Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all 562 articles
Browse latest View live

Sinopsis Dhia Sofea di Tv3

$
0
0
sinopsis dhia sofea

Sinopsis Dhia Sofea di Tv3. Istimewa buat penonton setia drama Melayu, sebuah drama bersiri terbaru bertajuk DHIA SOFEA bakal menghiasi Slot Samarinda Tv3 bagi menggantikan Bukan Isteri Sempurna yang bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.

Drama bersiri 15 episod terbitan Rashbir Media Sdn Bhd ini diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Rashid Sibir, dan skrip ditulis oleh beliau sendiri bersama Basri Musa. 


Dhia Sofea mempertaruhkan Amyra Rosli dan pendatang baru, Fadlan Hazim sebagai pelakon utama dan turut dibantu oleh Maria Farida, Sharifah Haslinda, Syafiq Kyle, Sasqia Dahuri, Raja Ema, Dato’ Eizlan Yusof, Faye Kusairi, Puteri Octovia, Roy Azman, Norlia Ghani.



Buah tangan terbaru Rashid Sibir ini bakal bersiaran mulai 14 Oktober 2015, setiap Rab dan Khamis pada jam 10 malam, di Tv3. 

Sinopsis Dhia Sofea di Tv3

Mengisahkan Dhia Sofea yang mencari siapakah ibu dan bapa kandungnya selepas mendapat tahu dia hanyalah anak angkat kepada Mak Yam. 23 tahun yang lepas, Dhia diserahkan oleh pasangan muda yang tidak dikenali oleh Mak Yam. Mak Yam tidak mengenali wanita berkenaan kerana ketika menyerahkan bayi, dia menutup wajahnya. Lelaki itu pula memberi RM500 kepada Mak Yam untuk menjaga bayi itu berserta dengan seutas rantai berhuruf. Dari saat itu mereka tidak pernah kembali.

Mak Yam menjaga dan membesarkan Dhia seperti anaknya sendiri. Din, seorang anak yatim paitu juga turut menumpang kasih Mak Yam. Din dalam diam menyimpan perasaan cinta terhadap Dhia tetapi dia tidak meluahkan isi hatinya sehingga Dhia pulang ke kampung bersama teman lelakinya, JJ.

Dhia masih lagi menyimpan rantai berhuruf M sebagai bukti sehinggalah dia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ ketika hadir ke parti hari jadinya. Dhia terkejut apabila JJ memberitahunya bahawa wanita itu ialah ibunya, Lorena (Maria Farida).

Dhia membuat keputusan mendekati Lorena untuk menyiasat siapa sebenarnya wanita itu. Dia meminta izin daripada Mak Yam untuk tinggal di rumah makciknya, Cik Non di Kuala Lumpur sebegai alasan untuk menyiasat latar belakang Lorena.

Apabila Dhia mendapat peluang untuk bertanya Lorena tentang loket rantai itu, Lorena tidak mengaku. Dhia mula putus asa tetapi JJ memujuknya dan berjanji akan menolongnya. Dhia terharu dan terus mencari bukti-bukti.
 
Lorena mula resah dan dia telah berjumpa dengan kawan baiknya, Dolly. Lorena juga tidak mahu kerjaya suaminya, Mahadi tercalar. Dolly mula merancang sesuatu untuk menghapuskan Dhia supaya rahsia tersebut tidak terbongkar. Berjayakah Dhia menemui siapakah ibu bapa kandungnya? Apakah rahsia yang disimpan oleh Lorena dan Dolly?


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Dhia Sofea di Tv3


Cara Mendapatkan Diskaun Ketika Shopping Online

$
0
0

Cara Mendapatkan Diskaun Ketika Shopping Online. Membeli belah secara atas talian sudah menjadi kebiasaan buat kaki shopping. Siapa tak suka shopping online? Ia bukan sahaja menjimatkan masa, tidak perlu bersesak-sesak di jalan raya bahkan pengguna diberi pelbagai pilihan produk. 

Namun, di saat ekonomi dunia sedang meruncing hari ini sudah pasti anda berusaha untuk berjimat ketika membeli-belah. Anda tidak dihidangkan dengan harga termurah setiap hari kerana potongan harga kadang-kala tiba di musim perayaan sahaja.

