Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all 562 articles
Browse latest View live

Pengalaman Menggunakan Xiaomi Mi A2 Lite

$
0
0
Pengalaman Guna Xiaomi Mi A2 Lite | Sebenarnya agak terlambat untuk saya terbitkan artikel ini kerana saya mula menggunakan peranti Xiaomi sejak awal Disember 2018 lagi. But I want to write it anyway. Ini merupakan pertama kali saya guna telefon Xiaomi. Selepas banya membaca tentangnya, I chose Xiaomi Mi A2 Lite.

Sebelum itu, mari saya terangkan secara ringkas tentang jenama Xiaomi.

Xiaomi merupakan sebuah pengeluar barangan elektronik khususnya gajet dari China. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Xiaomi Malaysia mula diterima ramai. Ini kerana mereka menjual telefon berspesifikasi tinggi pada harga rendah.

Kebanyakan ciri yang ada setanding iPhone dan beberapa telefon high-end lain. Begitu juga dengan smartwatch fitness tracker seperti Fitbit dan Amazfit. Testimoni Xiaomi juga dilihat baik setakat ini.

Kenapa beli Xiaomi?


Well, saya ada iPhone 5s yang menang dari contest iPhone 5s Gajet Impian anjuran Denaihati itu masih boleh digunakan. Tetapi memandangkan storage-nya cuma 16GB, saya tidak dapat melakukan kemaskini iOS. Jadi banyak apps penting seperti Twitter, Instagram, Unfold, Snapseed, dan lain-lain sudah tidak boleh digunakan.

[Baca] Cara Semak Xiaomi Original

Oppo R1L juga masih elok, tapi masih menggunakan Android KitKat. Juga menyebabkan banyak apps tidak boleh dimuat turun.


Jadi, saya tertarik dengan Xiaomi Mi A2 Lite. Ia merupakan telefon yang spesifikasinya sedikit kunrang berbanding Mi A2.

Mi A2 Lite juga dinilai baik oleh majoriti tech Youtubers sehingga mengangkat peranti ini sebagai smartphone terbaik pada harga bajet.

Jika anda tengah usha telefon baharu, dan nak tahu sama ada Xiaomi ok ke tak, teruskan membaca artikel ini. Saya akan ulas dengan terperinci tentang pengalaman pakai handphone Xiaomi. Anggap je artikel ini adalah ulasan Xiaomi Mi A2 Lite.

Pengalaman Menggunakan Xiaomi Mi A2 Lite


Sistem Operasi Android One


Xiaomi Mi A2 Lite dijana berasaskan Android One, iaitu sistem operasi keluaran Google sendiri. Android One memberikan pengalaman penggunaan Android asli, selain kemaskini lebih pantas, dan boleh mengemaskini Android yang terkini.

Pada saya Android One memang lancar dan padu. Masa saya beli, ia menggunakan Android 8.1 Oreo. Dan kini menjana Android 9 Pie. Kemaskini terbaharu mengalamai banyak penambahbaikkan, dari segi shortcut, interface, fungsi radio, dan banyak lagi.


Untuk pengetahuan, hanya peranti Android One sahaja yang bakal menerima kemasikini automatik ini.

Cip Mi A2 Lite menggunakan cip Snapdragon 625, pilihan memori 3GB/4GB RAM. Ia membawakan cip lapan-teras Cortex-A53 2.0 GHz dengan penggunaan GPU Adreno 506, Agak berkuasa. Especially at this price point.

Skrin


Hadir dengan skrin 5.84-inci Full HD+ dengan nisbah 19:9. Hampir menggunakan Skrin Infinity, tetapi diganggu dengan kehadiran notch atau takuk untuk memberi ruang kepada kamera. Which I dont really mind the existence of the notch.

Kamera


Kamera yang terbina pada peranti ini agak rendah jika dibandingkan dengan Mi A2. Peranti ini disokong dengan dual-camera. Iaitu sensor utama 12MP f/2.2 dan sensor kedua 5MP f/2.2 untuk keupayaan kesan bokeh.

Kamera Mi A2 Lite jika dirakam di outdoor atau dalam pencahayaan yang terang memang mantap. Tetapi pada penggambaran low-light, ia agak mengecewakan. Malah, kadang-kala kesan bokehnya tampak tidak natural.

Pada saya ini bukanlah satu masalah besar jika dilihat pada harga peranti ini. Kalau anda mahukan kualiti kamera yang lebih baik, saya cadangkan beli Mi A2. 


Night photo

Selfie

Disclaimer: I am not in this photo.



Rekaan


Salah satu sebab utama mengapa saya berminat pada peranti ini adalah rekaannya yang menawan. Ia dibina berasaskan logam yang memperlihatkan kesan premium. Sekilas panda yang kelihatan seolah peranti kelas atasan.

Pengimbas jap jari diletakkan di bahagian belakang, dan jangka masa unlock yang pantas.

Bateri


Percaya atau tidak, Mi A2 Lite ini hadir dengan bateri 4000 mAh. Ia dapat dicas sepenuhnya dalam masa kira-kira 2 jam.

Sebagai pengguna sederhana, saya menggunakannya selama 3 hari selepas pengecasan penuh. Yup. Itu termasuk browsing, sosial media, menonton video, dan 4 hingga 5 PUBG matches.

Speaking of PUBG, anda boleh bermain permainan video high end dengan lancar tanpa lagging. Telefon ini hanya memberikan haba suam yang sangat minimal. For a budget phone, this is impressive.

Harga Xiaomi Mi A2 Lite Malaysia


Hah, dah berkali-kali saya sebut ini adalah telefon bajet kan? Kalau nak tahu harganya cuma RM729 (3GB/32GB) dan RM849 (4GB/64GB).

Tetapi saya beli secara online di Lazada dengan harga RM679 untu versi 4GB/64GB. Saya membayarnya dengan harga RM604 sahaja selepas menggunakan voucher RM70. Murah kan? Ini adalah salah satu kelebihan telefon Xiaomi.


[Baca] Pengalaman Beli Handphone di Lazada

Murahkan? Anda boleh beli dari seller gStore di Lazada. Seller ini dipercayai dan dinilai baik dari pelanggan.

Beli di sini - https://goo.gl/Lqcs6J


Kalau anda nak tengok testimoni Xiaomi, survey sahaja video review di Youtube.

Kelebihan dan kekurangan Xiaomi


Kekurangan
  • Kualiti gambar pada low-light tidak memuaskan.
  • Tidak menawarkan sokongan USB-C
  • Tiada pengecasan pantas
  • Kemunculan sejumlah iklan Adsense pada peranti. Ini kerana ia dijual harga berpatutan. Jangan risau, ada cara buang iklan pada telefon Xiaomi. Akan saya terangkan dalam artikel akan datang. 

Kelebihan
  • Android One
  • IR Blaster yang berfungsin untuk mengawal mengawal sejumlah perkakasan elektrik seperti TV.
  • 3.5mm Audiojack
  • Kualiti kamera selfie dan outdoor yang memuaskan.
  • Bateri 4000 mAh,
  • Skrin 19:9
  • Dual sim card
  • Slot microSD

Kesimpulan
Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan fungsi dan spesifikasi yang ditawarkan Xiaomi Mi A2 Lite. Walaupun ia cuma peranti middle-end pada harga bajet, spesifikasinya setanding dengan peranti premium.

Jika ditanya telefon Xiaomi bagus atau tidak, pada saya sangat bagus dan berbaloi. Mi A2 Lite adalah antara peranti terbaik pada harga bawah RM1,000. Paling best, ia dijana dengan Android One.


Cara Mudah Beli Barang dari Taobao

$
0
0
Cara Mudah Beli Barang dari Taobao | Untuk mereka yang suka shopping online, nama Taobao sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Taobao juga menjadi lubuk usahawan dropship untuk mendapatkan stok barang dengan harga murah.

Bagi yang masih blur lagi tentang Taobao, mari saya terangkan dengan ringkas mengenai platform beli belah ini.


Apa itu Taobao?


Dalam bahasa mudah, Taobao adalah sebuah platform membeli-belah atas talian yang berpusat di China. Ia sama seperti Amazon, Lazada, dan laman edagang lain seumpamanya. Segala macam jenis barang dari pelbagai kategori dijual di Taobao. Dari pakaian, gadget, alat elektronik, perabot, kelengkapan rumah, barangan bayi, dan banyak lagi.


Kelebihan Taobao adalah kerana ia lebih fokus kepada pelanggan yang ingin membuat pembelian dalam kuantiti yang banyak. Sebab itulah Taobao sering menjadi pilihan peniaga dan usahawan sebagai 'lubuk' untuk mendapatkan stok barang perniagaan. Di sinilah mereka mendapatkan supplier barang dari China.

Borong barang dari China


Untuk peniaga kecil-kecilan, inilah cara borong barang mudah dari China. Taobao memang lubuk usahawan mendapatkan barang pada harga murah untuk dijual kepada pelanggan. Ada juga yang menjadikan Taobao lubuk dropship.


Kekurangan beli barang terus dari Taobao


Memang benar, barang yang dijual di Taobao memang murah. Walau bagaimanapun prosesnya agak leceh kerana:
  1. Website Taobao berbahasa Cina dan tiada dalam versi international. Ini boleh menimbul kekeliruan dari segi pendaftaran, memilih variasi barang, serta ketika proses pembayaran.
  2. Walaupun barang murah, tetapi kos penghantaran agak mahal.
  3. Jika berlaku kerosakkan anda sendiri akan menanggung risiko untuk refund dan berhubung dengan penjual di sana.
  4. Cara pembayaran di Taobao yang rumit kerana tidak boleh dibayar dengan matawang Ringgit. Leceh untuk mereka yang tidak mempunyai credit card atau akaun Paypal

Cara Beli Barang dari Taobao dengan SGshop


Kalau leceh, macam mana nak beli barang dari China dengan mudah? Caranya adalah melalui agen Taobao Malaysia, iaitu SGshop.

Kiranya anda beli barang Taobao dari website SGshop. Semuanya hustle free. Semua barang yang dipaparkan di SGshop telah di-'linked' kepada produk di Taobao.

Kenapa perlu beli barang Taobao melalui SGshop?
  • Laman web berbahasa Inggeris, mesra pengguna, dan layout yang mudah difahami
  • Cara pembayaran SGshop yang mudah, dalam matawang Ringgit.
  • Setiap barang yang dibeli akan dikumpulkan dalam gudang SGshop terlebih dahulu untuk pemeriksaan kualiti, dan urusan kastam.
  • SGshop menguruskan semua proses penghantaran.
  • Kos penghantaran jauh lebih murah berbanding jika anda beli direct dari Taobao. 

Kemudian, semua barang yang anda beli akan dikumpulkan dalam warehouse SGshop. Mereka akan uruskan semua hal termasuklah semak kualiti barang dan berurusan dengan kastam sebelum dihantar kepada anda.

Urutan pembeliah SGshop

Pilih barang di SGshop > BAYAR harga barang > Tunggu seller hantar barang ke warehouse SGshop > BAYAR untuk proses penghantaran > Terima barang

Macam mana saya tahu semua ni? Sebab saya sendiri dah pernah beli barang Taobao melalui SGshop. Sangat mudah, cara pembayaran pun senang je macam Lazada dan Shopee tu. 



