada Samsung smartwatch review di Youtube, rata-ratanya memberi pujian terhadap peranti ini.

Semoga artikel Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy Fit, dan Fit e Malaysia dapat membantu anda dalam membuat pilihan sebelum membeli.

Mr Dakgalbi Restoran Korea di Kota Bharu

$
0
0
Mr Dakgalbi Restoran Korea di Kota Bharu | Memandangkan pengaruh K Pop semakin menjadi-jadi di Malaysia, maka banyaklah restoran yang menghidangkan masakan Korea di buka termasuklah di Kota Bharu, Kelantan.

Di Kelantan sendiri sudah memiliki beberapa buah restoran Korea. Mr Dakgalbi adalah salah satu restoran seumpanya yang dibuka di pusat membeli-belah KB Mall.


Saya berkesempatan menjamu selera di Mr Dakgalbi Kota Bharu tempoh hari, here is my review.

Mr Dakgalbi adalah dari bahasa Korea iaitu "dak-galbi" yang bermaksud "ayam". Di sini, pelanggan akan menikmati ketulan ayam goreng yang telah diperap menggunakan rempah khas, iaitu gochujang.

Rempah inilah yang membuatkan Mr Dakgalbi istimewa. Aromanya memang memikat. Dari jauh lagi anda sudah dapat menghidu baru rempahnya.


Apa yang membuatkan Mr Dakgalbi ini menjadi perhatian adalah kerana konsepnya di mana makanan di goreng di meja makan pelanggan. Anda boleh lihat sendiri bagaimana ia disediakan. Which is very exciting!

Mr Dakgalbi Restoran Korea di Kota Bharu


Sebuah kuali atau 'hot pot' besar diletakkan di tengah-tengah meja. Segala bahan mentah seperti ayam, rempah gochuang, nasi, ramen, seaweed dan cheese di masukkan ke dalam kuali.


Ia seakan sama seperti restoran seamboat. Cuma anda tidak perlu menggorengnya sendiri. Semuanya akan dilakukan oleh pelayan. Pelanggan menikmati hidangan yang telah dimasak.

[Berkaitan] Makette Steamboat & Grill Tempat Makan Sedap Kota Bharu

Ketika proses menggorenglah paling menarik. anda boleh lihat bagaimana pelayan memasukan bahan-bahan. Di saat ramen digoreng, aroma rempah gochujang yang menusuk hidung membuatkan anda tidak sabar untuk menjamu selera.

Mr Dakgalbi KB Mall review


Nasi putih, ramen, dan ayam digoreng menggunakan rempah istimewa ini. Cuma nasi digaul bersama-sama cheese dan ini menimbulkan rasa 'lemak' dan melekit. Sedap! Rasanya seimbang. Bahkan ayamnya juga lembut.


Kimchi pula memang dah sinonim dengan makanan Korea. Ia dikatakan sebagai pelengkap hidangan. I personally not a fan of kimchi.

Oleh kerana ini merupakan kunjung kami yang pertama, kami memilih set yang paling murah iaitu 'Fried Rice 2 Pax set' yang berharga RM43.50. Hidangan ini hadir dengan:

  • Nasi putih
  • Ramen
  • Cheese
  • Kimchi
  • Jeruk lobak putih

Untuk side dish atau hidangan sampingan, kami tambah rice cake with cheese sahaja. Untuk minuman, kami pilih 1 jug air oren yang berharga RM8.

Rasanya memang sedap. Tekstur nasi gorengnya juga tidak sama seperti nasi biasa. Agak lembik dan ditambah pula dengan rasa cheese yang enak.


Kalau anda tertanya-tanya, pedas ke Mr Dakgalbi ni? Pada saya tidak terlalu pedas. Masih 'manageable' dan  tidak sepedas ramen Samyang yang pedas berdesing tu. Lol!

Kami pilih Rice Cake with Cheese sebagai hidangan sampingan. Rice cake ini digaul bersama nasi goreng. Pada saya rice cake agak mahal. Kuantitinya sedikit dan saiznya terlalu kecil, dalam sekitar 1 inci sahaja.

Sumber: Facebook Mr Dakgalbi Kelantan

Mr Dakgalbi KB Mall ini mendapat sambutan menggalakkan. Ada yang sanggup tunggu di hadapan restoran menantikan meja kosong. Dah boleh dilategorikan sebagai tempat makan menarik di Kota Bharu

Mr Dakgalbi KB Mall Menu / Harga


Restoran rangkaian ini menawarkan pelbagai jenis set. Terdapat set yang hadir dengan variasi sayuran, atau anda boleh tambah 'cheese ring', iaitu lelehan cheese cair yang mengelilingi hot pot. Anda boleh lihat menu dan senarai harga di bawah.


Facebook: Mr Dakgalbi Kelantan
Waktu operasi: 10 am - 10 pm
Alamat: Kb Mall, Lot 2.18, Second, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Sekiranya anda berada di Kota Bharu, dan ingin menikmati makanan Korea, bolehlah menjamu selera di Mr Dakgalbi, KB Mall.

Fakta Menarik Spiderman Far From Home

$
0
0
Fakta Menarik Spiderman Far From Home | Marvel Studios tidak akan berhenti dari terus menghasilkan filem dunia Marvel Cinematic Universe (MCU) yang diadaptasi dari komik Marvel.  Sekuel demi sekuel diterbitkan, terbaharu, Spider-Man Far From Home menanti untuk menjadi jamuan mata penonton.

Selepas Avengers Endgame, peminat tertanya-tanya apakah kesinambungan dunia MCU? Lebih-lebih lagi ia memfokuskan karakter kegemaran ramai, Peter Parker atau alter egonya, Spider-Man.

[Berkaitan] Ulasan Filem Avengers Endgame


Kejayaan filem pertama Spiderman Homecoming (2016) mencetuskan sekuel untuk tatapan peminat. Apatah lagi pengkritik profesional dari laman Rotten Tomatoes Spiderman Homecoming mendapat markah tinggi iaitu 91%. Which is such a big deal. Lol!

Menjadi penyumbang utama terhadap kecemerlangan francais ini sudah tentulah pelakon utamanya, Tom Holland. Seawal kemunculannya yang pertama lagi melalui Captain America Civil War mencuri hati peminat. Karisma Holland telah memberikan justifikasi terhadap watak Spiderman. Menjadikan beliau sebagai Peter Parker dan Spiderman paling sempurna yang pernah diangkat ke layar perak.

Sekiranya anda masih belum menonton Avengers Endgame, filem terbaharu Spiderman ini mendedahkan spoiler besar.


Apakah yang akan berlaku kepada ahli pasukan Avengers? Apakah rancangan Marvel Studios dan Disney dalam membawa hala tuju dunia MCU? Siapakah sebenarnya watak Mysterio yang dimainkan Jake Gyllenhaal?

Sinopsis Spiderman Far From Home


Selepas kejadian dalam Avengers Endgame, Peter Parker (Tom Hollad) menyertai rombongan sekolahnya iaitu ‘Midtown School of Science and Technology’ ke Eropah. Di sana, Parker harus melunaskan misi menyelamatkan dunia dari ancaman terbaharu.

Pelakon: Tom Holland, Jake Gyllenhaal, Samuel L. Jackson, Zendaya, Jon Favreau, Marisa Tomei.
Pengarah: Jon Watts
Spiderman Far From Home release date Malaysia: 3 Julai 2019

Fakta Menarik Spiderman Far From Home


- Jake Gyllenhaal hampir menggantikan tempat Toby Maguire dalam Spiderman 2 (2004) kerana Maguire mengalami kecederaan set penggambaran Seabiscuit.

- Ini merupakan filem ke-23 dalam dunia MCU.

- Pengarah, Jon Watts mengesahkan pelakon Michael Keaton, Laura Harrier,  dan Michael Mando tidak akan kembali untuk filem kali ini.


-  Buat pertama kalinya dalam sejarah perfileman, pihak produksi perlu memberikan peringatan di awal trailer yang ia bakal mendedahkan spoiler untuk filem Avengers Endgame. Holland muncul di awal trailer memberitahu yang anda perlu menonton Avengers Endgame terlebih dahulu sebelum menonton trailer Spiderman Far From Home.

- Far From Home menjadi penutup kepada Fasa Ketiga MCU.

- Tajuk filem ini didedahkan oleh Holland melalui laman Instagram beliau.

- Di dalam trailer, Spiderman ada menyebut 'Captain Marvel'. Ini merupakan kali pertama watak dari MCU memanggil Carol Denvers dengan nama berkenaan.


-Beg pakaian tertera huruf 'BFP' yang merupakan singkatan kepada bapa saudara peter, Benjamin Franklin Parker. Uncle Ben merupakan watak penting dalam filem-filem Spiderman sebelum ini kerana kematiannya memberikan inspirasi untuk menjadi Spiderman.

- Aktor popular, Matt Damon khabarnya menolak tawaran dalam memegang watak villain.

- Filem ini menelan belanja sebanyak 160 juta USD.

- Spiderman Far From Home menjalani penggambaran sekitar England, Czech Republic, Itali, New York, dan California.
Sumber: IMDb

Marvel movies in order


Nah, ini adalah senarai filem MCU mengikut urutan dari tahun yang diterbitkan 2008 hingga 2019.


Selamat menonton Spiderman Far From Home!

Xiaomi Mi Band 4 di Lazada hanya RM139

$
0
0
Xiaomi Mi Band 4 di Lazada hanya RM139 | Sejak Xiaomi Mi Band mula dilancarkan pada 2014, ia mula menjadi peneraju kepada peranti fitness tracker atau penjejak kesihatan. Ia menjadi pilihan ramai keranaa menawarkan fungsi menarik, rekaan elegan dan berkualiti pada harga murah

Untuk mengekalkan gelarannya sebagai 'best fitness tracker watch' di pasaran, Xiaomi melancarkan Mi Band 4 yang menambah baik beberapa ciri menarik.


Nak tahu apakah ciri menarik Mi Band 4? Apakan perbezaan antara Mi Band 4 dengan Mi Band 3? Teruskan membaca artikel ini.  

Skrin AMOLED berwarna


Penambahbaikan yang paling ketara adalah Mi Band 4 dilengkapi skrin berwarna. Ini merupakan kali pertama Xiaomi membangunkan skrin berwarna pada penjejak kesihatan mereka. Peranti-peranti sebelum ini hanya hitam dan putih.

Ini bermakna skrin kali ini lebih verstail dan aplikasi di dalamnya lebih ceria dengan adanya skrin AMOLED berwarna.


Dengan adanya interface berwarna ini, pengguna diberikan kira-kira 77 pilihan paparan utama.

Selain itu, saiz skrin kali ini lebih besar iaitu 0.95 inci berbanding 0.78 inci pada Mi Band 3. Biarpun perbezaan ini tidak ketara, ia tetap memberi kepuasan kepada si pemakai terutama ketika melakukan aktivit fizikal.

Teknologi SWOLF


Sokongan SWOLF memudahkan anda memantau aktiviti berenang. Ia boleh menetapkan beberapa mode berbeza. Bahkan Mi Band 4 mampu mengenal pasti beberapa gaya renang seperti kuak lentang, rama-rama, bebas, dan lain-lain.

[Baca] Cara Semak Xiaomi Original 

Mempunyai perlindungan air sehingga 50 meter. Ini sesuai untuk dibawa bercuti dan tidak digalakkan untuk aktiviti menyelam dasar laut yang serius.

Mikrofon untuk arahan suara


Selain itu, mikrofon juga salah satu ciri menarik pada Mi Band 4 yang boleh anda nikmati. Dengan adanya mikrofon ini, anda boleh melakukan arahan suara (voice command).