Artikel berkaitan:Punca Ringgit Malaysia Jatuh

Mendapat kupon diskaun semestinya menjadi satu kelegaan jika ingin shopping online. Anda boleh mengunakan kupon atau mendapat tawaran harga terbaik ketika membeli-belah di portal terkenal. Dan anda boleh mendapatkannya di SAVINGMART

Kod kupon SavingMart

SavingMart merupakan sebuah laman web yang menyediakan kupon dan tawaran istimewa kepada anda untuk shopping online. Konsepnya sama seperti kupon yang terdapat dalam akhbar dan majalah di mana anda diberikan tawaran atau kod diskaun tertentu untuk mendapatkan harga termurah.


Jadi kalau anda nak shopping di Lazada, Zalora, or even membuat tempahan hotel di Agoda, book tiket penerbangan di Air Asia Go, anda boleh guna kod diskaun SavingMart untuk potongan harga!

Cara mendapatkan kod kupon SavingMart ketika shopping online
  1. Layari www.savingmart.my
  2. Pilih tawaran yang anda inginkan
  3. Klik 'Get the code', masukkan kod kupon diruang yang disediakan ketika ingin membuat pembayaran atau,
  4. Klik 'Go to offer' untuk mendapat potongan harga yang disediakan
Dengan potongan harga 20%-70% yang ditawarkan SavingMart, kini anda boleh shopping dengan harga jimat portal membeli-belah terkenal seperti Lazada, Groupon, Qoo10, Zalora, dan banyak lagi. Jenama pakaian terkenal terkemuka seperti Adidas pun ada. Banyak lagi portal yang berkerjasama dengan SavingMart, yang tu boleh semak di - http://www.savingmart.my/store-list/


Gunakan kelebihan yang ada ni untuk berjimat ketika shopping online! Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.savingmart.my

Entri sebelum ini - Sinopsis Dhia Sofea di Tv3

Terima kasih kerana membaca Cara Mendapatkan Diskaun Ketika Shopping Online

Fakta Menarik Filem James Bond - Spectre

$
0
0

Fakta menarik filem James Bond - Spectre. SPECTRE merupakan karya terbaru dalam francais filem perisik terkenal Britain, James Bond. Filem yang ke 24 James Bond ini diarahkan oleh Sam Mendes dan dibintangi Daniel Craig, Christopher Waltz, dan Naomie Harris sebagai pelakon utama. 

Spectre mengisahkan Bond terjumpa fail tugasannya di masa lalu yang mendedahkan rancangan jahat sebuah organisasi. Ketika M sedang bedepan dengan  masalah untuk mengekalkan agensi perisikan itu, Bond bergelut dalam mendedah dan menjatuhkan misi jahat Special Executive for Counter-intelligence, Terrorism, Revenge, and Extortion (Spectre).


Ramai yang ternanti-nanti untuk menonton filem Spectre ini kerana aksi lasak serta gajet canggih ejen perisik James Bond tidak pernah mengecewakan. Sebelum anda menontonnya di pawagam pada 6 November ini, jom baca beberapa fakta menarik tentang Spectre.

Fakta Menarik Filem James Bond - Spectre

1. Spectre pernah membuat kemunculan dalam filem pertama James Bond, iaitu Dr. No pada tahun 1962.

2. Dengan bajet USD300-350 juta dollar, ini merupakan filem termahal James Bond yang pernah dihasilkan

3. Pada awalnya Christopher Nolan yang pernah mengarahkan beberapa filem Batman adalah calon pengarah filem ini, sebelum Sam Mendes bersetuju untuk kembali selepas mengarahkan Skyfall (2012).

4. Ini merupakan penampilan keempat Daniel Craig sebagai James Bond. Beliau turut menandatangani kontrak untuk membintangi filem akan datang.

5. Kereta yang digunakan Bond dalam filem ini adalah Aston Martin DB10. Ketua Pegawai Ekskutif Aston Martin memberitahu ia direka khas buat James Bond dan dihasilkan sebanyak 10 unit sahaja. DB10 merupakan yang termahal dalam siri DB.


6. Salah satu babak dalam trailer Spectre menunjukkan senarai 'wira yang mati ketika berkhidmat untuk negara'. Senarai nama itu merupakan kru filem ini. 

7. Monica Bellucci, 50, menjadi aktres paling tua yang memegang watak sebagai 'gadis Bond'. Bellucci menewaskan rekod Honor Blackman yang berusia 37 membintangi Goldfinger. Bellucci dilahirkan pada 1964, tahun sama Goldfinger diterbitkan. 