Saya akan terangkan dengan dengan ringkas macam mana untuk beli barang melalui SGshop ni. Sebab, di SGshop anda perlu membuat pembayaran sebanyak 2 kali iaitu:

  • Harga barang yang anda beli
  • Kos penghantaran dari China ke rumah anda.

Langkah 1: Daftar/register terlebih dahulu di - https://goo.gl/pa6iRx

Langkah 2: Pilih barang yang ingin dibeli. Pastikan desksripsi seperti jumlah, saiz, dan warna yang tepat. Kemudian masukkan semua barang dalam "Add to cart"'

Langkah 3: Pilih Sumbit order untuk buat pembayaran pertama. Cara pembayaran adalah seperti yang anda biasa shopping di Lazada tu. Pilih online banking dan bank anda.


Langkah 4: Selepas siap membuat pembayaran, anda perlu tunggu untuk seller hantar barang tersebut ke gudang SGshop. Untuk tahu status barang, semak di bahagian 'My Order'.

Langkah 5: Jika status tertera 'Arrived at China Warehouse', ini bermakna anda sudah boleh membuat pembayaran kedua. Untuk membuat pembayaran, klik 'Submit delivery.

Langkah 6: Pilih shipping method sama ada anda nak guna Air Shipping atau Sea Shipping mengikut bajet. Ini kerana air shipping memakan masa kurang 5 hari tetapi agak mahal.


Langkah 7: Semak semua barang yang dibeli, alamat dan kos penghantaran. Kemudian klik 'Pay' untuk pembayaran. Siap! 

Kalau anda nak baca lebih detail, boleh baca di artikel - Cara Beli Barang dari China di SGshop Malaysia

Barang yang saya beli sampai dalam keadaan baik dan berpuas hati dengan servis SGshop. Saya yakin kos keseluruhan lebih tinggi kalau beli direct dari Taobao. 

Ramai yang cakap cara import barang dari China ke Malaysia ni susah. Sebab mereka tak tahu lagi tentang SGshop ni. Ni dah tahu macam mana cara beli barang dari Taobao. Bolehlah borong banyak-banyak untuk berniaga di Shopee. Hehe. Mungkin lepas ni saya akan tunjukkan cara beli 1688 pula. Stay tuned.  

Mommy Modern Produk Penjagaan Bayi Organik

$
0
0
Mommy Modern Produk Penjagaan Bayi Organik | Kulit bayi memang sensitif. Jadi salah satu langkah untuk melindungi si kecil anda adalah dengan menggunakan produk penjagaan berasaskan bahan organik.

Risau juga jika pakai  produk sembarangan, banyak penjagaan kulit diluar sana mempunyai bahan kimia. Sebagai parents, kita harus menggunakan produk bayi terbaik melindungi kulit bayi supaya tidak terdedah kepada bahan yang meragukan.


Bila sebut soal penjagaan kulit, semuanya bermula dari mandian. Oleh itu saya nak cadangkan anda supaya menggunakan shampoo dan body wash atau sabun badan bayi, MOMMY MODERN.

Mommy Modern Produk Penjagaan Bayi Organik


Kalau nak tahu Mommy Modern merupakan sebuah jenama yang menghasilkan produk organik untuk bayi di Malaysia. Antara bahan utama yang digunakan adalah ekstrak essential oil lavender, geranium rose, dan aloe vera (yang anda sedia maklum akan khasiatnya).

Shampoo & Body Wash Organik


Nak tahu produk apa yang bagus sangat untuk baby tu? Shampoo & body wash yang boleh digunakan untuk membasuh rambut dan membersihkan badan. Dalam bahasa mudahnya, 'head-to-toe'.


Memandikan bayi kadang-kala agak rumit. Ibu-ibu pasti  biasa dengan situasi ini. Untuk memudahkan tugas, guna sahaja mandian 2 dalam 1 atau 'head-to-toe'. Sekali picit, boleh disapu pada seluruh badan.

Sudah saya katakan ia berasaskan bahan organik. Jom lihat apa khasiatnya pada badan si manja.

Kebaikan Shampoo & Body Wash Mommy Modern


  • Melembutkan kulit
  • Menghilangkan ruam pada badan
  • Mengatasi masalah mild ezcema
  • Melebatkan rambut
  • Mengawal keguguran rambut
  • Menghilangkan kelemumur / kerak air
  • Mengurangkan parut dan jerawat
  • Mengatasi masalah kulit sensitif

Itulah kelebihan kalau guna produk organik. Semuanya bagus untuk kulit bayi yang sensitif. Bukan itu sahaja, shampoo dan mandian ini juga wangi yang menyegar dan menceriakan si manja anda.




Dengan ramuan selamat tanpa bahan kimia dan banyak kebaikan, ciri-ciri ini cukup untuk menjadikan Shampoo & Body Wash dari Mommy Modern sebagai jenama mandian bayi terbaik.

Kolaborasi dengan animasi Omar dan Hana


Kalau nak tahu, tidak lama lagi Mommy Modern bakal menjalankan kerjasama dengan animasi Islamik Omar dan Hana. Animasi tempatan ini cukup popular di kalangan kanak-kanak kerana contentnya menarik, mengajak kanak-kanak bernyanyi bersama mereka diiringi muzik berunsur Islamik secara santai.


Harga Shampoo & Body Wash


RM49 (100 ml)

Dropship tanpa modal


Untuk mereka yang nak buat duit dengan menjalankan bisnes online, anda boleh cuba jadi agen dropship tanpa modal Mommy Modern. Nanti mereka akan bagi panduan dan guide anda dari zero to hero!


Facebook:Mommy Modern HQ
Instagram:@mommymodernhq
Nombor telefon: 012 - 444 7732

Tak lama lagi Mommy Modern akan mengeluarkan beberapa lagi set penjagaan bayi organik. Manalah tahu lepas ni ada bedak bayi organik pula? Make sure anda follow kedua-dua media sosial Mommy Modern.

Fakta Menarik Captain Marvel

$
0
0
Fakta Menarik Filem Captain Marvel | Captain Marvel merupakan filem yang dinanti-nantikan penggemar filem khususnya peminat tegar francais Marvel Cinematic Universe (MCU). Ini merupakan kali pertama Marvel memperkenalkan watak ini kepada peminat.

Diarahkan oleh Ryan Fleck dan Anna Boden, dua orang pengarah 'filem indie'.

Kalau anda perasan, Marvel Studios sering menggunakan khidmat sutradara filem indie untuk duduk di kerusi pengarah. Contohnya Taika Waititi yang mengarahkan Thor Ragnarok, Ryan Coogler (Black Panther), malah adik beradik Russo sendiri merupakan perangah filem indie dan siri televisyen.


Apa yang membuatkan ramai yang tidak sabar-sabar untuk menyaksikan origin Captain Marvel adalah kerana ia merupakan filem pertama MCU yang mengangkat wanite sebagai teraju utama. Selain itu, Captain Marvel disebut-sebut sebagai adiwira terkuat dalam dunia MCU yang dijangka bakal mengalahkan villain Thanos dalam Avengers End Game kelak.

[Baca] 10 Filem Terbaik 2018 Pilihan NIKKHAZAMI DOTCOM

Captain Marvel atau Carol Denvers dilihat akan membawa hala tuju MCU ke fasa seterusnya selepas 10 tahun membina empayar epik ini.

Pengarah: Ryan Fleck dan Anna Boden
Pelakon: Brie larson, Samuel L Jackson, Jude Law, Annette Benning, Ben Mendelsohn
Durasi: 2 jam 5 minit
Captain Marvel release date (Malaysia): 6 Mac 2019

Fakta Menarik Filem Captain Marvel


- Berlatar belakangkan tahun 1990-an, ia memperlihatkan bagaimana bermulanya kisah Nick Fury, Phil Coulson, Korath the Pursuer, dan Ronan the Accuser.


- Filem ini menggunakan teknik CGI 'de-aged' di mana memperlihatkan Samuel L. Jackson dan Clark Gregg versi muda. Ini kerana filem ini berlatar belakangkan tahun 90-an. Hasilnya cukup flawless dan mengagumkan.

- Ini merupakan filem ke-21 dalam franchais MCU sejak 2008.

[+] Fakta Menarik Avengers Infinity War

- Sebelum Brie Larson terpilih, beberapa orang pelakon seperti Emily Blunt, Yvonne Strahovski, Katheryn Winnick, Natalie Dormer, dan Rebecca Ferguson antara nama disebut untuk memegang watak Captain Marvel.

- Untuk menjayakan watak ikonik ini, Larson menjalani latihan fizikal selama 9 bulan termasuk judo, boxing, dan wresting. Selain itu Larson turut melawat kem Tentera Udara untuk melakukan kajian.


- Keanu Reeves khabarnya ditawarkan watak Mar-Vell, tetapi menolak tawaran tersebut.

- Brie Larson mempunyai alahan terhadap kucing. Mana-mana babak yang memerlukan Larson memegang kucing adalah teknik CGI atau patung.

- Selepas Larson diumumkan memegang watak utama, rangkaian berita CNN melaporkan "Shazam! Brie Larson ialah Captain Marvel". Mereka keliru dengan watak Shazam dari filem adaptasi komik DC yang juga digelarkan Captain Marvel.

- Di dalam komik, kucing peliharaan Carol Denvers bernama 'Chew' bersempena watak Chewbaca dalam francais Star Wars. Untuk filem origin ini, produksi menukarkan nama kucing tersebut kepada 'Goose' yang dari watak Goose Bradshaw dalam filem Top Gun (1986).


- Nama 'Captain Marvel' langsung tidak disebut sepanjang filem. Ia cuma terpapar sebelum end credit.

- Menggunakan khidmat ahli fizik kuantum sebenar sebagai penasihat supaya teori dalam filem ini sejajar dengan logik akal dan sains.

- Ini merupakan filem keempat yang menggandingkan Brie Larson dan Samuel L. Jackson..


- Trailer pertama filem ini mendapat lebih 109 juta tontonan dalam masa 24 jam. Ini menjadikannya filem kesembilan dalam sejarah yang mendapat jumlah tontonan tertinggi.

Nah, itu adalah beberapa fakta menarik Captain Marvel. Sudahkan anda menontonya?

Sinopsis Asalkan Dia Bahagia di Tv3

$
0
0
Sinopsis drama Asalkan Dia Bahagia di Tv3 | Menyusuli Dia Menantu Rahsia, saksikan sebuah lagi drama bersiri menarik di Slot Akasia yang berjudul Asalkan Dia Bahagia bermula 8 Mac 2019.

Turut diadaptasi dari novel cinta popular tulisan Hani Fazuha, Asalkan Dia Bahagia mendapat sentuhan pengarah Jamal Khan.


Mengisahkan percintaan, perkahwinan, dan konflik keluarga, drama bersiri 28 episod ini menggandingkan Ayda Jebat dan Syukri Yahaya sebagai pelakon utama.