Ia turut hadir dengan pembantu digital, Xiao AI. Antara tugasan ringkas yang boleh anda arahkan adalah:

  • Bertanyakan cuaca
  • Mengawal muzik
  • Menetapkan telefon kepada mod senyap
  • Mengawal panggilan telefon
  • Mengawal peranti-peranti berhubung di rumah sperti lampu pintar Xiaomi

Mengecas tanpa membuka tali jam


Mi Band sebelum ini memerlukan pemakai membuka tali untuk mengecas bateri. Cara pengecasan kini semakain senang. Ia terbina di belakang jam dan anda tidak perlu mencabutnya terlebih dahulu.

Bercakap soal bateri, Mi Band 4 mampu bertahan sehingga 20 hari dengan penggunaan sederhana.

Sokongan NFC


Mi Band 4 turut mengekalkan fungsi NFC untuk tujuan pembayaran nirtunai. Pengguna boleh menggunakan kod QR untuk diimbas oleh penjual ketika membuat pembayaran.



Rekaan


Berbeza dengan Mi Band 3 yang mempunyai lengkuk untuk mengaktifkan peranti, Mi Band 4 hadir dengan skrin rata.


Dengan beberapa ciri baharu yang saya senaraikan di atas sudah cukup untuk membuktikan yang Mi Band 4 adalah fitness tracker yang berbaloi untuk di miliki. Apa yang ditawarkan peranti ini sangat mengujakan. Harga Mi Band 4 Malaysia juga murah, tidak jauh beza dengan Min Band 3. Baik beli yang terbaharu je.

Harga Mi Band 4 di Lazada



Mi Band 4 sudah pun masuk ke pasaran Malaysia. Hargnya sekitar RM129 hingga RM145 sahaja. Saya cadangkan beli dengan seller yang mendapat reputasi baik dari pelanggan untuk memastikan servis yang memuaskan dan ketulenan produk.

[Berkaitan] Pengalaman Beli Handphone di Lazada


Seller seperti gambar di atas menjualnya dengan harga RM145. Tiada kos penghantaran dan anda bakal menerima DUA free gifts.

Beli di Lazada - https://invol.co/clg93h

Sinopsis Sweet Dreams di Astro Ria

$
0
0
Sinopsis Sweet Dreams di Astro Ria | Menghiasi MegaDrama Astro Ria, penonton bakal dihidangkan dengan sebuah lagi drama bersiri menarik untuk menemani malam-malam anda yang bertajuk Sweet Dreams.

Di bawah arahan pengarah tersohor, Michael Ang ini dijangka bakal mencipta fenomena tersendiri. Ini kerana ia dibintangi pelakon popular, Mira Filzah dan dibantu oleh Ben Amir.


Drama Astro Ria ini turut membintangi Sweet Dreams ialah Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, dan Didi Astillah.

Sweet Dreams juga merupakan sebuah lagi drama yang di adaptasi dari novel cinta terkenal, dari tajuk yang sama karya Acik Lana.

Sinopsis drama Sweet Dreams di Astro Ria


Puteri, seorang gadis bisu yang jelita tetapi sentiasa ditimpa malang. Gadis bisu bukanlah satu-satunya gelarannya. Ratu Kelam Kabut dan Minah Clumsy sudah menjadi gelarannya sejak dari kecil. Mana tidaknya, segala tiang dilanggarnya. Dia juga sering tergolek ke dalam longkang.


Siri kejadian malang Puteri mempertemukannya dengan seorang jejaka. Belum sempat tergolek, lelaki ini sempat menyambutnya. Bukan sekali, maalah lelaki ini sering menyelamatkannya.

Qash Adam, seorang pelukis yang sering mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kisah silamnya membuatkan Qash sering menyendiri dan murung. Anugerah dapat menghidu kejadian buruk membuatkan Qash dihina dan difitnah.

Kerana itu jugalah dia menolak untuk mendekati wanita.


Namun kemunculan Puteri dalam mimpinya membuatkan Qash keliru. Siapa gadis itu? Apa hubungkait antara mereka berdua? Dan dari satu pertolongan ke satu pertolongan mula menjelaskan maksud yang tersirat disebalik mimpi.

“This might sound weird, Putri. But I’m different. Diri I tak macam orang lain.” ~ Qash Adam

Rahsia demi rahsia terbongkar...

Anda boleh rujuk label 'Sinopsis' untuk mengetahui senarai drama Melayu best.

Video promo:

 
 
Drama Sweet Dream bersiaran mulai 5 Ogos 2019, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam do Astro Ria (104)

Resepi Nasi Ayam Sedap dan Padu

$
0
0
Resepi Nasi Ayam Sedap dan Padu | Hidangan nasi ayam memang menjadi kegemaran ramai. Siapa tidak suka akan keenakan ayam, kelembutan nasi, sup, dan ditambah pula dengan kicap dan sos sebagai pelengkap hidangan.

Menu ini sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Malah. digemari setiap peringkat umur terutamanya anak-anak yang sudah memang gemarkan ayam. Resepi nasi ayam boleh dikatakan antara resepi 'wajib tahu' dikalangan ibu-ibu.


Seperti yang kita tahu, terdapat benyak jenis nasi ayam seperti hainan, madu, roasted, dan lain-lain. Dalam artikel ini saya kongsikan resepi nasi ayam biasa yang sentiasa menjadi pilihan ramai.

Ini adalah resepi asal dari Kak Laily Subang dan gabungan perapan ayam Restoran Steak Me'nate, Ia adalah resepi nasi ayam viral kerana mendapat 60k share di laman Facebook selepas dikongsikan oleh Rafiza Ayu. Jadi hasilnya memang nampak menyelerakan!

Resepi Nasi Ayam Sedap


Bahan-bahan untuk masak nasi


Lemak ayam
Air rebusan ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Daun salam (boleh digantikan dengan daun pandan)
Kiub pati ayam

Bahan-bahan untuk perapan ayam


Lada sulah
1 sudu minyak bijan
1 sudu kicap pekat
3 sudu madu
2 sudu sos tiram
3 ulas bawang putih

Bahan-bahan untuk sos / sambal nasi ayam


Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
1 sudu kecil garam
4 sudu gula
Halia
1 sudu jus limau nipis
2 ulas bawang putih
6 biji lada merah

Bahan-bahan untuk kicap


Sup ayam
Kicap lemak manis
2 hirisan halia
1 ulas bawang putih (ditumbuk)

Cara rebus ayam


1. Simpan lemak ayam untuk masak nasi. Ini adalah 'ultimate secret' untuk buat nasi ayam sedap!
2. Masak air sehingga mendidih, masukkan ayam yang telah dipotong.


3. Wajib tutup periuk dalam 5 hingga 6 minit bergantung kepada kuantiti ayam.
4. Air rebusan ini akan dibahagikan untuk masak sup, nasi, dan kuah kicap kelak.

Cara masak nasi


1. Rendam beras dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit sekitar 15 - 30 minit. Ini adalah untuk menghasilkan warna nasi berwarna kuning.
2. Toskan beras.


3. Sementara itu, panaskan lemak ayam ke dalam periuk nasi. Tutup periuk.
4. Selepas lemak ayam mencair, buang ketulan lemak yang tinggal sahaja.


5. Masukkan bawang putih, halia, daun salam, dan kiub ayam yang telah ditumbuk halus.
6. Masukkan beras, dan air rebusan ayam tadi. *Sukatan air dan beras haruslah sama, kerana beras sudahpun mengembang.
7. Pindahkan periuk nasi ke rice cooker. Tunggu sehingga masak.

Cara masak ayam


1. Campurkan semua bahan-bahan perapan ayam yang disebut di atas.
2. Gaulkan pada ayam dan perap buat seketika.


 3. Ayam yang telah diperap ini sedia untuk digoreng/ grill/ bakar.

Cara buat sos / sambal nasi ayam


1. Mesin semua bahan yang diperlukan dalam satu masa.
2. Setelah mesin, masukkan ke dalam periuk. Panaskan pada api kecil.


 3. Sesudah mendidih, mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis

Maka terhidanglah menu nasi ayam yang sedap. Ibu-ibu di rumah bolehlah mencuba resepi nasi ayam simple untuk anak ini. Punyalah sedap sehingga menjadi viral di media sosial. Untuk artikel akan datang saya akan kongsikan resepi nasi ayam madu, Sheila Rusly, cina, dan crispy pula. Anda boleh semak di label Resepi.


Selamat resepi nasi ayam simple untuk anak-anak!

6 Kedai Bubble Tea, Boba di Kota Bharu

$
0
0
5 Kedai Bubble Tea di Kota Bharu | Trend minuman bubble tea masih belum reda. Sejak viral tempoh hari, demam meminum minuman yang berasal dari Taiwan itu berterusan sehingga ke hari ini.

Keenakan bebola hitam kenyal ini seolah sebagai penambah rasa kepada air pelbagai perisa. Memang sedap, sehingga penggemarnya sanggup beratur panjang demi bubble tea yang turut dipanggil 'boba' ini.

Berikutan permintaan tinggi, kedai minuman yang menjual bubble tea semakin banyak beroperasi. Malah, gerai air balang juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menjual minuman yang menjadi kegilaan ramai itu. Ada juga yang menambah 'cheese brulee' sebagai perisa tambahan.

Baca: Status Halal Xing Fu Tang Menurut Jakim

So far, Xing Fu Tang dan The Alley tak ada di Kota Bharu. What a bummer, teringin juga nak rasa dan join sekali kegilaan terhadap minuman ini. Jangan risau, jom lihat antara kedai boba di Kota Bharu yang boleh anda terjah.

6 Kedai Bubble Tea / boba di Kota Bharu


Richiamo Coffee


Merupakan rangkaian kafe berasaskan kopi. Menawarkan kopi premium enak buat penggemar kopi. Bukan sekadar kopi, Richiamo Coffee turut menyediakan pelbagai jenis minuman lain seperti pelbagai jenis air coklat, teh, serta jus segar.

Richiamo menawarkan minuman 'Brown Sugar Boba Milk' untuk memenuhi permintaan ramai. Nampak lemak berkrim kan? Ia cuma berharga RM9.90 sahaja.



Selain kopi, Richiamo yang terletak di Lembah Sireh turut menyediakan variasi piliha pencuci mulut dan makanan Barat.

Waktu operasi: 10 am -12 am
Alamat:  PT 410, NO 7-C, Bandar Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Yoohoo Dessert Cafe


Nama pun 'dessert cafe', tentulah menu di sini lebih terarah kepada pencuci mulut dan minuman menarik sahaja.

Menu signature di sini adalah 'kakigori' iaitu hidangan yang berasal dari Jepun. Kakigori merupakan ais parut pelbagai perisa yang dicurahkan dengan susu. Antara perisa menarik yang ada adalah coklat, strawberry, caramel, matcha, gula melaka, teh ais, dan banyak lagi. Malah, ada juga yang dihidangkan bersama bebola boba.




Untuk minuman boba pula, mereka menyediakan Brown Sugar Fresh Milk Boba enak.

Saya yakin anda pasti rambang mata melihat menu mereka yang menyelerakan apatah lagi kesemuanya begitu comel!

Waktu operasi: 1 pm - 11 pm
Alamat: PT373, Jalan Sri Cemerlang 7/27, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Kopi Mesin


Antara tempat makan menarik di Kelantan yang wajib anda cuba! Cukup popular di kalangan golongan muda, Kopi Mesin menawarkan variasi pilihan kopi menarik untuk para pelanggan.

Ia bukan sekadar kedai kopi biasa, tetapi menggunakan biji kopi berkualiti dari Brazil, Papua New Guinea, dan India.


Tidak minum kopi? Usah risau, kerana banyak lagi pilihan minuman sedap seperti coklat, teh, dan minuman berperisa yang lain. Boba milk turut dijual dengan harga berpatutan.