Monica Bellucci
8. Filem pertama dalam tempoh 20 tahun yang tidak dibintangi Judi Dench sebagai ketua MI6, M. Dench pertama kali muncul dalam filem Golden Eye (1995) dan terakhir dalam Skyfall (2012).

9. Spectre menjalani penggambaran di tiga benua iaitu Afrika, Eropah, dan Amerika Utara. Ia melibatkan lima negara secara keseluruhan - Italy, Austria, England, Mexico, dan Morocco. 

Pada awal produksi, jalan cerita Spectre merupakan 'top secret' dan hanya diketahui oleh Daniel Craig, penerbit Barbara Broccoli dan Michael G. Wilson, dan beberapa orang kakitangan EON Productions.

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Filem James Bond - Spectre

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem James Bond - Spectre

Sinopsis Kau Aku Kita di Tv3

$
0
0
kau aku kita tv3

Sinopsis Kau Aku Kita di Tv3. Dua individu berbeza namun memiliki nama yang sama iaitu Iman Firdaus. Firdaus hidup dalam kemewahan dan merupakan seorang selebriti yang digilai ramai. Lain pula dengan Iman, seorang yatim piatu dan mengharungi kehidupan yang sukar dek kerana tidak mempunyai pelajaran.

Kisah dua insan ini dipertontonkan di dalam sebuah drama bersiri terbaru bertajuk KAU, AKU, KITA di Slot Lestary yang bersiaran mulai 28 Oktober 2015, setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam di Tv3.

Kau, Aku, Kita merupakan sebuah lagi drama adaptasi novel terkenal dari tajuk yang sama karya Orkid Edyliyne. Drama ini adalah buah tangan terbaru JS Pictures Sdn Bhd di bawah arahan Azman Yahya @ Jinggo dan skrip digarap oleh Rehal Nuharis.



Drama bersiri 13 episod ini menampilkan pelakon popular Syarul Ridzwan dan Janna Nick yang pernah membintangi Syurga Nur sebagai teraju utama. Turut dibantu oleh Isey Fazlisham, Adeline Tsen, Tunku Hanis, Hafidz Roshdi, Shamsul Ghau Ghau, Kay Maria.

Sinopsis drama Kau Aku Kita

Mengisahkan dua individu berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman, manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika Iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.

Mereka berjumpa secara kebetulan kerana memiliki nama yang sama. Iman pada waktu itu dikejar lintah darat yang mahukan duitnya. Aus pula menyamar sebagai orang biasa untuk mengelak dari menjadi tumpuan peminat. Kumpulan penjahat itu kemudia menjerit nama 'Iman Firdaus' menyebabkan mereka berdua lari lintang pukang. 

Disebabkan Iman tidak mempnya televisyen, dia tidaktahu yang Aus adalah seorang selebriti. Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Datuk Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. 

Bapa Aus mahu anaknya berkahwin dengan sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat kerana sudah tidak tahan mendengar gosip percintaan Aus. Aus pula sudah jatuh ati dengan Iman yang hidup dalam serba sederhana dan yang paling penting tidak mengetahui yang dirinya seorang artis. 

Tanpa ragu-ragu Aus melamar Iman menjadi isterinya. Manakala Iman tidak pasti sama ada mampu membalas cinta Aus, baginya tanggungjawabnya terhadap adik-adik lebih penting. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru. Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus?

Selamat menonton!

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Filem James Bond - Spectre

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Kau Aku Kita di Tv3

Contest Review Lynk.my 2015

$
0
0

Contest Review Lynk.my 2015. Berita baik untuk blogger tempatan kerana sekarang berlangsungnya sebuah contest hebat yang menawarkan hadiah yang cukup lumayan! Contest anjuran Lynk.my ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM4,000 buat pemenang.

Rugi rasanya kalau tak sertai contest ni. Lagi pun bukan selalu ada contest yang menjanjikan hadiah ribu-ribu kepada peserta. Ini lah masanya untuk rakan blogger ambil peluang. Saya penah cakap dalam entri sebelum ini, masuk contest bukan sahaja boleh menang duit tetapi platform untuk kita memperkenalkan blog. Terima kasih Lynk.my kerana menganjurkan Contest Review Lynk.my 2015!