Turut membantu menjayakan drama ini ialah Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, dan Fadilah Mansor.

Sinopsis drama Asalkan Dia Bahagia di Tv3


Oleh kerana dia merupakan anak pungut, Adira Imani merelakan dirinya berkahwin dengan Haris Aryan yang juga merupakan rakan abang angkatnyam  Ikmal.

[Baca] Medical Card Terbaik Untuk Anak

Biarpun mengenali Adira dari kecil lagi, Ikmal tidak dapat menolak perasaannya dari menyimpan rasa cinta terhadap adik angkatnya itu. Sehinggakan Ikmal memasang niat untuk melamar Adira sebaik gadis itu tamat belajar.


Apakan daya, Adira dijodohkan dnegan Haris dan perkahwinan mereka dipercepatkan. Apakan daya, Adira kini menjadi isteri rakannya sendiri.

Sudahlah berkahwin tanpa cinta, rumah tangganya pula penuh dengan rasa curiga sang suami. Haris sering membuat andaian yang Adira melakukan hubungan sulit dengan Ikmal. Datang pula Afida, sepupu Haris yang suka menempel.


Bagaimanakan kesudahan kisah Adira? Bahagiakan rumah tangganya bersuamikan lelaki kuat cemburu? Wajarkan Ikmal terus mencintai Adira?

OST/Lagu tema: Ayda Jebat -Mana Ada Hati

Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton dan saluran Youtube TV3Malaysia Official. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7.

Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

Asalkan Dia Bahagia bersiaran bermula 8 Mac 2018, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di Tv3.

Cara Beli Barang di Go Shop

$
0
0
Cara Beli Barang di Go Shop | Nampaknya 'shoppertainment' sudah sebati dengan rakyat Malaysia. Konsep membeli-belah selepas menonton demonstrasi produk di kaca tv seolah membeli nafas baharu kepada pengguna. Terdapat beberapa buah rancangan seumpamanya disiarkan. Go Shop adalah yang pertama dan yang paling digemari ramai.

Terdapat pelbagai kategori produk ditawarkan antaranya peralatan elektronik digital, keperluan isi rumah, barangan kelengkapan dapur, aksesori dan fesyen, kesihatan, kosmetik dan penjagaan diri. Anda boleh lihat sendiri senarai barang di Go Shop melalui laman webnya di - http://www.goshop.com.my.


Untuk menonton demonstrasi Go Shop, anda boleh menontonnya di 3 saluran khas Astro yang beroperasi 24 jam iaitu:
  • CH118
  • CH120
  • CH303 HD

Apa yang membuatkan platform ini mendapat sambutan adalah kerana pengguna boleh melihat sendiri keberkesanan dan kualiti produk.

Selepas melihat kualiti produk, bagaimana pula cara untuk membelinya? Nah, dalam artikel ini saya akan tunjukkan cara bagaimana untuk beli barang di Go Shop melalui pengalaman saya tempoh hari.

Terdapat 3 cara untuk membeli di Go Shop iaitu melalui:
  1. Laman web
  2. Go Shop App di di Apple App Store atau Google Playstore
  3. Menerusi talian bebas tol [1800-82-0088]

Cara Beli Barang di Go Shop


Melalui laman web Go Shop


1. Mendaftar akaun baharu dengan melayari https://www.goshop.com.my/biz/cst/member/cstWebMemRegisterIns.do. Masukkan maklumat peribadi seperni nama penuh, alamat, nombor telefon, dan sebagainya.



2. Selesai mendaftar, anda sudah boleh membuat pembelian. Pilih Go Shop product yang anda mahu. Katakan anda nak beli Kissen Multi Blender, klik 'BUY NOW'.


3. Di bahagian 'Check out', pastikan nama, alamat rumah, dan nombor telefon anda tepat. Kemudian klik 'Next'.

4. Semak produk yang ingin anda beli. Pilih cara pembayaran sama ada Credit/debit card, Cash on Delivery, atau Bank Transfer/FPX. Jika anda memilih untuk membayar secara online menggunakan bank CIMB/Maybank atau sebagainya, pilih 'Bank Transfer/FPX'.



In my case, saya guna kaedah 'Cash On Delivery' atau COD, di mana anda cuma perlu order, dan pembayaran akan dibuat semasa anda menerima barang tersebut.

Kemudian pilih 'Place Your Order'.

5. Siap. Kini anda cuma perlu tunggu sahaja barang sampai ke rumah. Untuk mereka yang memilih kaedah COD, sediakan duit secukupnya untuk dibayar kepada posmen GDEX ya?


Melalui Go Shop App


Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.goshop.app&hl=en
iOS App Store:https://itunes.apple.com/my/app/go-shop/id945250139?mt=8

Beli menggunakan aplikasi pada telfon sebenarnya sama sahaja. Cuma interface atau paparannya sahaja yang berlainan. Anda boleh ikut step di atas.

[Baca] Medical Card Terbaik Untuk Anak

Menerusi talian bebas tol


Anda cuma perlu menghubungi [1800-82-0088], nyatakan produk yang diinginkan. Cara yang lebih mudah adalah dengan memilih kaedah Cash On Delivery.

Cara bayaran ansuran go shop
Go Shop menyediakan cara pembayaran ansuran atau Pelan Pembayaran Mudah (“Easy Payment Plan”) untuk pemegang kad kredit Maybank bagi produk-produk terpilih. Bayaran seumpanya tertakluk kepada terma dan syarat.

Kissen Multi Blender




Tips beli barang di Go Shop

  • Beli produk yang sedang didemonstrasi di kaca tv. Ini kerana anda akan menikmati diskaun dan beberapa free gift.
  • Gunakan kod kupon. Kod kupon ini biasanya diberikan oleh syarikat seperti iPrice atau Shopback. Go Shop sendiri kadang-kala memberikan kupon diskaun. Masukkan kod dilangkah 4.
  • Semak kualiti barang dengan melakukan research di Google. Nasihat saya, jangan sembrono sahaja. Memanglah melalui demonstrasi nampak berkualiti kerana mereka sedang 'menjual' produk. Nak kata Go Shop penipu tu tak adalah, cuma ambil langkah berjaga-jaga.

Memang banyaklah barang yang dijual di Go Shop. Vacuum, perfume, peralatan elektrik, perkakasan dapur, hinggalah mee segera/ramen.


Ini sebenarnya bukan kali pertama saya beli barang dari platform seumpama ini. Saya sudah berkali-kali beli barang di CJ Wow Shop. Anda boleh baca di - Pengalaman Beli Barang di CJ Wow Shop.

Sekarang ni anda dah tahu macam mana cara beli barang di Go Shop bukan? Apa lagi, layarilah laman website mereka. Makcik-makcik pasti rambang mata.

Netflix vs iFlix Yang Mana Lebih Baik

$
0
0
Netflix vs iFlix Yang Mana Lebih Baik | Perkhidmatan penstriman video semakin diterima ramai termasuklah di Malaysia. Dengan kandungannya yang pelbagai dan menghiburkan, masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk melanggan demi menonton filem dan siri kegemaran. Di Malaysia, kita didedahkan dengan dua penstriman utama iaitu Netflix dan iFlix.

Sebelum itu saya ingin terangkan apa itu Netflix dan iFlix? Ia adalah syarikat penstriman video yang menawarkan pelbagai kandungan hiburan seperti filem, siri, dokumentari, dan banyak lagi. Kandungan ini hanya boleh ditonton melalui peranti pintar dan sambungan internet.


Apa yang best tentang penstrima video ini adalah anda boleh menonton rancangan kegemaran tanpa henti, tidak perlu menunggu episod baharu, dan tiada iklan.

Persoalannya, yang mana patut anda langgan? Yang mana satukah yang berbaloi dan sesuai dengan kemampuan citarasa anda?

Jom lihat antara kelebihan dan kekurangan antara Netflix dan iFlix ini.

Kandungan


Netflix


Tiada siapa yang boleh menyangkal yang Netflix menawarkan kandungan yang jauh lebih menarik. Ribuan filem dan siri tv popular dari Amerika Syarikat yang boleh anda tonton. Lebih menarik Netflix sendiri memilik banyak kandungan original.

Kandungan original bermaksud ia tidak disiarkan di mana-mana platform dan hanya boleh ditonton oleh pelanggan Netflix sahaja.


Antara original movies dan seiris popular adalah seperti Black Mirror, Velvet Buzzsaw, To All The Boys I've Loved Before, Bird Box dan banyak lagi.

Bagi siri tv pula, Netflix menyiarkan banyak siri eksklusif berkualiti serta menarik. Sampai saya pun mula terjebak. Pada saya, siri terbaik yang pernah saya tonton di Netflix setakat ini adalah Stranger Things dan The Haunting of Hill House. Anda boleh baca review di pautan:

Ulasan Stranger Things Season 1 / Season 2
Ulasan The Haunting of Hill House
Ulasan 13 Reasons Why

Untuk peminat setia Marvel, siri original seperti Jessica Jones, The Punisher, Defenders, dan Daredevil.

Netflix juga sudah mula menyiarkan filem Melayu seperti One Two Jaga, Paskal, dan Pulang.

Akan tetapi penonton Netflix Malaysia tidak dapat menikmati kandungan seperti di USA. Ini adalah berikutan masalah perlesenan. Ramai menggunakan VPN  untuk mengakses kandungan penuh.

iFlix


Kandungan iFlix juga menarik dan lebih dekat dengan hati rakyat Malaysia. Siri Friends, Big Bang Theory, How I Met Your Mother, Mr Robot, Gotham, boleh ditonton oleh pengguna. Pilihan filem juga menarik dan pelbagai genre dan bahasa


Memandangkan ia adalah penstriman di Asia sahaja (buat masa sekarang) maka banyaklah kandungan filem Melayu, Hindi, Korea, dan Filipina di iFlix. 
Bagitu juga dengan peminat bola sepak tempatan. Anda boleh tonton Liga Malaysia di iFlix secara Live. Memandangkan cuma beberapa perlawanan sahaja disiarkan di kaca tv, iFlix mengambil langkah untuk menyiarkan Liga Super, Piala FA, dan Piala Malaysia, Sumbangsih, serta perlawanan terpilih dari Liga Perdana.

Kualiti Visual dan Audio


Netflix selangkah dihadapan dalam menawaran kualiti visual. Mereka menawarkan resolusi SD, HD dan UHD. Menontonnya pada peranti yang menyokong kualiti 1080 memang mantap!

Untuk iFlix pula, mereka mula menyokong kualiti HD pada 2017 dan turut menaik taraf audio yang lebih baik. Ia dapat dinikmati oleh semua pengguna mobile, komputer, dan Chromecast.


Menonton rancangan kegemaran dalan resolusi tinggi ini perlu menggunakan internet berkelajuan tinggi. Seeloknya 5 Mbps ke atas.

Penapisan konten dewasa


Netflix


Kecoh baru-baru ini di mana Ahli Parlime Barisan Nasional (BN) mahu kerajaan menapis babak berunsur seksual dan LGBT yang dilihat semakin berleluasa di Netflix.