Selain itu, hidangan western seperti chicken chop, speghati, nachos, serta pelbagai jenis kek turut dijual. Dibuka seawal pagi,Ia juga merupakan tempat sarapan sedap di Kota Bharu dengan juadah nasi lemak serta roti bakar.

Kopi Mesin membuka dua buah cawangan setakat ini iaitu di Lundang, dan di Langgar.

Waktu operasi: 7 am - 1am
Alamat: 4663B, Jalan Sultan Yahya Petra, Langgar, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Tiny Elephant


Salah satu kafe hipster di Kota Bharu yang menjadi kegilaan golongan muda di sini. Mereka turut menawarkan Boba Fresh Milk dengan harga RM10. Melalui review pelanggan di laman sosial, Boba Fresh Milk mereka sedap, creamy, dan bobanya tidak terlalu manis.



Menu lain yang ada di Tiny Elephant - Soft Serve & Coffee adalah hidangan western, pencuci mulut, dan pelbagai jenis kopi.

Tiny Elephant Wakaf Che Yeh turut menyediakan menu sama.

Waktu operasi: 12.30 pm - 12.30 am
Alamat: 1122, T/B, Jalan Tengku Petra Semerak, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Coolblog


Seingat saya, Coolblog adalah antara pelopor minuman berperisa dengan boba di Malaysia. Coolblog memperkenalkan Milk Tea with pearls. Pearls to boba lah! Bukan main banyak lagi perisa minuman yang ditawarkan.


Ketika trend boba ini sedang hangat, Coolblog hadir dengan Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee. Pelanggan boleh pilih di antara teh atau kopi premium dengan boba gula perang istimewa. Harganya cuma RM6.50 sahaja.

Tealive


Jenama minuman teh, Tealive sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan hanya keenakan minumannya tetapi pertikaian di antara Chatime vs Tealive yang berpanjangan.

Tealive menjadi kegemaran ramai dek kerana menawarkan pelbagai jenis minuman enak. Biarpun memfokuskan teh, air coklat, kopi, dan jus segar juga digemari pelanggan.

eunicechow.com

Bang Bang Milk Tea yang disertakan dengan boba agak popular ketika ini. Harganya cuma RM7.45 sahaja.

But my personal favorite adalah Strawberry Pudding dan Ice Plum Cooler (air asam boi)

Nah, itu dia antara kedai boba dan bubble tea di Kota Bharu. Tapi sekarang ni dah banyak gerai tepi jalan yang menjual boba. Harganya jauh lebih murah dan boleh tahan sedap!

Cara Bayar Bil TM Unifi Streamyx dengan MYUNIFI App

$
0
0
Bagaimana cara semak dan bayar bil TM Unifi dan Streamyx dengan mudah? Untuk pengetahuan, Telekom malaysia (TM) kini menyediakan aplikasi 'myUnifi' untuk memudahkan pelanggan semak bil perkhidmatan yang disediakan oleh TM.

Jika sebelum ini pelanggan boleh menyemaknya dari portal unifi.com.my, kini anda boleh melakukannya dengan mudah melalui aplikasi myUnifi pada telefon bimbit sahaja.


Lebih mudah dan cepat berbanding menggunakannya pada laman web.

Sebagai pelanggan Streamyx, aplikasi ini memang sangat membantu untuk membuat bayaran dan menyemak bil terkini dan terdahulu. Untuk itu, saya akan tunjukkan cara-cara untuk membuat bayaran bil Streamyx. Pengguna wifi Unifi atau bil telefon TM juga menggunakan cara sama.

Muat turun aplikasi myUnifi dari Google PlayStore (Android) atau App Store (iOS) terlebih dahulu.


Selesai muat turut anda perlu log in ke akaun. Caranya mudah sahaja, cuma masukkan email dan cipta satu password. Untuk mengesahkan akaun TM, masukkan nombor akaun Streamyx/Unifi anda.

Cara Bayar Bil TM Unifi Streamyx dengan Aplikasi myUnifi


Langkah 1: Buka aplikasi myUnifi dan pilih 'Pay Bills'.
Anda juga boleh bayar bil untuk orang lain dengan pilih 'Pay for anyone'. Contohnya tolong bayarkan bil telefon TM untuk ibu bapa.

Langkah 2: Pilih 'Pay my bills' untuk membayar bil terkini.



Langkah 3: Jumlah bil terkini. Sebagai contoh, bil terkini adalah RM69.95 seperti gambar di atas.

Langkah 4: Pilih 'Pay RM69.95' untuk meneruskan pembayaran.



Langkah 5: Pada langkah ini anda kan diberi pilihan sama ada untuk membuat bayaran menggunakan Credit/debit cardatau perbankan online.

Langkah 6: Anda akan dibawa ke portal bank pilihan untuk meneruskan pembayaran.



Selepas membuat pembayaran, email pengesahan akan dihantar. Rekod pembayaran akan disimpan di bahagian 'Overview' untuk rujukan di masa akan datang.

Senang bukan? TM bill payment menjadi lebih mudah berbanding kaedah 'Jompay Unifi' pada portal perbankan.

[Baca] Cara Bayar Bil Astro, TM, Unifi, TNB, Air dengan JomPAY CIMB 

Apa lagi yang boleh anda lakukan dengan aplikasi myUnifi ini? Aplikasi ini sebenarnya memudahkan pelanggan TM untuk menguruskan apa sahaja perhidmatan yang ditawaran oleh mereka. Senang cerita, semua servis yang disediakan disatukan dalam satu aplikasi sahaja.



Kegunaan aplikasi myUnifi


  • Membuat semakan bil servis yang anda langgan
  • Bayar bil Unifi atau TM dengan mudah
  • Sejarah pembayaran bil
  • Lihat promosi istimewa seperti pakej Unifi dan Streamyx
  • Khidmat pelanggan TM yang beroperasi 24 jam

Melaporkan masalah kepada pegawai khidmat pelanggan
Berkenaan TM careline, sebelum ini anda boleh menghubungi talian '100' untuk melaporkan sebarang masalah. Kini, talian berkenaan hanya beroperasi pada waktu berkerja sahaja iaitu dari 9 am hingga 5.30 pm sahaja.

Kelebihan aplikasi myUnifi


  • Dapat membuat bayaran semua jenis perkhidmatan TM
  • Mendapat notifikasi jumlah bil setiap bulan
  • Mendapat kod voucher istimewa seperti dari Zalora, Tune Hotel, dan Legoland
  • Boleh buat pembayaran bil untuk orang lain.
  • Aplikasi mesra pelanggan dan senang untuk dinavigasi

Unifi Lite - RM69 sebulan


Eh, anda tahu tak tentang pakej Unifi Lite? Pengguna Streamyx sedia ada akan menikmati pakej baru pada harga RM69 sebulan dengan data berkelajuan sehingga RM8Mbps (tanpa had).

Manakala pelanggan baharu Streamyx akan menikmatinya pada harga RM89 sebulan.


Ia merupakan pakej istimewa buat pelanggan Streamyx yang tidak boleh menaik taraf wifi kepada Unifi kerana tidak mendapat liputan.

Saya pun plan nak upgrade Streamyx. Nanti saya kongsikan cara memohon Unifi Lite ini dalam artikel akan datang.

Jadi mulai bulan hadapan bolehlah anda bayar bil TM dengan aplikasi myUnifi!

Sinopsis Lelakimu Yang Dulu di Tv3

$
0
0
Sinopsis Lelakimu Yang Dulu di Tv3 | Terbaharu di Slot Akasia, Tv3 bakal menayangkan sebuah drama Melayu bersiri iaitu Lelakimu Yang Dulu untuk menceriakan petang penonton setianya.

Drama Lelakimu Yang Dulu merupakan sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel cinta dari tajuk yang sama tulisan Farah Darianna. Novel ini khabarnya cukup popular. Anda boleh membacanya di laman Wattpad - Lelakimu Yang Dulu Bab 1.


Di bawah arahan Eoon Suhaimi, drama ini dijangka mendapat sambutan hangat daripada penggemar drama Melayu. Ini kerana ia sekali lagi menggandingkan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai pelakon utama.

Selain itu Lelakimu Yang Dulu turut dibintangi barisan pelakon popular seperti Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Syafnida Shuhaimi, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Jalaludin Hassan, dan Dian P.Ramlee.

Sinopsis drama Lelakimu Yang Dulu di Tv3


Berkisarkan sepasang suami isteri, Hazrul dan Daliya yang dilanda musibah apabila Hazrul dipenjarakan atas kesalahan merogol. Si Hazrul pula mendiamkan diri. Sedikit pun tidak menafikan tuduhan keatas dirinnya.
 

Daliya membawa diri, tidak sangka suaminya sendiri sanggup melakukan perkara terkutuk itu.

Dua tahun berlalu, Hazrul mendapat perkhabaran yang Daliya menyembunyikan rahsia daripadanya. Rupanya mereka berdua mempunyai zuriat.

Hadirnya cahaya mata, Heidi, menguatkan lagi keinginan Hazrul untuk mendapatkan kembali keluarganya. Diaturnya bermacam-macam rancangan supaya Daliya kembali ke pangkuannya.

Tidak semudah itu Daliya memaafkan Hazrul walaupun mereka masih sah sebagai suami isteri. Ditambah pula dengan kehadiran Nazli yang setia disampingnya semenjak Hazrul dipenjarakan.


Lagu tema: Hafiz & Adira - Takdir Tercipta

Untuk peminat drama Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7. Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

 Eh, betul ke boleh tonton drama online di DMF2U? Korang dah cuba?

Lelakimu Yang Dulu bakal bersiaran mulai 19 September 2019, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 pm hanya di Tv3.

Cara Return Barang Shopee Malaysia

$
0
0
Cara Return Barang Shopee Malaysia | Mudah, mesra pelanggan, dan murah, itulah adalah faktor utama yang menjadikan Shopee sebagai online shopping website terbaik. Memang rambang mata setiap kali menjengah ke Shopee. Mana tidaknya, kebanyakan barangan dijual pada harga jauh lebih murah berbanding kedai fizikal.

Memang seronok apabila barang yang kita order selamat sampai dan berfungsi dengan baik.


Namun, ada kalanya berlaku kesilapan atau kerosakan pada barang yang anda beli. Pelanggan kebiasaannya menerima barang koyak, pecah, mendapat barang yang tidak sama dengan apa yang dipaparkan. Malah, lebih malang apabila mendapat produk tiruan sedangkan anda membayarnya pada harga original.

Perkara sebegini memang tidak boleh dielakkan. Oleh kerana itu Shopee menyediakan jaminan untuk melindungi hak anda sebagai pelanggan.

[Baca] Cara Pos Barang di Shopee

Shopee Malaysia Refund


Sekiranya berlaku kerosakkan atau kesilapan, Shopee tidak akan menggantikan semula barang dengan yang baru, sebaliknya wang anda akan dipulangkan. Wang tersebut akan dimasukkan kedalam 'Wallet' akaun Shopee anda.

Sebelum itu, anda perlu hantar semula barang yang rosak tersebut kepada Shopee untuk disemak. 

Cara Return Barang Shopee Malaysia


Langkah 1: Buka aplikasi Shopee pada telefon.

Pergi ke ME > My Purchases > To Receive > Click on your Order > Request for Return/Refund

Pada bahagian Request for Return/Refund, tandakan produk, nyatakan jenis kerosakkan, dan tekan 'Submit'.


Langkah 2: Bungkus semula barang yang rosak

Bungkus termasuk invoice sebagai bukti pembelian, semua bahagian dengan lengkap, aksesori, dan hadiah percuma (sekiranya ada). Lekatkan Return Airway bill (jika ada) pada bungkusan.