Bagi yang masih samar-samar lagi dan tak tahu apa itu Lynk.my, jangan risau saya akan terangkan. 

Fungsi Lynk.my

Lynk.my adalah laman web yang menyediakan servis untuk memendekkan URL atau link laman web. Ia lebih dikenali sebagai 'URL shortener' Katakan anda ingin berkongsi link ini -http://www.nikkhazami.com/2013/09/travelog-pengalaman-menonton-aksi-man.html. Link tersebut terlalu panjang dan menyukarkan anda untuk berkongsi terutama di laman sosial yang menghadkan ruang.

Cara memendekkan link dengan Lynk.my

1. Layari http://lynk.my
2. Paste kan link yang ingin dipendekkan


3. Klik 'Lynk it'


4. Siap! Link pendek dah muncul.

Cuba lihat, yang mana lebih menjimatkan ruang dan nampak kemas? Walaupun pendek ia tetap membawa anda ke lokasi yang sama. Tak percaya cuba klik http://lynk.my/6Oh

  •  http://www.nikkhazami.com/2013/09/travelog-pengalaman-menonton-aksi-man.html
  •  http://lynk.my/6Oh

Perlu ke pendekkan URL? Jawapannya perlu! Di Twitter khususnya menghadkan jumlah aksara kepada 140 sahaja. Jadi pengguna sentiasa mengalami masalah jika ingin berkongsi link. Dengan Lynk.my URL anda dari 80 aksara menjadi 18 aksara sahaja. Ia lebih menjimatkan ruang jika ingin menambah ayat promosi.

Buat duit dengan Lynk.my (Publisher)


Selain memendekkan URL dan menganjurkan Contest Review Lynk.my 2015, anda juga boleh buat duit dengan berkongsi link yang telah dipendekkan dengan Lynk.my di blog ataupun laman sosial. Caranya sama sahaja, cuma masukkan link yang ingin dipendekkan kemudian berkongsi di laman sosial. Anda akan dibayar sebanyak RM10 untuk 1000uv! Daftar sebagai publisher secara PERCUMA dan boleh buat duit dengan mudah!

Untuk lebih pencerahan saya kongsikan video ringkas tentang Lynk.my ni:


Beriklan dengan Lynk.my (Advertiser)


Sejak ramai yang menggunakan media sosial untuk berniaga ni sudah pasti nak beriklan untuk promosi barang kan? Kalau nak tingkatkan sales kena la iklankan bisnes. Tapi kos untuk beriklan tu bukan murah. Tapi jika beriklan dengan Lynk.my anda hanya perlu bayar RM10 seumur hidup sahaja. Bukan sahaja murah tetapi Lynk.my akan terus mempromosikan produk kepada target audience yang sesuai.


 
Kenapa anda perlu menggunakan servis dari Lynk.my

  1. Selain untuk akaun Advertiser, servis lain adalah percuma.
  2. Laman web yang mudah difahami dan mesra pengguna
  3. Segala pembayaran akan dimasukkan terus ke akaun anda. Tak perlu guna PayPal atau tunggu cek.
  4. Mempunyai smart-filtering bagi memastikan setiap klik adalah asli dan bukannya robot yang bleh merugikan anda (Advertiser).
  5. Sebuah syarikat dari Malaysia untuk rakyat Malaysia. Setanding dengan URL shortener antarabangsa seperti Adf.ly dan Tiny.url.
  6. Anda akan dipaparkan dengan statistik yang terperinci graf, peratusan, jumlah pelawat mengikut negeri bagi link yang anda pendekkan.
  7. Boleh buat duit dengan hanya berkongsi link.
Contest Review Lynk.my 2015 
 
Okay, bagi contest review Lynk.my ni pulak saya galakkan blogger Malaysia join sebab hadiah keseluruhan yang menanti pemenang berjumlah RM4,000! Contest ini mempunyai tiga kategori iaitu:

Top SEO - Entri yang berada di ranking pertama Google menggunakan mode incognito windows pada pelayar Google Chrome.

Top Creative - Peserta yang menerbitkan entri penyertaan paling kreatif berdasarkan gaya penulisan, penggunaan gambar, serta gaya bahasa yang mampu menarik perhatian pembaca.

Top LynkUndi - Peserta yang mendapat jumlah klik CONTEST ID yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang. Anda boleh undi di SINI.