Ya, tidak dinafikan Hollywood semakin berani menyemai budaya LBGT dalam karya mereka.


Saya baru sahaja selesai menonton The Umbrella Academy, iaitu sebuah siri 10 episod. Siri ini juga menyelitkan unsur LGBT di dalamnya. Memandangkan ia berkonsepkan superhero, maka sudah tentulah menarik perhatian golongan kanak-kanak.

Untuk mengelak anak-anak dari menontonnya, anda perlu mengawasi dengan tidak membenarkan mereka dalam menonton rancangan yang diklasifikasikan 'MATURE'.


Buat masa sekarang Netflix tidak menapis kandungan mereka. Harap di masa akan datang Netflix mempunyai butang 'skip' untuk babak seks. Dan ini boleh menjadikan kelebihan Netflix Malaysia.

iFlix


Berita baik, kerana iFlix menapis kandungan mereka. Mungkin kerana ia berpengkalan di Asia, dan budaya orang Asia lebih sopan. Mereka menapis babak Hallelujah dalam Watchmen.

Ditonton pada pelbagai peranti


Kedua-dua Netflix dan iFlix boleh ditonton pada smart tv, telefon pintar, tablet, dan computer. Jika anda ingin menontonnya pada skrin besar tetapi tidak memiliki smart tv, anda boleh menggunakan Chromecast.

[+] Chromecast 3 RM187 (Beli DI SINI)

Netflix turut boleh ditonton melalui PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox 360 dan Xbox One.

Harga


Antara faktor penting lain yang perlu diambil kira sebeli melanggan Netflix atau iFlix adalah harga. iFlix jauh leboh murah berbanding Netflix. Perlu diambil kira, Netflix mempunyai ratusan kandungan original berkualiti serta menampilkan pelakon A-list seperti Sandra Bullock, Ben Affleck, Will Smith, dan ramai lagi.

Harga iFlix Malaysia 2019
  • Sebulan - RM10
  • Setahun - RM96

[Baca] Cara Daftar Netlfix Malaysia
[Baca] Cara Daftar iFlix Malaysia

Harga Netflix Malaysia 2019 
Terdapat TIGA jenis pakej bulanan disediakan iaitu:
  • Basic - RM33
  • Standard - RM42
  • Premium - RM51

Setiap pakej memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing dan anda boleh rujuk gambar di bawah.


Cara bayar iFlix dan Netflix Malaysia


Anda boleh menontonnya secara percuma selama sebulan. Sekiranya berpuas hati, anda boleh melanggan secara bulanan menggunakan kad kredit.

Bahkahn, 7 Eleven turut menjual gift card Netflix dan iFlix. Card ingin mengandungi nombor kod langganan sebulan.


Sekiranya anda merupakan pelanggan TM Unifi, anda sudah memperoleh langganan iFlix secara percuma selama setahun.

Kelebihan Netflix dan iFlix


  • Murah
  • Ribuan siri TV & filem paling popular
  • Terdapat siri dan filem Melayu
  • Visual berkualiti di semua peranti
  • Muat turun dan tonton di luar jaringan
  • Tiada kontrak, boleh unsubscribe bila-bila masa
  • Tiada iklan
  • Sarikata dalam Bahasa Melayu, Cina, Tamil & transkrib dalam Bahasa Inggeris

Kesimpulan


Jika ditanya, Netflix Vs iFlix yang mana lebih baik? Itu terpulang pada keperluan, citarasa, dan bajet. Kandungan Netflix lebih baik kerana ia penstriman international dan banyak original content, tetapi agak mahal. Manakala iFlix pula lebih kepada kandungan Asia dan menepati citarasa penonton Malaysia dan harganya cuma RM10. Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam membuat perbandingan sebelum melanggan.

Sinopsis Patah Sayap Bertongkat Paruh

$
0
0
Sinopsis Patah Sayap Bertongkat Paruh | Sebuah drama bersiri hebat bakal menemui penonton setia Astro Ria iaitu Patah Sayap Bertongkat Paruh pada awal April di slot MegaDrama

Drama kali ini menggandingkan dua pelakon hebat tanah air iaitu Fasha Sandha dan Aaron Aziz sebagai pelakon utama.



Patah Sayap Bertongkat Paruh diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd dan mendapat sentuhan pengarah Along Kamarudin. Ia dijangka diterima ramai memandangkan diterajui oleh pelakon berkaliber dan jalan cerita yang tidak stereotype.

Turut membantu menjayakan drama bersiri ini adalah Zarul Husin, Jalil Hamid, Amelina, Jasper Supayah, Sofia Dendroff, Aman Aziz, Haziq MacQuistan, Amira Othman, Elly Mazlein, Jasmin Hamid, dan Cat Farish.

Drama ini bersiaran sebanyak 14 episod sahaja.

Sinopsis drama Patah Sayap Bertongkat Paruh


Selepas diceraikan suami, Aliah nekad pulang ke kampung untuk membina kehidupan baharu bersama tiga orang anaknya.

Kepincangan rumah tangganya diketahui Talhah, rakan sekampung dan teman sepermainan Aliah sewaktu kecil. Mendapat tahu yang Aliah di abaikan bekas suaminya, Hisyam, mengundang rasa simpati Talhah.



Talhah mula rapat dengan Aliah dan anak-anaknya. Aliah pula menyabut baik keikhlasan Talhah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar.

Hisyam ke kampung untuk mendapatkan semula isterinya. Dia memberi amaran dan berbohong kepada Talhah yang dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah.

Aliah hanya mahu lari dari Hisyam kerana sudah tidak tahan lagi dengan bekas suaminya itu. Pelbagai dugaan yang perlu dihadapinya sepanjang menyelesaikankemelut perkahwinannya.



Apakah Talhah akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?

Patah Sayap Bertongkat Paruh bakal bersiaran mulai 3 April 2019, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan HD (123)

Fakta Menarik Filem Shazam

$
0
0
Fakta Menarik Filem Shazam | Komik DC kembali  dengan sebuah lagi filem adaptasi, Shazam! Shazam dilihat bakal mengikut jejak langkah Wonder Wonder dan Aquaman berdasarkan penerimaan penonton dan rating dari pengkritik profesional.

DC dan Warner Bros mendengar keluhan peminat yang sudah muak dengan tema gelap dan serius DC Extended Universe (DCEU) sejak filem Man Of Steel.


Batman V Superman Dawn of Justice, Suicide Squad, dan Justice League juga dikritik hebat. Enggan melihat empayar DCEU musnah, mereka memperkenalkan karakter baru iaitu Shazam yang ringan, berwarna-warni, dan berunsur humor.

Shazam mempertaruhkan Zachary Levi sebagai pelakon utama dan diarahkan oleh David Sandberg, seorang pengarah yang terkenal dengan kaerianya dalam arena seram.

Ramai yang tidak sabar mahu menonton filem ini. Saya sendiri yang menggemari lakonan Levi sejak siri Chuck, agak teruja yang beliau akhirnya menerajui sebuah filem blockbuster.

Sinopsis Shazam


Billy Batson, 14, mendapat kuasa adiwira setiap kali menyebut perkataan 'Shazam'! Bersama dengan rakannya, Billy mengenal pasti apakah kekuatan yang ada pada dirinya. Dalam masa sama dia perlu bersedia dengan ancaman Dr. Thaddeus Sivana.

Pelakon: Zachary Levi, Asher Angel, Jack Dylan Grazer, Mark Strong, Djimon Hounsou
Pengarah: David Sandberg
Durasi: 2 jam 12 minit
Tarikh tayangan Malaysia: 4 April 2019

Fakta Menarik Filem Shazam


- Ini bukan kali pertama Zachary Levi berlakon dalam filem superhero. Beliau pernah muncul dalam dua filem dari Marvel Cinematic Universe (MCU), iaitu Thor The Dark World, dan Thor Ragnarok, sebagai Fandral.


- Henry Cavill khabarnya bakal membuat penampilan khas sebagai Superman. Tetapi kekangan waktu dan kepadatan jadual berlakon Mission Imposible Fallout tidak membenarkan beliau turun ke lokasi.

- Zachary Levi merupakan antara pelakon yang berada dalam senarai terakhir untuk memegang watak Peter Quill/Starlord. Namun watak itu diberikan kepada Chris Pratt.

- Filem ini turut mengambil inspirasi dari filem Big (1988) dan siri Stranger Things (2016).


-  Tajuk filem ini ketika post-production adalah "Billy Batson & The Legend of Shazam".

- Memandangkan pengarah, David Sandberg, pernah mengarahkan Annabelle: Creation, patung mistik Annabelle diletakkan dalam satu babak sebagai 'easter egg'.

- Menurut penerbit, Peter Safran, Shazam termasuk dalam DCEU dan berada di dalam dunia yang sama dengan Batman, Superman, Wonder Woman, dan Aquaman. Namun, kebarangkalian Shazam akan muncul dalam filemtersebut masih belum dipastikan.


- Mengikut komik, nama lain bagi Shazam adalah Captain Marvel, sama seperti karakter dari komik Marvel. Malah, Marvel sendiri menayangkan filem Captain Marvel pada tahun yang sama. Anehnya, kedua-dua filem ini dibintangi Djimon Hounsou.

- Aktor Zachary Levi yang sebelum ini terkenal dengan karier televisyen serta watk Flynn Rider dari animasi Tangled.

- Levi perlu meningkatkan berat badan sebanyak 20 pounds untuk menjayakan watak Shazam.

- Filem ini berlatar belakangkan Philadelphia, USA. Tetapi menjalani penggambaran di Toronto, Kanada.


- Jake McDorman, Parker Young, Joshua Sasse, Derek Theler, dan John Cena, merupakan antara nama-nama yang disebut untuk memainkan watak Shazam.

- Untuk mengelakkan set penggambaran mendapat perhatian orang awam dan paparazi, produksi menamakan papan tanda 'Franklin'.

- Pelakon yang terkenal melalui siri This Is Us, Ron Cephas Jones, terpaksa menolak tawaran melakonkan watak Wizard kerana jadual kerja yang ketat.



Sinopsis Kamar Kamariah di Tv3

$
0
0
Sinopsis Kamar Kamariah di Tv3 | Menyusuli Asalkan Dia Bahagia, saluran nombor satu negara Tv3 membawakan anda sebuah lagi drama bersiri hebat bertajuk KAMAR KAMARIAH. Drama ini bakal menghiasi Slot Akasia yang bersiaran pada jam 7 malam.

Kamar Kamariah dibarisi pelakon-pelakon handalan negara seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz, Syafie Naswip, Engku Faridah, Tasha Shilla, dan ramai lagi.


Drama bersiri 13 episod ini dijangka menawarkan plot berbeza dari drama Slot Akasia yang lain. Iaitu tidak terlalu memfokuskan kisah cinta atau perkahwinan tanpa cinta.

Mendapat sentuhan pengarah Raja Ahmad Alauddin, Kamar Kamariah merupakan sebuah lagi buah tangan terbaharu dari Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Sinopsis drama Kamar Kamariah di Tv3


Setelah sekian lama terlena dengan dosa dan mengamalkan pergaulan bebas, Kamariah kini insaf dan ingin memulakan hidup baharu. Dia berkahwin dengan Murad yang disangkanya bakal menjadi suami yang bertanggungjawab dan membawanya ke jalan yang benar.