Untuk mempercepatkan proses, selitkan Order Serial Number, username, nombor telefon dan nyatakan sebab anda ingin refund. 


Langkah 3: Hantar ke mana-mana Poslaju berdekatan dalam tempoh 7 hari dari laporan kerosakan dibuat.

Bungkusan tersebut haruslah dihantarkan pada alamat -

Shopee Returns Department
Mapletree Logistics Hub,
Block 2 - Unit 6 First Floor,
Lot 10003 Jalan Jubli Perak 22/1A Seksyen 22,
40300 Shah Alam, Selangor

Refund Shopee berapa lama?


Ia memakan masa sekitar 5 hari berkerja selepas bungkusan tersebut selamat tiba di gudang Shopee. Anda kemudian akan dihubungi melalui aplikasi Shopee dan email.

[Baca] Cara Jual Barang di Shopee

Bagaimana mendapatkan Return Airway bill Shopee?


Sesetengah produk menyediakan Return Airway bill bersama-sama dengan produk kepada anda. Kebiasaanya barangan dari kedai rasmi (Shopee Mall), elektrik, gajet, perabot, serta barang yang tinggi harganya.


Sekiranya tidak, anda hanya perlu ambil gambar barang yang rosak, consignment note, dan hantar ke ke https://help.shopee.com.my/my/s/contactus.

Mudahkan?

Cara refund duit dari Shopee / pemulangan wang


Shopee akan semak terlebih dahulu barang yang anda hantar sama ada memenuhi terma dan syarat atau tidak. Sekiranya anda layak, Shopee akan memulangkan wang anda.



Wang tersebut akan dimasukkan ke dalam 'Wallet' akaun Shopee anda. Anda boleh withdraw ke akaun bank. Atau, menggunakannya untuk pembelian seterusnya.

Jelas tak?

Senang je Shopee return policy Malaysia ni. Cuma agak leceh, kita malas nak berurusan dan pos barang.

Perkara sebegini tidak boleh dielakkan. Kadang kala seller telah menghantar barang baik dan tepat, tetapi kerosakkan berlaku semasa proses penghantaran.

Oleh sebab itu sebagai pelanggan, kita harus bijak dalam menilai seller di Shopee untuk mengelak berlaku kerugian.

Rujuk sini untuk lebih pencerahan - https://help.shopee.com.my/my/s/article/How-do-I-return-my-Shopee-Mall-product-1542971632211

Tips beli barang di Shopee

  • Beli dari kedai rasmi (Shopee Mall), dengan logo 'Mall' berwarna merah.
  • Pastikan seller yang dipercaya, kebiasaanya tertera perkataan 'Preferred' pada produk.
  • Semak review dari pelanggan. Perhatikan angka penilaian (dalam skala 1-5).
  • Jangan terpengaruh dengan harga terlalu rendah dan tidak masuk akal.
  • Gunakan fungsi 'Chat' dengan sebaiknya. Tanya seller tentang ketulenan dan diskripsi barang.
  • Lihat polisi kedai seperti jaminan atau polisi 'return/refund'
  • Simpan bukti pembelian untuk rujukan masa akan datang.

Semoga cara return barang Shopee ini dapat menjadi rujukan anda sekiranya berdepan kesulitan.

Tempat Menarik di Hatyai Waktu Malam

$
0
0
Bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan di Hatyai pastinya menyeronokkan. Ini kerana banyak sekali tempat menarik di Hatyai dan Songkhla yang unik serta berbaloi untuk dikunjungi. Tidak kirang siang mahupun malam. Melalui artikel ini saya akan senaraikan beberapa tempat menarik di Hatyai waktu malam yang happening.


Kehidupan malam di Hatyai memang happening. Sesuai sekali untuk pelancong yang datang untuk melihat budaya dan makanan tempatan. Sebab itulah rugi kalau anda memerap sahaja di bilik hotel. Jom lihat antara tempat menarik di Hatyai yang boleh anda lawati.

Tempat Menarik di Hatyai Waktu Malam


#1 Hatyai Floating Market Klong Hae (Pasar Terapung Hatyai)


Wajib selitkan Hatyai Floating Market ini dalam senarai kerana ia adalah lokasi yang paling terkenal di sini. Seperti pasar malam, cuma semua gerai beroperasi di atas perahu yang berlabuh di tebing sungai.

Banyak makanan yang dijual di sini dan semuanya halal dan dijual oleh orang Islam di sini. Beraneka jenis juadah boleh anda cuba seperti mi sup daging, pulut mangga, sup ayam rebung, telur puyuh goreng, ikan keli bakar kerabu dan ladu ubi kayu.

Boleh dikatakan memang banyak makanan sedap di Floting Market Hatyai yang anda kena cuba. Ada yang travel jauh-jauh hanya untuk singgah ke sini tau!


Menariknya, sesetengah hidangan dimasak di atas perahu. Malah terdapat minuman yang dijual di dalam buluh, seramik, dan macam-macam lagi.

Waktu operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad, Selasa | 3 pm - 9 pm
Alamat:  Khlong Hae Khutao Road, Khlong Hae, Hatyai, Thailand

#2 Asian Night Bazaar


Rugi kalau anda tak singgah ke Asian Night Bazaar. Salah satu tempat shopping murah di Hatyai yang menjadi perhatian pelancong. Kalau mencari pakaian, aksesori, pakaian kulit, mahupun barang borong, bazaar inilah lokasinya.

Kerepek dan snek juga dijual pada harga berpatutan. Bolehlah anda beli untuk dijadikan sebagai cenderamata.


Pada waktu malam lebih meriah dengan kehadiran pengunjung. Terang benderang, dari jauh lagi anda sudah dapat lihat aktiviti jual beli. Oh ya, jangan lupa tawar menawar harga ya? Manalah tahu sekiranya anda boleh dapat harga yang lebih murah.

Ini juga adalah tempat menarik di Songkhla yang harus anda lawati. Oh ya, Hatyai dan Songkhla adalah lokasi yang sama. Di mana Hatyai merupakan bandar terbesar dalam daerah Songkhla. 

Waktu operasi: 3 pm - 10.30 pm
Alamat: Alamat: Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

#3 Greenway Food Station


Penat membeli-belah, apa kata anda isi perut dengan menjamu selera di Greenway Food Station. Ia merupakan sebuah medan selera besar yang menempatkan ratusan buah gerai. Pelbagai jenis juadah dijual di sini dari masakan Thailand, western, Japanese, Arab, dan termasuklah makanan Malaysia.


Usah risau, banyak gerai Halal di Greenway Station dibuka untuk pelanggan beragama Islam. Anda boleh kenalpasti berdasarkan logo Halal yang dipaparkan.

Kawasannya kondusif, selesa, bersih, dan anda bebas untuk duduk di mana-mana sahaja. Dekorasi medan selera ini juga cantik.


[Baca] Percutian Menarik Hatyai Part 1

Waktu operasi: 5 pm - 10 pm
Alamat: 1406 3 Kanjanavanich Rd, Tambon Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#4 Central Festival Mall


Tempat shopping Hatyai seterusnya adalah Central Festival Mall. Sama sahaja dengan pusat membeli-belah di Malaysia, tapi apa salahnya kalau singgah. Mana tahu ada yang berkenan dan murah?


Terdapat Manchester United Official Store di Central Festival Mall. Untuk peminat pasuk bola gergasi itu, anda boleh mendapatkan jersi dan pelbagai jenis merchandise rasmi.

Apa yang patut anda cuba di sini adalah makan di food court nya. Saya sendiri pernah cuba, memang sedap!

Waktu operasi: 10 am - 9.30 pm
Alamat: 1518, 1518/1, 1518/2 ถนนกาญจนวณิช Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#5 Steel Pagoda


Tempat menarik di Hatyai pada waktu malam yang seterusnya adalah Steel Pagoda. Tempat suci agama Budha ini diperbuat daripada besi tahan karat. Apa yang unik, pada waktu malam ia dipancarkan dengan lampu berwarna-warni.

Sinaran lampu ini akan menghasilkan pantulan cahaya indah pada pagoda dan ke serata kawasan. Oleh sebab itulah ia sering dikunjungi pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar.


Disebabkan ia dibina di atas bukit, cahayanya boleh dilihat dari jauh.

Alamat:  Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#6 Kim Yong Market


Sebuah lagi tempat shopping di Hatyai yang menarik untuk anda lawati. Yang ini lebih kurah seperti Uptown atau Petaling Street. Terletak di bahu jalan, ratusan buah kedai menjual pelbagai jenis barangan berpatutan. Jersi, tshirt, kasut, pakaian kanak-kanak, handbag, dan aksesori.



Waktu siang menjual barangan basah seperti sayur dan buah-buahan. Ia bertukar meriah saat malam menjelma.

Memang rambang mata melihatnya. Cukup bingit, kerana masing-masing sibuk melakukan urusan jual beli dan tawar menawar.


Ia terletak di tengah-tengah bandar. Jadi senanglah untuk anda terus ke beberapa restoran atai kedai menarik berhampirannya. 

Alamat: Supasarnrangsan Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel menarik di Hatyai


Selain rancang untuk shopping, penginapan selesa haruslah di ambil kira. Oleh itu saya senaraikan juga beberapa hotel menarik dengan harga berpatutan, serta dekat dengan tempat-tempat menarik.

PM Residence


Merupakan sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang terletak 0.9km sahaja dari Greenway Food Station. Lokasinya tidak terlalu sibuk, sesuai sekali untuk mereka yang tidak gemarkan suasana bising. Bilik-biliknya mempunyai dekorasi berwarna ceria dan moden.


Lengkap dengan kolam renang infinity, membolehkan anda berenang sambil melihat pemandangan bandar Hatyai dari pandangan atas.

Kemudahan: Wifi dan parking percuma, bar/lounge, mini pantry, bilik keluarga

Jarak dengan tempat menarik:
Central Festival - 0.6 km
Magic Eye 3D Museum - 0.9 km
Santisuk Market - 1.5 km
Kim Yong Shopping Centre - 1.7 km


Harga bilik: dari RM105 di Agoda - TEMPAH DI SINI

Alamat: 9 Rajdamri Soi 2 Road, , 90110

Get Guesthouse


Kalau nak tahu, Get Guesthouse ini adalah antara hotel di Hatyai yang murah iaitu di bawah RM100 semalam. Apa yang menariknya, dekorasi minimal dan elegannya tidak ubah seperti hotel 4 bintang. Ia memiliki 'Japanese-style' iaitu cuma menggunakan warna putih dan hitam sebagai warna tema.

Memang berbaloilah menginap di sini. Bilik-biliknya cukup selesa dengan katil empuk, berhawa dingin, pancuran air panas, dan pembancuh kopi.


Biarpun di bawah RM100, hotel ini tetap menyediakan Wifi percuma kepada para tetamu.

Jarak dengan tempat menarik:
Magic Eye 3D Museum - 2.2km
Hatyai Wonders Land - 4.3km

Harga bilik: dari RM56 di Agoda - TEMPAH DI SINI

Alamat: Sansri Soi 4, Downtown Hat Yai, 90110 Hat Yai

V.L. Hatyai Hotel


Sebuah lagi hotel murah di Hatyai adalah V.L. Hotel. Hotel yang bertaraf 3 bintang ini menawarkan bilik-bilik yang selesa untuk penginapan keluarga. Lengkap dengan pembancuh kopi, pancuran air, katil empuk, dan wifi percuma.

V.L Hotel turut mempunyai restoran, iatu Benjarong Restoran yang bakal menghidangkan sarapan percuma kepada anda. Jika anda mendapat bilik di tingkat atas, dapatlah menikmati view menari bandar Hatyai.