Top SEO
Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100

Top Creative
Tempat Pertama - RM1000
Tempat Kedua - RM500
Tempat Ketiga - RM200

Top LynkUndi
Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100

Dengan menghantar satu penyertaan, peserta bepeluang menang ketiga-tiga kategori. So kalau entry anda power SEO, menarik lagi kreatif, dan mendapat banyak undian, anda boleh bolot semua hadiah lumayan tu!

Sebelum join tu mesti mendaftar dengan Lynk.my dahulu sebab itu adalah antara salah satu syarat wajib Contest Review Lynk.my 2015.

Cara daftar Lynk.my

1. Layari http://lynk.my dan klik JOIN NOW
2. Isikan maklumat diruangan yang disediakan. Pastikan anda pilih publisher pada ruangan ACCOUN TYPE
3. Klik I WANT TO JOIN LYNK!
4. Anda akan menerima email verifikasi dari Lynk. Apa yang anda perlu buat hanyalah klik link tersebut.
5. Siap! Anda akan dibawa ke dashboard akaun Lynk anda.


Bila dah ada contest besar macam ni takkan nak tengok je kan? Lagipun ia terbuka kepada semua blogger dan semua peserta ada peluang untuk menang. Sangkut satu hadiah pun jadi la kan? Untuk maklumat lanjut boleh semak di-  Contest Review Lynk.my 2015 

Masih banyak lagi masa, tapi saya sarankan join awal-awal. Sebab 50 peserta pertama bakal mendapat hadiah istimewa dari ikedaikami.com! Cepatttt!


Semoga murah rezeki dalam contest kali ni. Kalau sudi sila undi saya di LINK INI

Terima kasih kerana membaca Contest Review Lynk.my 2015

Harga Tambang KTM Komuter Disember 2015

$
0
0

Harga Tambang KTM Komuter Disember 2015. Seperti yang diumumkan beberapa bulan lalu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menaikkan kadar tambang perkhidmatan KTM bermula 2 Disember 2015. 

Selepas mendapat kelulusan Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kadar tambang dinaikkan sebanyak 4 sen bagi satu kilometer (km) di mana sebelum ini dari 11 sen bagi satu KM kepada 15 sen satu KM. 
 
Kenaikkan hanya melibatkan perjalanan di sekitar Lembah Klang di laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang sahaja. Laluan Sungai Gadut ke Tampin dan Kemunting ke Gurun tidak berubah.

Senarai Tambang KTM Komuter Disember 2015

Tambang tunai


Tambang tanpa tunai


Potongan 50 peratus

Potongan 50 peratus akan diberikan kepada kanak-kanak berumur 2-6 tahun, pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan kad pelajar yang sah, warga emas serta Orang Kelainan Upaya (OKU). Selain itu, kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah pula tidak dikenakan tambang.

Menurut KTM, kenaikkan tambang adalah berikutan kos operasi, elektrik, serta alat gantian yang semakin meningkat. Ia tidak dapat dielakkan dan pihak KTM masih lagi menanggung 
 
harga bagi laluan antara Sungai Gadut ke Tampin dan Kamunting ke Gurun tidak berubah - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tambang-komuter-naik-4-sen-sekilometer-mulai-2-disember#sthash.dAyQcMS4.dpuf
harga bagi laluan antara Sungai Gadut ke Tampin dan Kamunting ke Gurun tidak berubah - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tambang-komuter-naik-4-sen-sekilometer-mulai-2-disember#sthash.dAyQcMS4.dpuf
harga bagi laluan antara Sungai Gadut ke Tampin dan Kamunting ke Gurun tidak berubah - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tambang-komuter-naik-4-sen-sekilometer-mulai-2-disember#sthash.dAyQcMS4.dpuf
Semoga entri ini menjadi panduan kepada mereka yang sentiasa menggunakan KTM.

Entri sebelum ini - Contest Review Lynk.my 2015
 
Terima kasih kerana membaca Harga Tambang KTM Komuter Disember 2015

Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog

$
0
0

Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog.  Kejayaan sebuah blog bergantung kepada jumlah pengunjungnya, oleh kerana itu setiap blogger ingin blog mereka mendapat jumlah trafik dan pengunjung yang tinggi. Ramai yang berjaya jana ribuan pageviews setiap hari dan lebih ramai blogger berhenti di tengah jalan kerana kecewa blog tiada pengunjung.