Namun kelahiran bayi yang tidak dijangka, menguji dirinya. Murad tidak dapat menerima kehadiran bayi tersebut. Enggan menjadi ayah kepada bayi tersebut, Murad meninggalkannya di surau. Kehidupan Kamariah semakin kacau bilau.

Lagu tema Kamar Kamariah: Dato' Siti Nurhaliza - Aku Bukan Malaikat

Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7. Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?


Kamar Kamariah bakal bersiaran mulai 17 April 2019, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam hanya di Tv3.

Fakta Menarik Avengers Endgame

$
0
0
Peminat di Malaysia cukup bertuah kerana menjadi antara negara terawal yang dapat menonton filem yang dinanti-nantikan, Avengers Endgame. Ada yang sanggup mengambil cuti dan membeli tiket seawal jam 7 pagi pada 24 April. 

Selepas kekacauan yang berlaku sejurus Thanos mengumpul kesemua Infinity Stones, peminat sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui kesinambungan kisah epik ini.


Apa yang pasti Endgame bakal menjadi penutup kepada 10 tahun pertama MCU atau 'Infinity Saga' yang menjadikan Infinity Stones sebagai fokus utama. Jangan risau, empayar MCU bakal diteruskan dan hala tujunya telahpun dicorakkan oleh penerbit, Kevin Feige.

[Baca] 10 Filem Terbaik 2018

Pada saat artikel ini ditulis, Endgame menerima respon positif baik dari peminat dan pengkritik filem. Malah ia mendapat markah 97% dari laman Rotten Tomatoes.

Peminat bukan sahaja tidak sabar untuk menyaksikan pasukan Avengers mengalahkan Thanos. Bahkan ingin melihat bagaimana mereka mengembalikan semua yang telah menjadi debu.


Sinopsis


Dengan bekalan oksigen dan makanan yang terhad, Tony Stark menghantar mesej kepada Pepper Potts. Manakala beberapa orang ahli Avengers yang tinggal, Black Widow, Captain America, Hawkeye, Hulk, Thor, dan War Machine, mereka kini merancang untuk sekali lagi menghapuskan Thanos dan mengembalikan rakan-rakan yang lain.

Pengarah: Anthony dan Joe Russo
Pelakon: Robert Downey Jr, Scarlett Johansson, Brie Larson, Chris Hemsworth, Jeremy Renner, Josh Brolin, Chris Evans.
Durasi: 3 jam 1 minit
Tarikh tayangan Malaysia: 24 April 2019

Fakta Menarik Avengers Endgame


-Bukan sahaja plot filem ini dirahsiakan, bahkan tajuknya juga didedahkan hanya pada trailer pertama. Marketing department melakukan tugas yang bijak dalam memasarkan Endgame dalam memastikan peminat kekal tertanya-tanya.

- Filem ke-22 dalam dunia MCU dan siri terakhir dalam fasa ketiga.

- Filem ke 4 dalam dunia MCU yang diarahkan oleh Joe dan Anthony Russo. 

- Melalui satu temu bual, Joe dan Anthony Russo mengesahkan pertemuan antara Tony Stark dan Captain America seperti yang dipaparkan dalam trailer tidak dimuatkan dalam filem. Babak itu dilakonkan khas untuk trailer sahaja.


- Seperti Avengers Infinity War, para pelakon tidak mengetahui plot dan kesudahan filem ini. Mereka hanya diberikan skrip melibatkan babak mereka sahaja.

- Ingin memberi kejutan buat peminat, tajuk trailer filem ini diletakkan sebagai "Marvel Studios' Avengers - Official Trailer". Tajuk filem hanya muncul pada penghujung trailer. 

- Endgame merupakan filem MCU yang memiliki durasi terpanjang iaitu 3 jam 1 minit.

- Menurut penerbit, Kevin Feige, trailer dan klip yang dipaparkan kepada umum hanya merangkumi 3% dari filem sebenar.


- Menjadi filem paling banyak menerima tiket 'pra-tempah' dalam masa kurang 24 jam.

- Penonton tidak perlu menunggu hingga ke akhir kredit kerana Endgame telah disahkan tidak mempunyai end credit scene. Buat pertama kalinya filem dari MCU tidak mempunyai babak end credit.

- Bintang siri 13 Reasons Why, Katherine Langford diumumkan mempunyai watak rahsia sebaik selesai menjalani penggambaran. 

- Feige memberi bayangan yang Endgame bakal menjadi filem MCU yang paling banyak memuatkan unsur intensiti dan penuh emosi.


- Menjalani penggambaran di Pinewood Studios, Georgia, USA.

- Infinity War dan Endgame dirakam sepenuhnya menggunakan kamera IMAX menggunakan ratio 1.9:1.

- Tajuk filem ini pertama kali disebut dalam filem Avengers Age Of Ultron. Ia kemudian diberi bayangan oleh Dr Strange dalam Infinity War.

- Seminggu sebelum tarikh tayangan, klip Endgame tertiris di internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Klip tersebut memaparkan beberapa babak penting filem ini.

- Brie Larson turun ke set penggambaran Endgame terlebih dahulu sebelum menerima skrip Captain Marvel.


- Marvel melakukan kesilapan dengan tidak memasukkan nama Danai Gurira (Okoye) dalam poster. Ia menjadi bahan jenaka di media sosial dan ada juga mengatakan Marvel bersikap rasis. Marvel kemudian memuat naik semula poster berkenaan.

- Pelakon Aaron-Taylor Johnson dilihat berada diset penggambaran. Ini memberi bayangan yang karakternya, Quicksilver, muncul dalam babak 'flashback'.

- Endgame adalah filem terakhir yang menampilkan cameo dari pengasas komik Marvel, iaitu mendiang Stan Lee. Lee meninggal dunia beberapa bulan lalu. Penampilan khas beliau pastinya akan dirindui peminat.

- Pelakon Gwyneth Paltrow mengatakan Endgame mungkin adalah filem terakhirnya dalam MCU dengan berseloroh yang beliau sudah terlalu tua untuk memegang watak Pepper Potts.


Sinopsis Curi Curi Cinta di Astro Ria

$
0
0
Sinopsis Curi Curi Cinta di Astro Ria | Drama Curi-Curi Cinta yang menggantikan Patah Sayap Bertongkat Paruh menjadi salah satu drama yang dinantikan peminat. Dek kerana menggandingkan pelakon hangat tanah air dan sudah lama dipromosikan di sosial media.

Diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin, Curi-Curi Cinta juga merupakan drama yang diadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yang sama.


Bersiaran sebanyak 28 episod, drama terbaru Astro Ria ini dijangka bakal mencetuskan fenomenanya yang tersendiri. Ini memandangkan pelakon utamanya Zahirah Macwilson pernah membintangi drama kegemaran ramai, Jangan Benci Cintaku, beberapa bulan lalu.

Tambahan pula, Zahirah kini menjalinkan hubungan cinta dengan Aiman Hakim Redza yang juga menjadi pasangannya dalam drama ini. *Disclaimer: Ini bukan blog gosip* 🙊

Curi-Curi Cinta dibarisi pelakon Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Adam Lee, Fauziah Nawi, Izzue Islam, Haneesya, Pablo Amirul, dan ramai lagi.

Sinopsis drama Curi Curi Cinta di Astro Ria


Intan dilahirkan dalam keluarga yang susah. beban keluarga mereka bertambah selepas ayahnya meninggal dunia. Manakala ibunya pula buta akibat kemalangan. Intan malah membenci abangnya, Iskandar kerana dia menganggap Iskandar sebagai punca berlakunya kamalangan tersebut.

Baru pula dari luar negara, Intan terpaut dengan sepupu sahabatnya sendiri, Daniel. Seorang jejaka kaya dan kacak. Entah bagaimana, kebetulan pula Daniel ialah kekasih sepupunya, Fariza.


Demi melunaskan hasratnya untuk bersama dengan orang berada Intan sanggup buat apa saja termasuklah menyakiti hati sepupunya sendiri. Satu hari Daniel diperangkap dan terpaksa berkahwin dengan Intan.

Rasa tertipu, dia melepaskan amarahnya terhadap Intan untuk membalas dendam. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.


Situasi mula berubah selepas Intan disahkan mengandung. Ego Intan masih tinggi manakala Daniel masih membenci isterinya itu.

OST/ Lagu tema Curi-Curi Cinta: Wany Hasrita - Terlalu Memuja

*Untuk and yang ingin tonton drama online, anda boleh menonton drama ini di Astro On Demand. Dengan adanya Astro On Demand, anda boleh menonton rancangan kegemaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

 Saksikan drama Curi-Curi Cinta episod 1 bermula 29 April 2019, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (105) dan Ria HD (123).

Produk Kecantikan Berasaskan Minyak Kelapa Dara D'Fera

$
0
0
Saya pernah terbit artikel tentang produk minyak kelapa dara jenama D'Fera. Sebelum ini mereka memperkenalkan produk asas seperti BeautyFera, Essential Baby Oil, bedak sejuk, minyak angin, sabun muka, shampoo, pencuci muka, dan lotion. Kini, D'Fera tampil dengan rangkaian produk kecantikan!


Anda boleh baca artikel tentangnya di sini: Minyak Kelapa Dara Terbaik D'Fera

Apa itu minyak kelapa dara?

Minyak Kelapa Dara adalah minyak kelapa yang dihasilkan tanpa menjalani proses pemanasan (haba) dan tidak menggunakan bahan-bahan kimia lain seperti bahan pewarna dan MSG.

Struktur asal yang terdapat di dalam minyak kelapa ini akan dikekalkan seasli-aslinya. Berbeza dengan minyak kelapa biasa lain di mana haba dan bahan kimia digunakan sewaktu memprosesnya dan mengakibatkan struktur kimia asal dalamannya berubah.


 Pelbagai kajian demi kajian menunjukkan manfaat minyak kelapa dara. Khasiatnya diaplikasikan sebagai bahan asas dalam menghasilkan produk makanan tambahan kesihatan, penjagaan diri, dan kosmetik.

Saban tahun testimoni minyak kelapa dara menunjukkan keputusan positif dan mula diterima masyarakat.

Kebaikan minyak kelapa dara untuk kulit muka


Sebelum ini kita sering mendengar tentang kebaikan minyak kelapa dara untuk rambut. Bagaimana ia mampu melebat serta menyuburkan akar rambut.

Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman, bahkan baik untuk luaran terutamanya penjagaan kulit wajah.

Maklumlah, bukan main banyak lagi produk kecantikan di luar sana sekarang ini. Kebanyakkannya mengandungin bahan kimia. Bukankah kalau guna produk yang 100% semulajadi lebih baik untuk kulit?


Untuk itu, saya perkenalkan 2 produk kecantikan yang diperbuat daripada minyak kelapa dara keluaran D'Fera dan kebaikannya.