Jarak dengan tempat menarik:
Floating Market - 5.6km
Central Festival - 3.3km
Asian Night Bazaar - 2.9km
Ice Dome - 8.5km

Harga bilik: dari RM110 di Agoda - TEMPAH DI SINI

Alamat: 1-3-5-7 Nipatuthit 1 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110,

Tidak hairanlah mengapa daerah selatan Thailand ini sering menerima kunjungan pelancong.
Senarai tempat menarik di Hatyai waktu malam ini pastinya akan menceriakan percutian anda di Hatyai. Keluarlah jalan-jalan untuk menyaksikan kehidupan malam Hatyai yang happening.

Xiaomi Airdots di Lazada Cuma RM69

$
0
0
Xiaomi Airdots di Lazada Cuma RM69 | Trend menggunakan earphone tanpa wayar (wireless earphone) semakin popular. Masing-masing mahu menggunakan earphone tanpa gangguan wayar dan boleh berada berjauhan dengan telefon tetapi masih lagi boleh mendengar lagu.

Harga wireless earphone Malaysia sangat mahal, ada yang mencecah RM800! Apple Airpods contohnya berharga RM699 di Lazada. Sejak itu, banyaklah jenama lain muncul di pasaran. Kebanyakkanya dijual pada harga sekitar RM100, masih mahal dan tidak berbaloi. Ini kerana bunyi yang tidak memuaskan dan bateri cepat habis. Tetapi Xiaomi Airdots di Lazada cuma berharga RM58 sahaja!


Murah bukan? Jenama Xiaomi ini bukan calang-calang. Selain telefon pintar, pengeluar dari China ini menghasilkan sejumlah gajet dan peralatan elektronik berkualiti. Seperti fitness tracker, Mi Box, mentol, cerek elektrik, speaker, skuter, robot vacuum, dan banyak lagi.

Spesifikasi Xiaomi Airdots


Airdots dikelaskan sebagai alternatif kepada Apple Airpods, tetapi pada harga bajet. Bagaimana dengan kualiti audionya? Adakah Airdots berbaloi untuk dimiliki?

Jom baca antara perkara yang perlu anda tahu sebelum memiliki Xiaomi Airdots.


Rekaan


Berbeza dengan wireless earphone seumpamanya yang lain, Airdots lebih kecil. Rekaannya tidak menyerlah tetapi dilihat selesa diletakkan ke dalam telinga.

[Baca] Cara Semak Xiaomi Original

Pod pengecas berpentuk seperti pil dan bersaiz sederhana.  Membuatkan ia senang di bawa ke mana-mana, malah masih lagi relevan disimpan di dalam poket.


Akan tetapi pod pengecas dibuat menggunakan bahan binaan berkualiti rendah dan ini sangat ketara. Rekaan menarik tidak dapat menyembunyikan kualiti plastik murahan yang digunakan. Bukan itu sahaja, kemasan matte ini juga mudah merangkap habuk.

Mungkin kerana itulah ia dijual pada harga rendah.

Menariknya, Airdots menawarkan kawalan butang sentuhan pada earphone itu sendiri. Ia seperti tap sekali untuk menjawab panggilan, dua kali untuk menyeru Siri/Google Assistant, dan beberapa kawalan lain.  

Kualiti Audio


Untuk wireless earphone yang berharga bawah RM100, kualiti bunyi Airdots amat cemerlang. Tidak setaraf jenama Beats atau Bose. Tetapi untuk harga bajet, kualiti treble dan bass nya baik dan seimbang.


Sesuai untuk mereka yang gemarkan muzik pop dan baik untuk bermain PUBG. Hehe! Bahkan, ia boleh menapis bunyi luar ketika mendengarnya pada volume sederhana.

Ketahanan Bateri


Satu lagi ciri utama yang sering dilihat pada sebuah wireless earphone adalah ketahanan baterinya. Airdots boleh digunakan sehingga 4 jam secara berterusan dengan sekali cas.

[Baca] Xiaomi Mi Band 4 Hanya 139 di Lazada

Ini termasuk penggunaan untuk mendengar lagu dan menjawab panggilan. Airdots tahan selama tiga hari pada penggunaan sederhana.


Ia adalah lebih pendek berbanding Airpods dan Galaxu Buds. But hey, ia berharga RM59 sahaja!

Cara guna Xiaomi Airdots


Buka fungsi 'Bluetooth' pada telefon
Tanggalkan salah satu Airdots dari pod pengecas. *Lampu LED akan berkelip untuk dipadankan
Pilih nama Airdots pada senarai telefon

Kawalan sentuhan

Kelebihan Airdots

  • Harga mampu milik
  • Kualiti audio memuaskan
  • Ringan dan portable
  • Rekaan menarik
  • Boleh dipadankan dengan semua jenama telefon pintar/tablet
  • Kawalan sentuhan
  • Boleh menyeru Google Assistant, Siri, Xiao AI
  • Kalis air IPX4

Kekurangan Airdots

  • Bahan binaan tidak berkualiti
  • Jangka hayat bateri sederhana
  • Tidak menggunakan port pengecas USB type-C


Harga Xiomi Airdots Malaysia


Sempat saya tinjau harga Airdpots di Mi Store Kota Bharu, harganya adalah RM99! Jauh berbeza dengan harga yang dijual online. Jadi untuk lebih jimat, saya cadangkan anda beli di Lazada pada harga RM69 sahaja.

Ini adalah antara yang termurah dan dipercayai di Lazada. Seller telah menjual sebanyak 1892 buah Airdots. Jika anda baca review dari pelanggan, kesemuanya positif dan berpuas hati dengan servis dan kualiti. Yang penting original!


Anda juga bakal dapat free gift silicone case.

Beli di sini - https://invol.co/clii5b


Menarik juga Xiaomi Airdots ni. Sebab itulah ia mendapat perhatian pengguna. Terutama mereka yang sudah lama mengimpikan wireless earphone dan berbajet kecil.

Saya juga merupakan pengguna Xiaomi dan cukup berminat dengan Airdots ini. Amat sesuai jika dipadankan dengan Xiaomi Mi A2 Lite. Heee! Akan tetapi saya sudahpun memiliki Bose Soundsport Wireless yang pada saya cukup sempurna.

[Baca] Pengalaman Guna Xiaomi Mi A2 Lite

Jika anda sedang mencari wireless earphones yang berkualiti dan murah, Xiaomi Airdots adalah pilihan terbaik.

7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering di Watsons

$
0
0
7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering di Watsons | Buat mereka yang mempunyai masalah kulit kering, memilih pencuci muka yang sesuai bukanlah tugas mudah. Mereka haruslah menggunakan pencuci muka yang melembapkan kulit dengan nilai PH yang sesuai.

Pencuci muka yang mengandungi kandungan yang melembabkan sangat disyorkan. Contohnya kandungan glycerin dan sorbitol. Ini adalah untuk meredakan permukaan kasar dan melembutkan kulit.


Selain itu, memilih pencuci muka/cleanser yang low pH juga penting. Kulit wajah kita mempunyai nilai pH rendah iaitu sekitar 4 hingga 7. Menggunakan cleanser dengan nilai lebih tinggi boleh mengganggu kestabilannya. Kulit akan lebih kering dan jerawat akan mula tumbuh.

Kandungan pencuci muka untuk kulit kering

  • Nilai pH rendah
  • Tidak mempunyai alkohol
  • Tidak mengandungi SLS
  • Elakkan kandungan fragrance (pewangi)

Jadi saya akan senaraikan beberapa pencuci muka untuk kulit kering. Kesemuanya mempunyai kandungan sesuai untuk menambah kelembapan. Ia dicadangkan netizen yang mempunyai jenis kulit yang sama.


Semua produk ini boleh didapati di Watsons. Tapi saya sertakan juga link untuk anda beli di Lazada, Shopee, atau Hermo. Kadang-kala produk di online beauty store lebih murah dari kedai fizikal.

Pencuci Muka Untuk Kulit Kering di Watsons


SIMPLE Moisturising Facial Wash


Antara jenama skincare paling popular. SIMPLE Moisturising Facial Wash ini adalah pencuci muka untuk kulit kering dan sensitif.


Kandungan Pro-Vitamin B5, Vitamin E and Bisabolol, membantu melembab dan melembutkan kulit. Tanpa buih, which is bagus untuk kulit kering. Malah, harganya juga berpatutan.

Harga: RM17.64
Beli di sini - https://invol.co/clio7g

SIMPLE Water Boost Micellar Facial Gel Wash


Simple memiliki beberapa jenis pencuci muka dalam rangkaian mereka. Micellar Facial Gel Wash adalah yang terkini yang dapat menangani masalah kulit kering. Ia memiliki formulasi untuk membantu dehidrasi, kulit kusam dan sensitive.


Tekstur gelnya tidak berbuih dan meninggalkan kesan lembut.

[Baca] Pencuci Muka Untuk Kulit Berjerawat

Kita semua tahu, skincare yang tertulis 'micellar' boleh menanggalkan makeup. Nah, pencuci muka ini mampu menanggalkan kesan makeup yang tertinggal pada wajah. Tapi anda haruslah menggunakan makeup remover terlebih dahulu ya?

Harga: RM18.90
Beli di sini - https://invol.co/clio7o


HADA LABO Mild & Sensitive Skin Face Wash


Rangkaian skincare dari Jepun ini mula menambat hati pengguna Malaysia dengan keberkesanannya. Nilai pH nya adalah sekitar 5, which is perfect for our skin.

Tekstur jenis krim (hampir seperti susu) dan menghasilkan buih yang minimum. Ia mengandungi liquorice, calendula, dan ekstrak daun ginkgo biloba yang boleh melembutkan kulit. Hyaluronic acid  pula melembab dan mencegah kekeringan.


Agak berbuih tetapi tidak meninggalkan iritasi terutama pada kulit sensitif.  Anda boleh baca banyak review positif tentang Hada Labo ini.

Harga: RM18.55
Beli di sini -https://invol.co/clio7r

SAFI Dermasafe Mild & Gentle Gel Cleanser


Nah, Safi adalah antara produk skincare tempatan yang berkualiti dan setanding dengan jenama antarabangsa. Kandungan bagus, sudah mula buat packaging pink yang cute.

Dari segi kandungan, nilai pH nya cuma sekitar 5.5 sahaja. Tidak mengandungi SLS, alkohol, dan paraben.

Bertekstur gel dan transparent, serta menghasilkan buih yang cukup minimal.


Ciri-ciri ini penting untuk mereka yang mengalami kulit kering kerana ia tidak menegangkan dan tidak pedih. Ia juga meninggalkan kesan lembut selepas penggunaan.

Dermasafe Mild & Gentle Gel Cleanser pencuci muka untuk kulit kering drugstore yang mudah untuk didapati.

Harga: RM17.72
Beli di sini - https://invol.co/clio81

Cetaphil Gentle Skin Cleanser


Jenama yang tidak asing lagi dalam arena pembersih muka. Malah, ia turut disyorkan oleh dermatologi kerana keberkesanannya dalam membersih, melembab, dan merawat kulit.



Biarpun ia terkenal sebagai pembersih muka untuk kulit berjerawat dan sensitif, ia diformulasikan supaya sesuai untuk semua jenis kulit.

[Baca] Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak di Watsons

Jenis 'Gentle Skin' ini cukup ringan, tidak berbau dan tidak berbuih. Nilai pH nya yang rendah turut membantu dalam menjaga kesihatan kulit. Yang ni memang highly recommended. Saya sendiri menggunakannya.


Buat jejaka di luar sana, ini adalah pencuci muka untuk kulit kering lelaki yang sesuai untuk anda okay?

Harga: RM17.80
Beli di sini - https://invol.co/clio83

COSRX Good Morning Low pH Gel Cleanser


Okay, jenama Cosrx tidak dijual di Watsons atau mana-mana drugstore di Malaysia. Anda kena beli secara online. Saya sertakan link untuk anda beli pada harga termurah.