Jarang saya berkongsi tips blogging dalam blog ni. Bukan tak nak share, tapi saya rasa belum cukup bagus berbanding blogger lain. Apa yang bakal saya kongsikan dalam entri ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, perkara yang saya sering amalkan, dan dari pembacaan tutorial di internet.

Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog

1. Hasilkan entry yang menarik dan bermanfaat - Kandungan blog adalah segalanya! Cara terbaik untuk menarik minat pengunjung adalah dengan menerbitkan kandungan yang bermanfaat, berinformasi, berkualiti, dan disukai. Dengan cara ini pengunjung akan entri anda yang lain.

2. Amalkan teknik SEO- Demi memastikan entri anda berada di top rank atau muka pertama Google, anda perlu terapkan teknik-teknik SEO (search engine optimization) pada entri dan template. Teknik ini merangkumi tajuk entri, permalink, keywords, meta descriptions, kelajuan blog,dan beberapa perkara lain. Menguasai SEO membantu blogger mendapat trafik tinggi selain hasilkan income melalui Adsense, Revenuehits, dan Nuffnang. Saya bukanlah orang yang tepat kalau nak bercerita tentang SEO. Untuk lebih lanjut boleh rujuk - Kitab SEO Merah Jambu


3. Sentiasa update blog - Ada entry baru, maka adalah trafik. Hasilkan entri yang berkualiti serta memberi informasi kerana pengguna internet sentiasa mencari bahan bacaan di Google. Contohnya update tentang isu yang sedang viral. Jika blog anda mempunyai niche tertentu lebih baik kerana pembaca setia akan sentiasa berkunjung untuk mendapatkan informasi terkini.

4. Blogwalking - Rajin-rajinkan diri singgah di blog blogger lain dan tinggalkan komen. Dengan cara ini anda mudah dikenali kerana kunjungan anda akan dibalas. Networking tu penting untuk menambah kenalan dan memperkenalkan diri kepada komuniti blogger Malaysia. Cara ini memang berkesan untuk tingkatkan trafik blog.

5. Kongsi entri di laman sosial - Blogger yang tidak pernah kongsi entri di laman sosial adalah blogger paling malang di dunia. Media sosial seperti Facebook dan Twitter adalah tempat paling mudah untuk mendapatkan trafik. Selesai update entri baru terus post di Facebook supaya mudah di indeks oleh Google. Join group popular seperti Sahabat Blogger dan Kelab Blogger Ben Ashaari dan promot entry baru dan lama kat sana.


6. Sertai contest dan giveaway - Menyertai atau menganjurkan contest atau giveaway sememangnya memberikan impak yang besar. Lebih-lebih lagi jika contest yang menawarkan hadiah lumayan. Ramai yang akan sertainya dan percaya atau tidak setiap peserta akan stalk entri peserta lain. Ambil kesempatan ini sebab secara tidak langsung memberi trafik percuma buat anda. Contohnya sekarang sedang berlangsung contest yang menawarkan hadiah RM4,000 iaitu - Contest Review Lynk.my 2015.

Artikel berkaitan: Menang Grand Prize Blogging Contest Mencari Ramli

7. Bermain dengan keywords - Gunakan kata kunci yang boleh mendorong banyak klik. Pastikan kata kunci itu terdapat pada tajuk, perenggan pertama, tengah dan terakhir. Namun jangan sekali-kali terlebih menggunakannya kerana Google dapat mengesan taktik licik ini dan menendang entri anda dari laman carian. Keywords yang berkesan menarik ramai pengunjung. Bila dah ramai pengunjung anda boleh jana lebih banyak income terutamanya dalam USD.

Artikel berkaitan - Kelebihan Pengiklanan Revenuehits

Apa yang saya sebutkan di atas berdasarkan pengalaman sendiri dan ternyata berkesan. Banyak persaingan dalam komuniti blogger Malaysia ni. Jadi anda kena kreatif sikit dari mereka jika mahukan trafik.