Produk Kecantikan Berasaskan Minyak Kelapa Dara D'Fera


1. Bedak / Loose Powder


  • Diperbuat daripada bahan galian (mineral)
  • Suci, halal, dan bebas pewangi
  • Mesra wuduk
  • Boleh dipakai sewaktu menunaikan solat, haji, dan umrah
  • Mengawal minyak berlebihan pada wajah
  • Tidak menutup pori wajah
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
  • Melembutkan kulit
  • Mencerahkan kulit secara semula jadi

2.Glow Face Mist


  • Menghasilkan kesan 'glowing' yang menjadi idaman ramai
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering
  • Mengurangkan masalah jerawat
  • Mencerahkan kulit secara semula jadi
  • Menganjal dan mengurangkan kedutan
  • Mesra wuduk
  • Boleh dijadikan sebagai primer atau 'makeup base'
  • Boleh dipakai sebagai pelembap rambut dan di bahagian kulit kering

Kedua-dua produk ini adalah produk yang kita pakai setiap hari. Apa yang membezakannya dengan jenama lain di pasaran adalah D'Fera diperkaya dengankan kandungan asli dan tanpa bahan kimia. Maknanya produk ini bebas dari bahan pengawet yang boleh mencederakan kulit.

Moist Chock Bar


Snek yang menggabungkan khasiat minyak kelapa dara dan oat! Kalau nak tahu, 2 bar bersamaan dengan 1 sudu minyak kelapa dara. Ia baik untuk mengawal kolesterol

Saya sendiri dah rasa Moist Chock Bar ini. Memang sedap, tidak terlalu manis, dan sesuai dimakan pada bila-bila masa.


Kelebihan produk minyak kelapa dara D'Fera
Apa yang best tentang jenama D'Fera adalah ia bukan tertumpu kepada produk kecantikan sahaja. Bahkan rangkaian produk ini lengkap dari hujung rambut hingga kaki. Ia meliputi penjagaan dalaman dan luaran.

Best kan? Senang untuk mereka yang mementingkan soal penjagaan diri. Harga setiap produk pula berpatutan dan mampu milik.

Macam mana nak beli produk minyak kelapa dara D'Fera?


Nombor telefon: 018-2844233
Facebook:https://www.facebook.com/dfera.beauty/

Ulasan Filem Avengers Endgame

$
0
0
Ulasan Filem Avengers Endgame | Selama satu dekad membina empayar, sebanyak 22 buah filem yang telah diterbitkan. Endgame menjadi penutup kepada 'Infinity Saga', di mana setiap filem sepanjang 10 tahun ini tertumpu ke arah Infinity Stones.

Pada saat ulasan ini ditulis, Endgame telah berjaya mengumpul lebih USD1.5 billion dalam masa kurang seminggu ditayangkan di pawagam. Ini mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai filem francais paling berjaya dalam sejarah perfileman.


Mula ditayangkan pada 24 April lalu, dan saya baru berpeluang menontonnya beberapa hari lepas. So here is my review.

Ulasan ini TIDAK MENGANDUNGI SPOILERS untuk menghormati mereka yang masih belum berpeluang menonton untuk merasai pengalaman menonton buat kali pertama.

[Baca]  Fakta Menarik Avengers Endgame

Pelakon: Robert Downey Jr, Chris Evans, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner Mark Ruffalo, Josh Brolin, Paul Rudd.
Pengarah: Anthony dan Joe Russo. 


Ulasan Filem Avengers Endgame


Cukup mengagumi Infinity War, saya mengangkatnya sebagai filem terbaik 2018. Oleh kerana itu saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi buat Endgame.

Saya sangka Infinity War adalah filem superhero paling hebat pernah dihasilkan. Nyata jangkaan saya meleset. Avengers Endgame melepasi penanda aras menjadikan ia sebagai karya agung dalam arena filem adiwira.

[Baca] 10 Filem Terbaik 2018

Jalan ceritanya sungguh mempersonakan. Bagaimana enam orang ahli Avengers merancang strategi bukan sahaja untuk sekali lagi menumpaskan Thanos, tetapi mengembalikan mereka yang telah menjadi abu.


Babak demi babak disusun rapi dan menjadi jamuan mata yang mengasyikkan dari minit pertama hingga ke penghujung.

Berdurasi tiga jam , ramai menyatakan Endgame agak meleret dan tidak memuatkan banyak aksi seperti Infinity War. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat itu. Memang benar filem kali ini slow-paced dan penuh dengan babak percakapan atau dipanggil 'dialogue-heavy". Tetapi setiap babak dan bait dialog yang diungkapkan sangat penting dalam membawa penonton memahami keseluruhan jalan cerita.

Tiga jam berlalu dengan begitu sahaja.


Setiap perincian diolah dengan teliti. Oleh itu amat digalakkan anda menonton semua filem MCU sebelum ini supaya tidak terkapai-kapai dalam memahami jalan cerita. 

Seimbang dari segenap aspek


Avengers Endgame memiliki rencah yang cukup. Biarpun ia sepatutnya menjadi filem serius kerana kebanyakan watak masih lagi bersedih, unsur humornya diletakkan pada momen yang tepat. Malah, setiap karakter diberi peluang untuk menyinar. Tidak lupa juga elemen kejutan yang pasti membuat penonton ternganga. "Perfectly balanced".

Skor muzik yang ditulis oleh Alan Silvestri turut memainkan peranan penting ketika bermain dengan emosi dan meningkatkan adrenaline pada babak genting. Ketika menulis review ini saya sedang mendengar track kegemaran dan runut itu sekali lagi meremangkan bulu roma.

Menyentuh perasaan


Sebagai penamat kepada Infinity Saga dan 10 tahun pertama, Endgame sarat dengan babak emosi yang menyentuh perasaan. Mana tidaknya, ia menjadi penamat kepada 22 kisah yang dirangka MCU. Penonton telah melihat jatuh bangun karakter-karakter ini, mustahil untuk tidak mengalirkan air mata saat menontonnya.

I personally cried few times. Not just some tears, but I was bawling my eyes out.


Pertempuran akhir yang hebat


Tidak cukup dengan itu, pertempuran akhir yang mencipta klimaks memberikan kepuasan maksimum kepada penonton. Inilah waktu di mana anda bakal tersenyum dan bersorak gembira melihat bagaimana pasukan Avengers bersatu menentang Thanos dan ribuan bala tenteranya.


Momen ini adalah babak paling epik yang pernah dihasilkan Hollywood!

Without spoiling anything, there was one particular scene yang melibatkan karakter kegemaran membuatkan saya gembira dan berbunga-bunga. Heee!

Ingin juga saya sentuh tentang villain utama, Thanos, yang dimainkan dengan jayanya oleh Josh Brolin. Nyata Thanos bukan sekadar hebat dengan Infinity Gaunlet, tetapi bijak, kuat, dan berkarisma. Dia satu-satunya villain yang tidak mahu menguasai dunia. Sebaliknya, hasrat agung Thanos adalah untuk seimbangkan alam semesta dengan melenyapkan 50% populasi.  
 

Kelemahan


Endgame hampir tiada cacat celanya. Jalan cerita, lakon layar, lakonan, serta aspek teknikal seperti, skor muzik, suntingan, kesan khas, semuanya bersatu dalam menzahirkan sebuah karya hebat.

Cuma sinematografi babak pertempuran pada kemuncak filem agak gelap, namun ia langsung tidak menjejaskan pengalaman menonton momen epik itu.

Endgame Layak bertanding anugerah Oscar?


Black Panther memberi harapan buat filem dari genre ini untuk diiktiraf. Jika ditanya, layakkah Endgame dicalonkan dalam anugerah Oscar, jawapannya YA. Endgame layak dicalonkan dalam kategori Best Adapted Screenplay, Best Visual Effects, dan Best Original Score.

Again, sesiapa yang menyatakan filem superhero adalah mengarut dan melabelkan genre ini hanya untuk tontonan kanak-kanak, think again. Disney dan Marvel Studio tidak bodoh. Filem seumpama ini dirancana dengan baik. Penuh dengan pengisian dan elemen kasih sayang. These movies feel more human than any other realistic films. 

Setinggi-tinggi pujian harus diberikan kepada penulis lakon layar, Christopher Markus and Stephen McFeely, serta pengarah, Anthony dan Joe Russo yang berjaya merangka sebuah naskah yang gemilang.


Kesimpulannya, Avengers Endgame adalah sebuah mahakarya terhebat dalam seni perfileman moden. Penutup kepada 10 tahun pertama dan Infinity Saga. Saya tidak fikir yang akan ada filem se-epik ini dalam masa terdekat. Tetapi ini bukan pengakhiran dunia MCU, bahkan satu permulaan kepada pengembaraan terbaharu.

AVENGERS ENDGAME
10/10

Sinopsis 30 Pesanan Suara di Tv3

$
0
0
Sinopsis 30 Pesanan Suara di Tv3 | Seperti tahun-tahun sudah, saluran nobor satu negara, Tv3 mempersembahkan drama yang menarik pada bulan puasa. Tahun ini di Slot Akasia menyajikan drama bertajuk 30 Pesanan Suara sepanjang Ramadan 2019.

Menariknya drama ini membariskan pelakon berbakat tanah air dengan menggandingkan Syukri Yahaya dan Hannah Delisha dan dibantu oleh Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu, dan ramai lagi.


30 Pesanan Suara merupakan sebuah lagi buah tangan terbaharu dari Suhan Pictures. Diarahkan oleh Pali Yahya, drama ini dijangka mendapat sambutan yang baik.

Sinopsis drama 30 Pesanan Suara Tv3


Mengisahkan cinta tiga segi di antara Fira, Iman, dan Amri. Persahabatan di antara mereka telah bermula dari dahulu lagi. Akan tetapi Fira dan Iman saling mencintai. Manakala Amri cuma menyimpan perasaan cintanya terhadap Fira.


Fira dan Iman bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Dan dalam tempoh itu, Fira menghantar beberapa pesanan suara yang sebenarnya ditujukan kepada Iman. Tetapi pesanan itu diterima oleh Amri. Bertambah gembiralah lelaki itu.

Namun perkahwinan mereka tidak dapat diteruskan kerana Iman meninggal dunia. Dapatkah Amri memenangi hati Fira sedangkan gadis itu masih sayangkan Iman?


Menariknya drama 30 Pesanan Suara ini bersiaran sebanyak 30 episod iaitu sepanjang Ramadan.

Lagu tema/OST: Faizal Tahir - Bisa Aja

Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton dan saluran Youtube TV3Malaysia Official. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7.


Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

30 Pesanan Suara bakal bersiaran mulai 6 Mei 2019, setiap hari, jam 7 malam di Tv3.

Cara Pos Barang di Shopee

$
0
0
Semua sibuk nak berniaga di Shopee. Mentang-mentanglah senang kan? Okay, sekarang produk yang anda pasarkan dah berjaya dijual. Jadi, persoalannya macam mana cara nak pos barang di Shopee?

Bunyinya macam mudah, tetapi anda perlu melakukannya dengan teliti kerana jika tidak anda akan menanggung kos penghantaran yang sepatutnya dibayar oleh pelanggan.