Cosrx merupakan jenama popular dari Korea. Rangkaian produknya tidak pernah mengecewakan.



Seperti Cetaphil, cleanser ini juga sesuai untuk semua jenis kulit. Termasuklah sebagai pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Ia membersih liang pori, minyak, kotoran, dan dalam masa melembabkan kulit. Kandungan AHA dan BHA nya juga boleh berfungsi sebagai exfoliator. Yang paling best, cleanser ini juga menanggalkan makeup berlebihan.

Saya pernah guna, boleh baca ulasan di - COSRX Good Morning Low pH Gel Cleanser Review

Harga: RM25.50
Beli di sini - https://invol.co/clio84

GARDEN OF EDEN Gentle Milk Cleanser


Kalau anda biasa ke Watsons, pasti perasan akan produk Garden of Eden ini. Ini adalah produk tempatan. Bila dah masuk Watsons, bermakna ia adalah jenama yang dipercayai dan selamat.


Cleanser ini memiliki nilai pH yang seimbang untuk kulit. Tanpa paraben, SLS, mineral oil, animal ingredients, dan pewarna tambahan.

Cecair jenis krim memang melembab, membersih dan menyegarkan kulit kering. Pada packaging nya mengatakan ia turut menanggalkan makeup dan minyak berlebihan.

Harga: RM16.98
Beli di sini - https://invol.co/clio85

Cara mengatasi kulit kering

  1. Menggunakan skincare dengan kandungan 'hydrating'
  2. Cuci muka 2 kali sehari
  3. Tidak menggunakan produk dengan kandungan alkohol
  4. Produk rendah pH
  5. Minum air secukupnya (it's good for your body!)

Atau korang ada lagi cadangan produk pencuci muka untuk kulit kering di Watsons? Boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

Sinopsis Setelah Ku Dimiliki

$
0
0
Sinopsis Setelah Ku Dimiliki | Menggantikan Lelakimu Yang Dulu, saluran Tv3 mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri bertajuk SETELAH KU DIMILIKI di Slot Akasia buat tontonan lewat petang anda.

Turut diadaptasi dari novel cinta karya Zaza Qry, Setelah Ku Dimiliki mendapat sentuhan pengarah berbakat, Osman Ali.


Setelah Ku Dimiliki menggandingkan pelakon popular tanah air seperti Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, dan Intan Najuwa sebagai teraju utama. Turut membantu menjayakan drama slot kegemaran ramai ini ialah Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, dan ramai lagi.

Sinopsis drama Setelah Ku Dimiliki


Sarrafia kini menjadi penghuni Rumah Azirah, iaitu sebuah pusar jagaan. Dia menjalani kehidupan baharu du situ gara-gara seorang lelaki yang tidak akan dia lupakan.


Manakala Adriz pula baharu sahaja ditimpa kemalangan dan kini hilang ingatan. Sebelum kemalangan, Adriz seorang lelaki liar dan suka berfoya-foya.

Perangai jejaka itu berubah secara total selepas koma dan tidak dapat mengingati kehidupan lamanya. Kebetulan pula, Rumah Azirah adalah milik ayahnya, Rahimin.


Adriz mengambil keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah, untuk mengisi masa terluang.

Di sana, dia bertemu dengan Sarrafia. Aneh, gadis itu seolah mengenali dirinya. Bahkan setiap kali bertembung, dia sering berkelakuan pelik.

Apakah yang terjadi di antara Adriz dan Sarrafia sebelum ini?


Lagu tema: Ika Mustafa - Damaikanlah

Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama online di laman Tonton dan saluran Youtube TV3Malaysia Official. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7.

Saksikan drama Setelah Ku Dimiliki setiap Isnin hingga Jumaat, setiap 7 petang, di Tv3 bermula 29 Oktober 2019.

Cara Jual Barang Dropship di Shopee

$
0
0
Cara Jual Barang Dropship di Shopee | Mudahnya berniaga di Shopee. Ada handphone, talian internet, dan barang untuk dijual, anda sudah sedia untuk menjalankan perniagaan dan mendapat keuntungan. Tak perlu sewa kedai dan bersusah payah membawa barang ke sana ke mari. Tapi ada satu lagi kaedah berniaga di Shopee yang menguntungkan iaitu DROPSHIP.


Saya pasti anda semua familiar dengan perkataan ini memandangkan sudah ramai yang berjaya menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan hanya dengan dropship Shopee.

Yang dah mula menjual di Shopee mesti tahu yang Shopee ni memang lubuk duit. Sebelum itu, anda baca dulu artikel - Cara Jual Barang di Shopee.

Kelebihan dropship Shopee

  • Tidak mengganggu kerja pejabat
  • Tidak perlu sewa kedai
  • Tidak perlu simpan stok yang banyak
  • Tidak memerlukan modal besar
  • Tidak perlu membungkus dan menghantar barang kepada pelanggan
  • Shopee tidak menjana komisen, keuntungan 100% hak anda


Untuk pencerahan, berikut adalah proses dropship yang perlu anda tahu.

  1. Pelanggan order barang
  2. Copy dan paste detail pelanggan kepada supplier
  3. Supplier bungkus dan pos barang kepada pelanggan
  4. Pelanggan terima barang
  5. Shopee akan membayar keuntungan sebaik sahaja pelanggan menerima barang tersebut

Saya tidak pernah melakukan dropship, tetapi apa yang bakal saya muatkan dalam artikel ini adalah perkongsian dari individu yang mempunyai pengalaman droship di Shopee. 

Cara Jual Barang Dropship di Shopee


Cara yang paling mudah untuk cara menjadi dropship di Shopee Malaysia adalah dengan droship dari seller Shopee sendiri.

Ya, seller Shopee turut menawarkan dropship di mana anda boleh berurusan dengan mereka.

Macam mana nak tahu seller mana yang menawarkan dropship? Anda boleh semak pada diskripsi produk. Kebiasaanya akan tertera ayat seperti:

📣AGENTS / DROPSHIPPERS ARE WANTED 📣


Modal dropship
Apa yang perlu anda lakukan adalah menghubungi seller melalui Shopee di bahagian 'Chat Now'. Kebiasaannya memerlukan modal sekitar RM300 - RM500 sahaja. Bergantung kepada harga produk dan persetujuan masing-masing.

Modal ini adalah harga barang/stok yang perlu anda bayar. Kemudian, jual pada harga yang lebih tinggi.


Buka kedai Shopee di Seller Center
Untuk jual barang dengan variasi yang banyak, anda digalakkan buka kedai Shopee di bahagian Seller Center - https://seller.shopee.com.my/account/signin

Di Seller Center, anda boleh masukkan gambar asal dari supplier, letak diskripsi, saiz produk, dan harga.

Contohnya sport legging seperti di atas. Seller tersebut menjualnya pada harga RM9.90 sepasang dengan penghantaran percuma.

So, jual lah dengan harga RM19.90.


Selepas produk berjaya dijual dan selamat sampai ke tangan pelangga, barulah Shopee akan membayar hasil jualan yang akan dimasukkan ke bahagian 'Wallet. Jelas tak?

Tips dropship Shopee

  • Cari supplier dari Malaysia
  • Jual produk panas contohnya berkaitan dengan wanita
  • Mulakan dengan modal kecil
  • Cari seller/supplier yang memiliki reputasi dan review baik
  • Jual produk murah, sekitar RM10 untuk permulaan

Jual produk 'panas' iaitu produk evergreen yang sentiasa dibeli oleh orang ramai. Contohnya baju kanak-kanak, iPhone case, bengkung, blouse, kain tudung Vietnam, dan banyak lagi.

Apa yang saya kongsikan dalam artikel ini adalah yang basic sahaja. Ebook Panduan Bisnes Shopee akan terangkan dengan lebih terperinci bagaimana menjadi droship Shopee, dan jana ribuan ringgit sebulan.


Apa yang akan anda pelajar dalam Panduan Bisnes Shopee

  • Cara mendaftar dan set kedai
  • Pemilihan gambar dan nama produk yang menarik perhatian pelanggan
  • Menguruskan order
  • Langkah selesaikan masalah barang rosak atau tidak sampai
  • Teknik promosi berkesan
  • Senarai supplier dropship Shopee yang dipercayai termasuklah supplier droship China

Power tak kandungan panduan ini? Paling best dia akan ajar macam mana nak buat Shopee Ads untuk meletakkan produk anda pada kedudukan paling atas supaya mudah dilihat dan dibeli pelanggan! Contohnya macam gambar di bawah:


Anda boleh rujuk cara jual barang Dropship Shopee dalam panduan ini - Ebook Bisnes Shopee

Giveaway Akhir Tahun HasrulHassan.com

$
0
0
Rasanya dah lama saya tidak menyertai contest ataupun giveway. Maybe because I am focusing on Adsense and my new travel blog. Ternampak status blogger Hasrul Hassan di Facebook di mana beliau kini menganjurkan giveaway akhir tahun.

Saya terpanggil untuk menyertai giveaway kali ini kerana tertarik dengan hadiahnya iaitu template blogspot premium yang bernilai RM50 berserta wang tunai. Paling tidak pun tersenarai dalam bloglist. Eh, penting tu untuk mendapatkan backlink!


Syarat giveaway ini mudah sahaja iaitu menulis komentar tentang www.hasrulhassan.com, dan beberapa syarat mudah lain.

Senangkan?

Kontent menarik


Apa yang membuatkan blog HH ini menarik sudah tentulah content blog beliau. HH boleh dikatakan berkongsi segala macam topik dalam blog beliau.

Biarpun saya yakin yang HH turut membina beberapa blog lain yang mempunyai niche khusus, HH masukkan pelbagai informasi dalam blog Hasrulhassan.com. Mana tidaknya, ia merupakan blog peribadi beliau, di situlah HH berkongsi tentnang percutian keluarga, tempat makan menarik, dan pengalaman peribadi.

Selari dengan tagline 'Blog Peribadi Paling Padu dan Berilmu'!

Gaya penulisan yang santai


Dalam arena blog, who cares about a good writing? Ini bukan karangan yang memerlukan sesebuah artikel itu sempurna dari segi tatabahasa dan lenggok bahasa.

Tetapi menulis dengan gaya bahasa yang disukai enjin carian, Google. Itulah yang dilakukan oleh HH sepanjang beliau membina blog sejak 2010. Anda boleh tengok sendiri gaya penulisan HH yang santai, ringkas, tanpa menggunakan bahasa pasar yang menjengkelkan.

Perkongsian ilmu blogging


Salah satu sebab utama mengapa blog HH diangkat sebagai blogger otai Malaysia adalah kerana sering berkongsi tentang tips blogging dengan pembaca.

Anda boleh lihat di bahagian Tips Blogging, bukan main banyak lagi ilmu ilmu bermanfaat berkaitan dunia blogging yang boleh anda jadikan sebagai rujukan.


HH menulis tentang bagaimana cara mendapatkan trafik blog. Tetapi yang paling menarik perhatian saya adalah tips SEO (Search Engine Optimization) dan cara buat duit dengan blog.

Topik-topik sebegini sesuai buat blogger-blogger baru dan lama untuk mendapatkan ilmu SEO dalam memantapkan lagi blog mereka. 

Pada saya itulah keistimewaan Hasrulhassan.com. 

Semuanya ditulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri, dan ia membuahkan hasil. Trafik dan pencapaian blog HH turut dikongsikan setiap bulan.