Entri sebelum ini - Harga Tambang KTM Komuter Disember 2015

Terima kasih kerana membaca Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog

Fakta Menarik Filem The Hunger Games

$
0
0

Fakta Menarik Filem The Hunger Games. Hidup Katniss Everdeen berubah dalam sekelip mata selepas menggantikan tempat adiknya dalam sebuah rancangan televisyen Hunger Games yang ke 74. Tidak pernah terlintas difikirannya untuk mencetuskan pemberontakan dan menjadi simbol kebangkitan rakyat. Di mata President Snow, Katniss adalah individu paling berbahaya di Panem.

The Hunger Games merupakan filem adaptasi dari novel karya Suzanne Collins dan antara francais paling berjaya di dunia. Filem pertama (2012), Cathing Fire (2013), Mockingjay Part 1 (2014) mencatat kutipan lebih USD2.2 billion seluruh dunia.

Kisah perjuangan Katniss semakin berkembang, menerusi filem tahun lalu THG: Mockingjay Part 1, beliau menjadi simbol kebangkitan rakyat untuk menentang kerajaan yang zalim.

Artikel berkaitan:Review Buku The Hunger Games

Filem keempat dan terakhir Mockingjay Part 2 bakal ditayangkan pada 19 November ini. Sebagai salah seorang peminat sekuel THG, rasanya tidak lengkap kalau saya tidak berkongsi beberapa fakta menarik yang mungkin anda tidak tahu dari filem pertama hingga filem keempat.
Fakta Menarik Filem The Hunger Games

1. Isyarat tiga jari menjadi trademark filem ini di mana Katniss Everdeen mempopularkan isyarat tersebut sebagai simbol pemberontakan menentang rejim kerajaan. Isyarat itu digunakan oleh penunjuk perasaan antirampasan kuasa di Thailand sebagai tanda penentangan rampasan kuasa yang dilakukan tentera. Isyarat itu kemudian diharamkan di Thailand dan filem THG diban selama berapa minggu.


2. Antara penyumbang utama kepada kejayaan francais ini adalah barisan pelakonnya. THG dibintangi nama-nama besar Hollywood dan Mockingjay Part 1 & 2 dibarisi tiga Pelakon Terbaik Anugerah Oscar iaitu Jennifer Lawrence, Julianne Moore, dan mendiang Philip Seymour Hoffman.

3. Jennifer hampir melepaskan tawaran watak Katniss Everdeen kerana bimbang populariti filem francais akan menjejaskan kehidupan peribadinya.  


4. Philip Seymour Hoffman (Plutarch Heavensbee) meninggal dunia ketika Mockingjay masih dalam penggambaran. Menurut pengarah, Francis Lawrence, mereka tidak akan menggunakan teknik CGI terhadap 10 babak yang tidak sempat siapkan Hoffman. Mockingjay Part 2 adalah filem terakhir mendiang.

Philip Seymour Hoffman
5. Beberapa kecederaan berlaku di set penggambaran antaranya Liam Hemsworth mengalami keretakan bulu lali dan Sam Clafflin cedera di tangan. Wes Chatham hampir lemas, manakala Jennifer mengalami masalah pendengaran selama dua minggu akibat jet air yang terkena gegendang telinganya.

6. Gaun perkahwinan yang dipakai Katniss dalam Catching Fire direka oleh Tex Saverio, seorang pereka fesyen dari Indonesia. Gaun itu seberat 30 pound.


7. Kucing Prim, Buttercup, berwarna hitam putih dalam filem pertama. Pihak produksi kemudian menggantikan dengan kucing berwarna oren dalam filem Catching Fire.


8. Liam Hemsworth dan Alexander Ludwig pada asalnya menghadiri ujibakat bagi watak Peeta Mellark, namun watak itu diberikan kepada Josh Hutcherson. Manakala Hemsworth mendapat watak Gale dan Ludwig berperanan sebagai Cato.

8.Bagi mengelakkan set penggambaran menjadi tumpuan dan bimbang lokasi dan kostum tersebar di internet, pihak produksi meletakkan papan tanda "Filming Seashore movie" supaya tidak menarik perhatian peminat dan orang awam.

9. Nama-nama besar seperti Chloe Grace Moretz, Shailene Woodly, Hailee Steinfeld, dan Abigail Breslin, dan Emma Roberts menghadiri ujibakat bagi watak Katnis Everdeen.

catching fire hawaii


10. SPOILER: Dua orang kanak-kanak yang memegang watak sebagai anak Katniss dalam Mockingjay Part 2 adalah anak saudara Jennifer Lawrence sendiri. 