Terdapat dua jenis penghantaran di Shopee:
  1. Manual Shipping
  2. Shopee Free Shipping Program

Sebelum pos barang, anda kena tahu cara menjual di Shopee Malaysia dahulu. Saya dan tunjuk panjang lebar dalam artikel - Cara Jual Barang di Shopee.

Manual Shipping


Kaedah manual ini lebih mudah iaitu memasukkan kos penghantaran secara manual description produk. Jadi anda perlu dahulukan wang anda dan isi borang Pos Laju secara manual.

Mungkin sesuai untuk mereka yang nak jual satu atau dua barang sahaja. Saya sendiri menggunakan cara ini.

Tetapi kaedah manual shipping ini tidak sesuai untuk peniaga yang serius. Ini kerana, katakan anda anda menetapkan kos penghantaran untuk satu produk adalah RM5. Kemudian pelanggan membeli lebih dari satu barang dan menyebabkan berat barang bertambah.

Pelanggan hanya perlu membayar RM5 sahaja, sedangkan anda perlu menanggung kos lebih dari RM5. Rugi kan?

Shopee Free Shipping Program


Apa itu Shopee Free Shipping Program? Ia merupakan kolaborasi antara Shopee Malaysia dengan PosLaju untuk memudah dan menggalakkan urusan jual beli online.

Kelebihan menyertai Shopee Free Shipping Program adalah di mana anda sebagai seller dan pihak pelanggan dapat menikmati KOS PENGHANTARAN PERCUMA untuk barang di bawah 5kg.


Ini bermakna anda tidak perlu dahulukan kos penghantaran dan pelanggan pula menikmati Free Shipping. Potensi mereka untuk membeli produk anda berbanding seller lain adalah tinggi.

Syarat menyertai Shopee Free Shipping Program

  • Berat barang harus di bawah 5Kg untuk Semenanjung Malaysia & di bawah 1Kg untuk Sabah/Sarawak.
  • Seller hendaklah menghantar sendiri barang ke Pos laju.
  • Setiap pesanan haruslah dihantar dengan menampilkan 'waybill' yang harus anda cetak.
  • Seorang pelanggan hanya layak mendapat free shipping sebanyak 5 kali pembelian sahaja dalam sebulan. Untuk seller, tiada limit.
  • Jika berat barang 5kg ke atas, kos penghantaran dikira berdasarkan berat.

Perkara yang harus anda sediakan sebelum memohon Shopee Free Shipping Program


  • Sediakan sebuah printer untuk print waybill. Ramai yang tertanya-tanya 'how to print Shopee waybill'. Akan saya tunjukkan di bawah.
  • Kemaskini alamat anda.
  • Isi berat produk dengan tepat supaya ia akan dikira secara automatik jika pelanggan beli lebih dari 5kg.
  • Sediakan Borang PL9 (Borang Pengeposan Poslaju Berkontrak)

Cara dapatkan Borang PL9 Poslaju


  • Borang ini boleh didapati di semua cawangan 
  • Hadir dengan dua borang iaitu Salinan Pejabat (warna PINK) dan Salinan Pengirim (warna PUTIH)
  • Borang yang telah di isi ini haruslah disertakan setiap kali anda ingin menghantar barang yang dipesan di Poslaju.
  • Serahkan borang berwarna pink dan anda perlu menyimpan borang putih untuk rujukan di masa hadapan.

Cara isi Borang PL9 Poslaju anda boleh rujuk gambar di bawah.


*Katakan permohonan anda telah diluluskan. Secara automatik, maklumat 'Shipping' akan bertukar kepada Poslaju di kedai Shopee anda. 

Cara daftar Shopee Free Shipping Program


1. Layari https://shopee.com.my/poslaju

2. Isi maklumat ringkas seperti di bawah. Kemudian klik 'I agree...' dan klik 'Submit'


Pada waktu ini anda pasti tertanya-tanya macam mana nak tahu sama adam permohonan Shopee Free Shipping Program telah diluluskan atau tidak?

Untuk mengetahuinya, anda perlu ke akaun Shopee, pilih bahagian 'My Shipping. Jika perkataan "Shopee Supported Logistics" sudah terpapar, ini bermakna permohonan anda telah diluluskan.


Katakan permohonan anda sudah diluluskan dan kini anda telah berjaya membuat jualan. Apa yang harus anda lakukan.

Pos Barang di Shopee dengan Shopee Free Shipping Program


Langkah 1: Login Seller Center di https://seller.shopee.com.my/account/signin
Langkah 2: Pilih My Sales, dan pilih 'To Ship'.


Langkah 3: Order yang masuk akan memaparkan 'Arrange Shipment'. Klik 'Arrange Shipment'.
Langkah 4: Klik 'Confirm' pada paparan 'I Will Drop Off''


Langkah 5: Nombor tracking Poslaju akan disediakan secara automatik (auto-generated). Tempoh penghantaran Shopee juga telah ditetapkan. Pastikan anda menghantarnya sebelum atau pada tarikh berkenaan untuk mengelak barang lambat diterima oleh pelanggan.


Langkah 6: Klik 'Print Waybill' iaitu salinan yang bakal menggantikan borang Poslaju biasa.
Langkah 7: Sebanyak 4 salinan Waybill yang akan dicetak dalam satu kertas A4. Potong keempat-empat salinan tersebut.

Waybill


Waybill memaparkan maklumat seperti nama dan alamat anda, maklumat pengirim, serta tracking number. Sesudah pelanggan membuat bayaran, segala maklumat akan masuk dalam sistem secara automatik. Anda tidak perlu isi apa-apa maklumat, cuma print sahaja.



Kenapa ada EMPAT salinan?
- Satu untuk simpanan anda
- Satu untuk simpanan Poslaju
- Satu untuk penerima/pelanggan
- Satu untuk Transit Office

Ini bermakna, semasa penghantaran di pejabat Poslaju kelak, anda hanya perlu sertakan 3 Waybill bersama barang, dan borang PL9 yang anda isi sebelum ini.

Kelebihan menyertai Shopee Free Shipping Program


  • Pendaftaran adalah percuma
  • Anda dan pelanggan tidak perlu menanggung kos penghantaran.
  • Tidak perlu ambil nombor atau beratur di pejabat pos. Terus ke kaunter serahan. 
  • Cuma perlu print waybill sahaja, tidak perlu isi borang Pos Laju.
  • Jika pelanggan membuat lebih dari 5kg, maka kos penghantaran akan dikira secara automatik.
  • Lebih 'stand-out' berbanding seller lain kerana anda tidak mengenakan caj penghantaran.

Jika anda betul-betul nak buat duit di Shopee, memang sangat digalakkan guna program free shipping ni.

Apa yang saya kongsikan ini hanya tatacara pos barang sahaja. Kalau anda nak tahu cara menjual di Shopee dengan lebih detail bersertak teknik, rahsia, cara jual barang dropship di Shopee berserta senarai supplier, anda boleh rujuk - Panduan Bisnes Shopee.

Tapi kalau anda tak tahu cara yang betul, produk yang anda pasarkan itu akan terkubur di Shopee tanpa ada pembeli. Baca dulu panduan tersebut okay?


Artikel berkaitan:
Cara Jadi Dropship Shopee Malaysia
9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee

Semoga artikel cara pos barang di Shopee menggunakan Free Shipping Program dan secara manual ini dapat membantu anda dalam mengembangkan bisnes online. Good luck!

Iklan Raya Watsons 2019 Paling Menarik

$
0
0
Menjelang hari raya pasti akan ada banyak iklan raya dari syarikat terkemuka. Setakat ini sudah banyak iklan raya edisi 2019 yang menarik perhatian ramai bukan? Iklan raya Watsons 2019 adalah antara yang paling seronok untuk ditonton.


Mana tidaknya, sebelum ini kita sering dihidangkan dengan iklan raya yang menyentuh hati. Kali ini Watsons menghasilkan iklan yang membangkitkan 'mood raya' untuk mereka yang merasai kemeriah balik kampung dan beraya bersama keluarga.

Watsons Raya 2019 - Ada Hati, Raya Menjadi-Jadi


Dibintangi Ayda Jebat, iklan raya Watsons 2019 - 'MAGIKALVAGANZA' mengisahkan watak Ayda yang dalam perjalanan balik raya dengan penuh bergaya. Biarpun hanya balik dengan naik bas ekspress, dia menggambarkan perjalanan pulang ke kampung halaman dengan menaiki private jet.


Malah, Ayda turut melihat kepulangannya disambut dengan tarian tradisional Melayu. Ayahnya yang hanya menaiki motor kapcai dilihatnya seperi seorang raja yang menunggang kuda putih. Kuat betul berangan.

Ironinya, inilah perasaan setiap perantau yang pulang beraya dikampung halaman bersama keluarga. Biarpun hanya tinggal di kampung, mereka menganggap rumah mereka sebagai istana. Punyalah gembira, senyum pun sampai ke telingan. Orang putih cakap, 'home is where the heart is."


Orang perempuan memang tidak sah kalau tak melaram di hari raya. Kalau boleh mereka ingin dilihat sempurna di mata sanak saudara.

Baju raya sudah siap, sentuhan terakhir sudah tentulah makeup! Kat mana lagi para gadis mendapatkan bekalan skincare dan makeup mereka kalau bukan di Watsons?

Kempen Ada Hati, Raya Menjadi-jadi Watsons


Iklan kali ini merupakan sebahagian daripada kempen Ada Hati, Raya Menjadi-jadi di mana setiap pelanggan ingin tampil hebat, berasa hebat dengan barangan di beli dari Watsons.


Untuk itu, banyak promosi dan diskaun menarik sedang berlangsung di Watsons sekarang. Seperti:

1. Promosi Jualan Hari Raya
Diskaun sehingga 50% sedang berlangsung sekarang hingga 12 Jun ini di cawangan-cawangan Watsons di seluruh negara dan secara online.

Watsons Malaysia App:

2. 60 Pemenang Bertuah
Sebanyak 60 pemenang bertuah daripada ahli-ahli Watsons yang membuat pembelian berjumlah RM50 ke atas untuk mana-mana produk jenama Watsons berpeluang untuk menghadiri “Meet & Greet Session” bersama Ayda Jebat.

3. Peraduan “Ada Kad Watsons, Ganjaran Menjadi-jadi”
Ahli Watsons yang membuat pembelian minimum sebanyak RM100 dalam satu resit termasuk salah satu jenama yang mengambil bahagian berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih RM1 juta dengan mengimbas resit dan menghantar ke https://www.watsons.com.my/promo-rayacontest.

Mereka yang belum saksikan video iklan Hari Raya Aidilfitri 2019 daripada Watsons Malaysia ini, boleh tonton di bawah ini.


Memang membangkitkan mood raya betul Iklan Raya Watsons 2019 ini.

Status Halal Xing Fu Tang Menurut JAKIM

$
0
0
Xing Fu Tang tidak halal? Banyak betul makanan serta minuman baharu. Minuman jenis bubble tea sudah lama menjadi trend. Kedai minuman bubble tea pula semakin banyak dibuka, bahkan ia menawarkan variasi pilihan kepada pelanggan.