Anda sendiri pernah singgah ke blog HH? Apa pula keistimewaan blog HasrulHassan.com di mata korang? Kalau ada blog sendiri boleh tulis satu artikel pendek tentangnya. Rujuk link ini untuk syarat penyertaan - https://www.hasrulhassan.com/2019/11/giveaway-akhir-tahun-wang-tunai-dan.html

Mana tahu ada rezeki menang wang tunai atau template.

Cara Tengok Netflix Percuma

$
0
0
Cara Tengok Netflix Percuma | Sudah ramai yang mula melanggan Netflix. Tidak dinafikan, penawaran kandungan Netflix memang berkualiti, pelbagai, dan memenuhi citarasa penonton. Tambahan pula, harga langganannya yang murah membuatkan Netflix menjadi penstriman video pilihan berbanding syarikat seumpamanya yang lain.


Harga Netflix Malaysia 2019 bermula dari plan RM17, RM33, RM42, dan RM51. Setiap plan mempunyai kelebihan tersendiri. Mujurlah kesemua plan membolehkan anda mengakses kandungan tanpa had dan boleh di unsubscribe pada bila bila masa.

[Baca] Cara Daftar Netflix Malaysia

Buat yang masih ragu-ragu berbaloikan melanggan Netflix, anda boleh menontonnya secara percuma! Bukan percuma selamanya, tetapi cuma SEBULAN.

Macam mana cara dapatkan Netflix percuma ini? Teruskan membaca artikel ini.

Cara tengok Netflix Percuma

Netflix memberi tontonan percuma selama sebulan merupakan tempoh percubaan. Sama ada anda berpuas hati dengan kandungan mereka.

Dalam tempoh ini anda mendapat akses penuh terhadap semua rancangan yang Netflix tawarkan.

Langkah 1: Layari https://www.netflix.com/my/

Klik 'Try 30 days free'

Langkah 2: Pilih "See the plans"

Pilih satu di antara EMPAT pelan yang anda mahu. Kemudian klik "Continue"


Langkah 4: Di ruangan 'Create Your Account', klik "Continue" 

Langkah 5: Masukkan email dan password anda pada ruang yang disediakan

Langkah 6: Pilih jenis pembayaran

Di sini anda diberi beberapa pilihan iaitu credit/debit card, PayPal, dan gift code. Manakala sekiranya anda pelanggan Maxis atau Celcom, anda boleh memasukkan nombor telefon postpaid anda. Netflix akan mengenakan caj melalui bil telefon anda.


Langkah 7: Pilih 'Start Membership'

Siap!

Dengan cara ini anda sudah pun boleh menonton Netflix percuma selama sebulan. Anda boleh cancel pada bila-bila masa sahaja. Netflix akan menghantar notifikasi 3 hari sebelum tarikh luput. Batalkan langganan sekiranya tidak mahu di charge pada bulan akan datang. 

[Baca] Netflix vs iFlix yang Mana Lebih Baik

Itulah satu-satunya cara untuk tonton Netflix free. Tapi ramai je yang kongsi akaun Netflix dnegan keluarga dan rakan. Malah, ada juga yang buat cara dapatkan Netflix percuma dengan guna email baru setiap bulan. Haha!

Cara menonton Netflix

  • Pada telefon pintar / tablet
  • Pada computer / laptop
  • Pada tv / smart tv


Bagi yang tertanya-tanya, macam mana cara tengok Netflix di tv tanpa menggunakan smart tv? Tentulah boleh, anda boleh menggunakan sambungan Chromecast atau Xiaomi Mi Box. Harganya tidaklah terlalu mahal dan sangat berbaloi kerana anda juga boleh menonton Youtube di tv.

Beli secara online lebih murah dengan pautan di bawah.
- Chromecast RM165 - Beli di SINI
- Xiaomi Mi Box RM249 - Beli di SINI


Kelebihan Netflix

  • Penawaran program yang diterbitkan mereka sendiri. Seperti Stranger Thing, Bird Box, The Haunting of Hill House, dan banyak lagi. Jumlah kandungan ini semakin meningkat saban tahun.
  • Peminat komik MARVEL pasti akan gembira kerana banyak series adaptasi komik sepertiLegion, Jessica Jones, The Punisher, Luke Cage, The Defenders, Daredevil, dan Iron Fist.
  • Boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa.
  • Tidak perlu menunggu untuk tonton episod baru. Katakan sesebuah siri mempunyai 8 episod, Netflix akan menyiarkan kesemuanya sekaligus.
  • Banyak kategori romance, horror, action, documentary, rancangan kanak-kanak, dan lain-lain.
  • Harga langganan yang murah.
  • Boleh menyekat kandungan dewasa untuk tontonan bawah umur.

Cara sekat kandungan dewasa di Netflix


Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila Presiden FINAS menggesa kerajaan memantau Netflix kerana mengandungi banyak kandungan yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Ramai yang tidak bersetuju platform ini ditapis. Ini kerana pihak Netflix sendiri sudah membina sistem saringan. Ikuti langkah di bawah untuk menyekat kandungan dewasa.
  1. Layari www.netflix.com/YourAccount
  2. Settings > Parental Control
  3. Masukkan pin 4 angka
  4. Pada bahagian 'Restrict By Maturity Level', pilih tahap umur kandungan
  5. Save

Selepas ini, semua rancangan yang mempunyai kandungan dewasa atau ganas, akan dihalang dan meminta anda memasukkan nombor pin. Jelas tak? Anda juga boleh sekat kandungan pada HBO Go.

Mudahkan cara tengok Netflix percuma? Cuma masukkan email sahaja. Good luck!

Sinopsis Curi Curi Cinta di Astro Ria

$
0
0
Sinopsis Curi Curi Cinta di Astro Ria | Drama Curi-Curi Cinta yang menggantikan Patah Sayap Bertongkat Paruh menjadi salah satu drama yang dinantikan peminat. Dek kerana menggandingkan pelakon hangat tanah air dan sudah lama dipromosikan di sosial media.

Diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin, Curi-Curi Cinta juga merupakan drama yang diadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yang sama.


Bersiaran sebanyak 28 episod, drama terbaru Astro Ria ini dijangka bakal mencetuskan fenomenanya yang tersendiri. Ini memandangkan pelakon utamanya Zahirah Macwilson pernah membintangi drama kegemaran ramai, Jangan Benci Cintaku, beberapa bulan lalu.

Tambahan pula, Zahirah kini menjalinkan hubungan cinta dengan Aiman Hakim Redza yang juga menjadi pasangannya dalam drama ini. *Disclaimer: Ini bukan blog gosip* 🙊

Curi-Curi Cinta dibarisi pelakon Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Adam Lee, Fauziah Nawi, Izzue Islam, Haneesya, Pablo Amirul, dan ramai lagi.

Sinopsis drama Curi Curi Cinta di Astro Ria


Intan dilahirkan dalam keluarga yang susah. beban keluarga mereka bertambah selepas ayahnya meninggal dunia. Manakala ibunya pula buta akibat kemalangan. Intan malah membenci abangnya, Iskandar kerana dia menganggap Iskandar sebagai punca berlakunya kamalangan tersebut.

Baru pula dari luar negara, Intan terpaut dengan sepupu sahabatnya sendiri, Daniel. Seorang jejaka kaya dan kacak. Entah bagaimana, kebetulan pula Daniel ialah kekasih sepupunya, Fariza.


Demi melunaskan hasratnya untuk bersama dengan orang berada Intan sanggup buat apa saja termasuklah menyakiti hati sepupunya sendiri. Satu hari Daniel diperangkap dan terpaksa berkahwin dengan Intan.

Rasa tertipu, dia melepaskan amarahnya terhadap Intan untuk membalas dendam. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.


Situasi mula berubah selepas Intan disahkan mengandung. Ego Intan masih tinggi manakala Daniel masih membenci isterinya itu.

OST/ Lagu tema Curi-Curi Cinta: Wany Hasrita - Terlalu Memuja

*Untuk and yang ingin tonton drama online, anda boleh menonton drama ini di Astro On Demand. Dengan adanya Astro On Demand, anda boleh menonton rancangan kegemaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

 Saksikan drama Curi-Curi Cinta episod 1 bermula 29 April 2019, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (105) dan Ria HD (123).

Tempat Shopping Murah di Hatyai

$
0
0
Tempat Shopping Murah di Hatyai | Selain ingin menghabiskan hujung minggu bersama keluarga dengan melihat budaya Selatan Thailand, membeli belah adalah salah satu faktor mengapa rakyat Malaysia gemar bercuti di Hatyai.

Saya dah kongsikan lebih 30 tempat menarik sekitar Hatyai, anda boleh rujuk di artikel 32 Tempat Menarik di Hatyai dan Songkhla. Hatyai juga boleh dikatakan sebagai syurga membeli belah. Segala macam barangan boleh anda temui di daerah ini. Malah, harganya yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia menjadi pendorong orang ramai untuk shopping di sana.

Ada juga yang mengambil peluang beli secara borong untuk dijual secara online.

Melalui artikel ini, saya akan kongsikan tempat shopping di Hatyai yang boleh anda terjah sekiranya berpeluang bercuti di daerah paling selatan di Thailand ini.


Tempat Shopping Murah di Hatyai


#1 Greenway Night Market


Dah nama pun night market, sudah tentulah banyak barangan menarik yang dijual di sini. Anda boleh mendapatkan pakaian baru dan bundle, aksesori, handbag, kasut pelbagai jenama, tudung, dan banyak lagi.


Kalau nak berbelanja murah di Hatyai, pastikan anda berkunjung ke sini. Memang murah! 

Selain itu makanan turut dijual. Tidak sukar untuk mendapatkan makanan halal di Hatyai. Di Greenway Night Maket, banyak sekali makanan minuman halal. Anda cuma perlu cari gerai yang memaparkan logo halal ataupun penjual yang berhijab.

Mereka juga boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Senang untuk anda tawar menawar.

Waktu operasi: 5 pm - 10 pm | tutup pada Isnin
Alamat: 1406/4 ถนน กาญจนวณิชย์ Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#2 Asean Night Bazaar


Konsepnya sama seperti pasar malam tetapi ia lebih gah, luas, dan terdapat ratusan gerai menarik. Banguna dua tingkat ini memang akan menyerikan malam anda di Hatyai.


Mana tidaknya, tingkat bawah dikhaskan untuk barangan seperti pakaian, aksesori, kasut, gajet, dan bermacam-macam lagi. Ada juga yang dijual secara pukal. Jadi ramailah rakyat Malaysia yang mengambil peluang shopping di sini.


Tingkat atas pula adalah ruang untuk makanan sahaja. Menariknya, majoriti gerai menjual makanan halal. Mesti anda rambang mata melihat kepelbagaian makanan, minuman, dan snek yang dijual. Jangan lupa untuk cuba Thai tea ya? Ia seperti teh air, teyapi lebih pekat dan menyelerakan.

Asean Night Bazaar ini adalah salah satu tempat menarik di Hatyai, rugi kalau anda tak ke sana.

Waktu operasi: 3 pm - 10.30 pm | tutup pada Isnin
Alamat: Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#3 Kim Yong Market


Tempat shopping di Hatyai yang seterusnya adalah Kim Yong Market. Terletak di tengah-tengah bandar Hatyai, Kim Yong menjadi tempat shopping murah di Hatyai dek kerana kemeriahan dan kepelbagaian barangan yang dijual. Bukan sekadar gerai, bahkah banyak premis menarik yang boleh anda tuju.


Sebut sahaja apa yang anda inginkan, pakaian, aksesori, mainan, makanan halal? Semuanya boleh anda temui di Kim Yong Market. Ia juga terkenal sebagai lokasi untuk membeli handbag murah di Hatyai. Memang berbaloi-baloi!


Saya sendiri pernah ke sana, boleh sesat dibuatnya. Tapi puas hati, tshirt, jeans, handbag semua murah. Di sinilah tempat terbaik untuk anda beli cenderamata seperti keychain atau fridge magnet.