Minuman yang berasal dari Taiwan ini sebenarnya sejenis teh bercampur susu dengan rasa karamel yang enak. Ditambah dengan bebola hitam yang dipanggil 'black pearl' bersifat kenyal yang menjadi kegemaran ramai.


Terbaharu, kedai minuman bubble tea, Xing Fu Tang tiba-tiba menjadi sebutan warga internet. Ini adalah gara-gara sambutannya yang luar biasa. Ada yang bebelinya dalam jumlah yang banyak. Malah, ada yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk menikmati bubble tea ini.


Xing Fu Tang halal atau tidak?


Oleh itu, viral di media sosial beberapa hari lepas di mana terdapat segelintir netizen mempersoalkan status halal bubble tea Xing Fu Tang. Ini kerana ia dioperasikan oleh peniaga bukan Islam dan ia tidak memiliki sijil Halal.

Ramai yang menggesa umat Islam supaya tidak meminumnya kerana status Halalnya tidak terjamin. kedai minuman seumpamanya, The Alley turut berdepan isu sama.


Maklumlah sebagai orang Islam, mencari yang bersih dan Halal itu wajib. Jangan pula hanya kerana terkenal, kita terus meminumnya. Kata netizen lagi, kandungan unsur khinzir bukanlah faktor utama. Banyak lagi faktor yang menyebabkan ia tidak halal.

Status Halal Xing Fu Tang Menurut JAKIM


Terkesan dengan isu ini, premis Xing Fu Tang tampil memberikan kenyataan kepada laman web Bubble Tea Malaysia.


Mereka menkawa telah mendapat sijil  Halal dari Taiwan dan semua menu tidak mengandungi alkohol dan khinzir.

[Baca] Makette Steamboat and Grill Tempat Makan sedap di Kota Bharu

Akan tetapi mereka masih belum mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia dari Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ini disahkan sendiri oleh JAKIM.

Berdasarkan semakan pihak kami atas nama premis makanan Shihlin Taiwan Street and Snacks dan Xing Fu Tang Malaysia, ianya belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Elakkan keraguan anda dengan mengutamakan premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, prosedur, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan.

Pada saat artikel ini ditulis, Xing Fu Tang masih beroperasi seperti biasa di lokasi, 88G, Jalan SS 15/4, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Soal Xing Fu Tang halal atau tidak ini sebenarnya terpulang pada diri sendiri. Ia telah mendapat sijil Halal dari Taiwan. Cuma belum disahkan JAKIM. Jika was-was jangan minum. Banyak lagi kedai bubble tea yang boleh anda pilih.

Cara Dapatkan Glass Skin Seperti Gadis Korea

$
0
0
Memiliki kulit mulus bak kaca atau 'glass skin' menjadi idaman semua gadis pada masa kini. Mereka sanggup mengeluarkan belanja besar untuk membeli produk demi mendapatkan glass skin persis kulit orang Korea.


Cara bagaimana dan produk apakah yang boleh memberikan anda hasil seumpama ini? Disebabkan ramai yang tertanya-tanya cara membuat wajah seperti orang korea, seorang gadis dari laman Twitter, @SebijiCoconut berkongsi rahsianya dalam mendapatkan glass skin dalam masa sebulan sahaja!

Ya, sebulan.

Jika dilihat pada gambar yang dikongsikan, kulit gadis tersebut mempunyai banyak parut jerawat. Selepas mengamalkan rutin penjagaan wajah ini, segala cela pada kulit hilang selain menimbulkan kesan glowing.



Jika dilihat kepada produk yang digunakan, gadis ini cuma menggunakan produk popular yang biasa kita lihat. Harganya juga masih berpatutan.

Cara untuk mendapatkan glass skin


1. Double cleanse dengan Innisfree Green Tea Cleansing Oil


Terdapat dua jenis pencuci muka iaitu:
  • Water-based - Pencuci yang biasa kita gunakan setiap hari. Hanya menghilangkan debu dan peluh pada wajah
  • Oil-based - Mencuci dengan lebih mendalam contohnya makeup, sunscreen, minyak pada muka.

Kenapa perlu guna oil cleanse? Sebab pencuci muka biasa tidak menghilangkan kotoran dengan sepenuhnya.

Muka dah berminyak, kenapa nak letak lebih banyak minyak pada muka? Sebab pencuci muka biasa tu water-based. Kita tahu air dan minyak memang tak 'ngam'. Jadi untuk menghilangkan minyak, kenalah guna oil-based cleanser.


Bila nak guna oil-based cleanser? Sebelum guna pencuci muka biasa.

Innisfree Green Tea Cleansing Oil adalah salah satu produk popular dari Korea. Tidak terdapat di drugstore seperti Watsons. Anda boleh mendapatkannya di pop up store di Pavilion KL, Sogo, dan di Sunway Velocity Mall.

Harga: RM83> BELI DI SINI

2. SIMPLE Kind To Skin Moisturizing Facial Wash


Jenama pencuci muka yang cukup popular dan mudah didapati. Membersihkan debu, minyak, dan kotoran dnegan efektif. Bukan itu sahaja, ia juga tanpa bau, bebas bahan kimia yang boleh mencelakan kulit.


[Baca] Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering dan Berminyak 

Mengandungi Pro-Vitamin B5, Vitamin E, dan Bisabol, yang mampu memberikan kelembapan pada kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Harga: RM18 > BELI DI SINI

3. St. Ives Gentle Smoothing Oatmeal Scrub and Mask


Keberkesanan scrub dari jenama St. Ives sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Scrub yang berfungsi sebagai exfoliator ini boleh membersihkan lubang pori, menanggalkan sel kulit mati. Dalam masa sama ia memastikan kulit anda sentiasa segar.


Guna dua kali seminggu sudah memadai.

Harga: RM16.80 >> BELI DI SINI

4. Moreana Serum


Ramai yang ambil mudah soal serum. Serum bertujuan untuk melembapkan kulit dan menghilangkan parut jerawat.

Gadis ini menggunakan Moreana Serum sebagai tips mendapatkan glass skin. Ia juga membuatkan makeup anda tahan lama.


Jenama Moreana ini juga popular dan rata-ratanya mendapatkan hasil yang menakjubkan.

Harga: RM45 > BELI DI SINI

5. DR. JOU Six Essence Hyaluronic Acid Mask


Kita memang suka guna mask bukan? Penggunaan mask selama 10 hingga 15 minit tidak dinafikan mampu memberikan kelembapan pada wajah. Sekali gus membenarkan kulit menyerap vitamin yang diperlukan. Salah satu produk untuk glass skin yang harus anda amalkan.


Gadis ini menggunakan sheet mask dari Dr. Jou. Harganya agak tinggi, tetapi menurut @SebijiKelapa mask ini memberikan kesan mencerah dan melembapkan kulit. Beliau turut menyarankan agar ia tidak dipakai terlalu lama, hanya sekitar 5 hingga 10 minit sahaja.

Harga: RM36.70 (5pcs) > BELI DI SINI

6. HADA LABO Premium Hydrating Moisturizer Cream


Semua wanita tahu akan pentingnya penggunaan moisturizer. Bagi gadis ini pula, memandangkan beliau telah menggunakan Moreana Serum, moisturizer ini hanya disapu jika perlu sahaja. Oh ya, jenama Hada Labo ini memang popular okay? Senang untuk didapati di drugstore.


Harga: RM78 > BELI DI SINI

7. Biore UV Color Control Milk


Cara nak dapat glass skin seterusnya adalah sunscren. Wajib pakai sunscreen jika ingin keluar rumah. WAJIB! Tidak kira apa jenis cuaca sekalipun. Ini kerana cahaya matahari bukan sahaja boleh membakar kulit (takut hitam), tetapi ia juga boleh menyebabkan anda nampak tua, dan berjeragat.


Pilih yang tertera perlindungan "SPF50 dan PA++++". Nantilah saya tulis dengan lebih terperinci dalam artikel khas tentang sunscreen dan sunblock.

Jenama Biore UV CC Milk ini antara yang sering menjadi pilihan ramai. Ringan jika disapu, dan mempunyai warna beige yang juga boleh bertindak untuk menutup cela pada wajah.

Harga: RM26  >> BELI DI SINI

[Baca] Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

Cara membuat wajah glass skin yang dikongsikan gadis ini tidak semestinya sesuai untuk anda. Tidak salah untuk mencuba. Try and error gitu. Lagipun, semua produk yang digunakan tidaklah terlampau mahal.

Sekarang ni anda dah tahu cara dapatkan skin glas bukan? Apa lagi, sila cuba produk yang dicadangkan oleh gadis ini. Kalau dia boleh mengapa tidak anda. Lagipun, ia cuma memakan masa selama sebulan sahaja. 

Sinopsis Cetera Hati Diya di Tv3

$
0
0
Sinopsis Cetera Hati Diya di Tv3. Menemui penonton setia Tv3, saksikan sebuah drama bersiri terbaharu yang bakal menghiasi Slot Samarinda, iaitu CETERA HATI DIYA bermula 17 Jun ini.

Dibintangi pelakon pujaan para gadis, Fattah Amin dan Azar Azmi sebagai teraju utama, Cetera Hati Diya mengisahkan konflick keluarga dan percintaan.


Diterbitkan oleh Wiranusa Corporation dan dibawah arahan Raja Mukhriz, juga merupakan  sebuah naskah adaptasi novel cinta 'Isteri Aku Kalis Cinta'. Dibintangi  Zila Bakarin, Azrel Ismail, Faye Kusairi, Raja Hakim, Asha Zainul, dan Melanie Tan.

Drama ini dijangka hit memandangkan penampilan Azar Azmi menerusi drama Nur 2 tempoh hati masih disebut-sebut peminat. Begitu juga dengan aktor Fattah Amin yang sentiasa menjadi kegilaan makcik-makcik.

Sinopsis drama Cetera Hati Diya di Tv3


Trauma dengan peristiwa hitam yang pernah dilaluinya, Diya takut untuk mendekati mana-mana lelaki. Malah, cuba sedaya upaya menjauhi lelaki walau apa cara sekalipun.

Zahil yang secara tidak sengaja terlanggar Diya mula menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Jejaka itu berusaha untuk memenangi hati Diya biarpun dia tahu agak sukar untuk mencuri hatinya.


Malang tidak berbau, Diya diperkosa adik tiri Zahil sendiri, iaitu Zack.

Sudahlah fobia dengan lelaki, kini bala lain pula yang datang. Zahil nekad untuk bertanggungjawab atas kesalahan Zack dengan mengahwini Diya.

Kehidupan pasangan itu selepas berkahwin tidak seperti yang diharapkan. Diya menjauhinya kerana masih trauma dengan apa yang telah terjadi. Malah, Zahil pula dalam diam menyimpan rahsia besar tentang masa lalunya daripada Diya.


Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton dan saluran Youtube TV3Malaysia Official. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7.

Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

Saksikan drama Cetera Hati Diya, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Tv3.

Viewing all 562 articles
Browse latest View live