Kim Yong Market beroperasi dari awal pagi lagi. Banyak barang basah dan runcit di siang hari, manakala tempat ini bertukar meriah pada waktu malam. Ia juga terkenal sabagai tempat menarik di Hatyai waktu malam dek kerana kemeriahannya. 

Waktu operasi: 6 am - 6 pm
Alamat: Supasarnrangsan Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#4 Central Festival Mall


Nak ke tempat shopping bertaraf antarabangsa? Singgahlah ke Central Festival Mall. Sama seperti malll di Kuala Lumpur, Central Festival menempatkan ratusan premis menarik. Butik berjenama, kedai gajet, restoran rangkaian, dan tempat hiburan keluarga seperti panggung wayang.

Di sini turut menempatkan ice skating sama seperti yang terdapat di Sunway Piramid. Luas dan menyeronokkan untuk anda sekeluarga. Tiketnya murah sahaja, sekitar 400 bhat sahaja.


Oh ya, buat peminat kelab bola sepak Eropah, Manchester United, jangan lupa singgah ke MU Official Store untuk mendapatkan merchandise rasmi.

Waktu operasi: 10 am - 9.30 pm
Alamat: 1520 Kanjanavanich Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#5 Santisuk Market


Terletak di tengah-tengah bandar, bangunannya agak usang, tetapi masing banyak barang yang boleh anda temui di sini. Kalau anda mencari kain sutera Hatyai, di sinilah tempatnya. Selain itu, barangan seperti DVD, jam tangan, kosmetik, pakaian, barang berasaskan kulit, juga boleh didapati di sini.


Memang murah, jauh lebih murah sehingga 50 peratus dari di Malaysia.

Waktu operasi: 9 am - 7 pm
Alamat:นิ พั ท ธุ์, Nipatuthit 2 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#6 7 Eleven Thailand


Anda pasti pernah terbaca tentang makanan menarik di rangkaian kedai serbaneka, 7 Eleven. Jika anda berkesempatan ke Hatyai, kami sarankan anda singgah ke 7 Eleven. Ini kerana 7 E Thailand memang next level!



Kebanyakkan makanan di sini memang tidak dijual di 7 E Malaysia. Sangat menarik dan rata-rata yang pernah cuba mengatakan ia sangat murah dan sedap.

Benda wajib beli di 7E Hatyai
  • Susu Teapot
  • Susu Pisang Meiji
  • Roti
  • Burger segera
  • Pizza segera
  • Ramen / mi segera
  • Kopi
  • Hot Dog

Banyak lagilah makanan menarik yang dijual. Tetapi hati-hati, tak semua makanan halal. maklumlah, negara bukan Islam. Anda kena tengok paket makanan yang ada logo halal ya?


Tempat makan best di Hatyai


Selesai membeli-belah, perut pasti berkeroncong bukan? Saya senaraikan juga beberapa tempat makan halal dan sedap di Hatyai buat rujukan anda kelak.

Salma Halal Restaurant


Dibuka seawal jam 8 pagi, menyediakan hidangan Nasi Lemak Udang Goreng yang sudah menjadi signature restoran ini. Masakan panas dan ala Thai seperti tomyam, sotong telur masin dan kerabu mangga memang menyelerakan.

Alamat: Prachathipat Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

gambar: faraamusa.blogspot.com

Hamid Restaurant


Cukup popular dikalangan pelancong Muslim dan rakyat Malaysia. Hidangan seperti roti canai, roti pisang, memang sebijik macam kedai mamak! Cuba juga sup perut, Sotong Stim Limau & Cili Padi! Lokasinya tidak jauh dari Lee Garden Plaza.

Alamat: 73-75 Prachathipat Rd, ตำบล หาดใหญ่ Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Dimsum Chabura


Tempat makan menarik di Hatyai yang wajib anda kunjungi. Menyediakan hidangan dimsum dalam mangkuk kecil, tetapi banyak pilihan. Pasti rambang mata dibuatnya. Semuanya halal dan majoriti pelanggan adalah Melayu. Susah untuk mendapatkan meja, jadi anda kena bersedia!

Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Cukup tak 6 tempat shopping murah di Hatyai yang saya senaraikan di atas? Pastikan anda berkunjung kesemua tempat di atas. Bolehlah bandingkan harga. Atau anda ingin cadangkan lokasi lain? Kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

8 Pencuci Muka Untuk Kulit Kombinasi di Watsons

$
0
0
Pencuci Muka Untuk Kulit Kombinasi di Watsons | Anda tidak mempunyai masalah kulit berminyak, tetapi hanya berminyak di sesetengah kawasan pada wajah sahaja. Ini bermakna anda memiliki kulit kombinasi!


Kulit kombinasi kebiasaannya hanya berminyak di kawasan 'T-zone'. T-zone meliputi dahi, hidung, dan dagu. Tetapi macam mana nak tahu jenis kulit anda sama ada kering, berminyak, atau kombinasi? Berikut adalah caranya:

Cara mengetahui jenis kulit
  • Basuh muka dengan pencuci muka seperti biasa dan bilas.
  • Biarkan muka sekitar satu hingga dua jam tanpa memakai apa-apa produk.
  • Periksa kulit anda.

Kemudian lihat kondisi kulit selepas dua jam...
  • Kulit berminyak - Berminyak pada seluruh wajah
  • Kulit Kombinasi - Kulit berminyak pada T-zone sahaja
  • Kulit kering - Kulit kering dan ketat

Salah satu cara untuk menangani masalah kulit kombinasi adalah dengan menggunakan pencuci muka yang sesuai. Pencuci muka tersebut haruslah tidak mengeringkan dan dalam masa sama tidak membuatkan kulit semakin berminyak.

Tetapi, anda pasti ragu-ragu dalam memilih produk.

Saya akan memudahkan kerja anda dengan menyenaraikan cleanser untuk kulit kombinasi boleh didapati di Watsons. Atau anda boleh beli online melalui link yang saya share.


Pencuci Muka Untuk Kulit Kombinasi di Watsons


HADA LABO Deep Clean & Pore Refining Face Wash


Jenama dari Jepun ini memang cukup popular ya? Keberkesanannya memang ketahui ramai biarpun harganya agak mahal. Untuk pengetahuan, HL memilik beberapa jenis pencuci muka. Untuk kulit kombinasi, HL Deep Clean & Pore Refining Face Wash adalah yang paling sesuai.


Ia mengawal minyak berlebihan, membersih lubang pori, dalam masa sama mengembalikan kesegaran dan kelembutan kulit.

[Baca] Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak

Harga: RM26.50
Beli di sini - http://bit.ly/2Ssoq82

SIMPLE Refreshing Facial Wash Gel


Rangkaian skincare nombor 1 di UK dan tidak kurang juga hebatnya di Malaysia. Many good reviews about them dan harganya juga sangat berpatutan. Simple memiliki beberapa jenis cleanser.

Refreshing Facial Wash Gel mengandungi Triple Purified Water dan vitamin yang boleh menyuburkan kulit tanpa kesan iritasi.


Ia juga slightly menanggalkan makeup dan kotoran. Kandungan gel di dalamnya membantu melembabkan muka dan mengawal minyak berlebihan.

Harga: RM14.49
Beli di sini - http://bit.ly/2ZjeRdb

YADAH Pore Refining Foam Cleanser


Produk skincare dari Korea memang tengah 'in' sekarang. Keberkesanannya memang diakui ramai. Janema Yadah adalah antara yang popular dengan sunscreen, mask, dan cleanser.

Pore Refining Foam Cleanser sesuai untuk kulit kombinasi. Kandungan ekstrak 2000mb Albumen dari putih telur mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada T-zone. Dalam masa sama mengeluarkan kotoran untuk membersihkan pori dan mencerahkan culit.


Teksturnya berbuih sebagai agen menanggalkan minyak, tetapi tidak terlalu mengeringkan kulit.

Harga: RM21.20
Beli di sini - http://bit.ly/2SlYCdL

Neutrogena Deep Clean Facial Cleanser


Pencuci muka untuk kulit kombinasi di Watsons yang seterusnya adalah Neutrogena Deep Clean Facial Cleanser. Pencuci muka ini sesui untuk kulit kombinasi dan berminyak.

Ia membersihkan lubang pori dari habuk, minyak, dan lebihan makeup. Menariknya dalam masa sala pencuci muka ini turut menanggalkan sel kulit mati yang membuatkan kulit tampak kusam.


Hasilnya, selepas mebilas wajah lebih segar dan bersih.

Harga: RM16.34
Beli di sini - http://bit.ly/2EOkS8s

COSMODERM Tea Tree Oil


Cosmoderm adalah rangkaian penjagaan kulit dari Malaysia. Produk tempatan yang dipercayai akan keberkesanannya. Bukan calang-calang produk boleh masuk Watsons tau.

Cleanser ini mencuci tanpa mengeringkan kulit. Mampu membersihkan pori yang tersumbat bagi mengelakkan jerawat.



Antara pencuci muka untuk kulit berjerawat kerana kandungan 'tea tree oil nya  yang berfungsi dalam merawat dan mencegah jerawat.

Harga: RM12.40
Beli di sini - http://bit.ly/35S7zzn

NANO WHITE Fresh Gel Cleanser


Kelebihan pencuci muka ini terletak pada kandungan 'micro beads' atau biji-biji halus yang bertindak sebagai ejen pembersih. Micro beads ini lebih lembut dan senang pecah, tidak seperti face scrub.


Tekstur gel dan kandungan boleh menghilangkan minyak berlebihan pada kawasan T-zone tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi.


Ia juga mengandungi tea tree oil, vitamin  C, dan alga laut yang memberi manfaat kepada kulit.

Harga: RM12.90
Beli di sini - http://bit.ly/3985WzJ

EUCERIN Cleansing Gel


Rangkaian produk Eucerin terkenal dengan slogan 'Pro acne solution'. Diiklankan sebagai pembersih muka untuk kulit berjerawat dan sensitif. Malah, kandungannya yang boleh mencegah dan merawat jerawat memeng diakui ramai. Untuk kulit combination to oily, penggunaan pencuci muka Eucerin Cleansing Gel amat digalakkan.

gambar: lipglossismylife.com

Minyak dan debu yang terkumpul pada T-zone boleh mengakibatkan pertumbuhan jerawat. Ia dapat membersihkan minyak berlebihan, makeup, dan habuk dalam pori. Formula tanpa buih dan 6 peratus Ampho-Tenside sangat membantu!


Agak mahal, tapi berbaloi untuk menghilangkang minyak pada T-zone.

Harga: RM40.25
Beli di sini - http://bit.ly/34XkM9a

[Baca]  7 Pencuci Muka Untuk Kulit kering di Watsons

CETAPHIL Gentle Skin Cleanser


Produk pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Saya yakin anda pernah dengar akan kehebatan produk ini sehingga ahli dermatologi turut mencadangkan penggunaannya.


Disebut-sebut sebagai pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. 

Ada yang mengatakan bila guna Cetaphil, dah tak nak guna cleanser lain dah. I guess it's true. Saya sendiri guna dan belum plan lagi nak tukar.

Kira-kira 2 minggu penggunaan, anda akan lihat hasilnya di mana minyak sudah berkurangan di bahagian T-zone. Kalau tak percaya, cubalah!

Harga: RM19.80
Beli di sini - http://bit.ly/2sfFi7w

Memang banyak pencuci muka untuk kulit kombinasi di Watsons. Ini adalah antara yang paling banyak popular dan dipercayai. Kalau anda ada cadangan lain, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah. Next time saya share pencuci muka terbaik untuk lelaki pula. Heee!


Viewing all 562 articles
Browse latest View live


Latest Images