11. Kira-kira 12,000 kuntum bunga ros putih digunakan bagi menjayakan salah satu babak di District 13.

12. Filem pertama diarahkan oleh Gary Ross, namun disebabkan jadual penggambaran yang terlalu padat beliau tidak dapat mengarah filem berikutnya. Tempat Ross digantikan dengan Francis Lawrence. 


13. Pihak produksi melakukan kajian terhadap beberapa spesis burung bagi mencipta burung Mockingjay. Ini bagi memastikan Mockingjay tidak kelihatan sama dengan spesis lain

14.  Jennifer berdepan masalah rambut rosak akibat mewarnanya terlalu kerap. Beliau memotong rambutnya, oleh itu dia terpaksa memakai rambut palsu untuk filem Mockingjay 1 & 2.

Artikel berkaitan: Ulasan Filem Mockingjay Part 1

15. Aktres Kristen Bell mengaku menggemari novel THG. Pelakon yang menyumbangkan suara bagi watak Princess Anna (Frozen) pernah meluahkan hasrat untuk memegang watak Johanna Mason dalam Catching Fire. Namun watak itu diberikan kepada Jena Malone


16. Jennifer mengakui beliau menangis di set penggambaran kerana dipaksa menyanyi oleh pengarah. Beliau menggunakan suaranya sendiri untuk lagu The Hanging Tree dalam salah satu babak Mockingjay Part 1. Lagu tersebut tersenarai dalam carta top 10 jualan iTunes seluruh dunia. 

17. Dalam Catching Fire, terdapat 40 stesen makeup, 40 stesen mendadan rambut, dan 300 orang pelakon tambahan.

18. Dalam Mockingjay Part 1, pihak produksi menjalani penggambaran di sebuah kilang terbiar di Atlanta, USA, untuk mendapatkan gambaran District 12 yang realistik.

19. Kesemua filem THG menjalani penggambaran di beberapa lokasi berbeza iaitu di Atlanta, Hawaii, North Carolina (USA), Paris, dan Berlin.

20. Mockingjay Part 1 dan 2 menjalani penggambaran pada waktu yang sama.
 sumber: iMDB

Entri sebelum ini -  Cara Terbaik Meningkatkan Trafik Blog

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem The Hunger Games


Diskaun Gila-Gila Shopee 11 November!

$
0
0

Diskaun Gila-Gila Shopee 11 November. Berita baik buat kaki shopping kerana portal membeli-belah Shopee hari ini sedang mengadakan jualan mega satu hari pada 11 November 2015 bermula jam 11 pagi hingga jam 11 malam. Anda boleh menikmati harga diskaun sehingga 80%!

Bagi yang masih belum tahu, Shopee merupakan aplikasi telefon pintar yang memudahkan pengguna melakukan jual beli dnegan mudah, pantas serta dijamin selamat. Cuma download aplikasi Shopee pada smartphone dan anda boleh mula shopping! Saya pernah tulis tentang Shopee sebelum ni, boleh rujuk entri >> Shopee - Aplikasi Untuk Jual Beli Barang


Jualan Mega Shopee 11.11

Okay, berbalik kepada diskaun gila-gila pada 11 Nov, Shopee sedang mengadakan Jualan Mega 11.11 di mana anda boleh menikmati potongan harga sehingga 80% dari 11 pagi hingga 11 malam sahaja. Menariknya, terdapat promosi dari kategori berbeza setiap jam. Contohnya dari 11am-12pm diskaun hanya pada kasut sahaja, 12pm-1pm pula pakaian wanita. Macam tu lah seterusnya sehingga jam 11 malam. Kat bawah ni saya sediakan panduan tentang masa promosi dan kategori untuk memudahkan anda.

Kategori Jualan Mega Shopee 11.11

11am - 12pm  >> Kasut
12pm - 1pm   >> Pakaian wanita
1pm - 2pm     >> Aksesori
2pm - 3pm     >> Pakaian lelaki
3pm - 4pm     >> Suppelent & peralatan sukan
4pm - 5pm     >> Jam tangan
5pm - 6pm     >> Kelengkapan rumah
6pm - 7pm     >> Beg
7pm - 8pm     >> Bayi, kanak-kanak & mainan
8pm - 9pm     >> Produk penjagaan diri & kecantikan
9pm - 10pm   >> Mobil & gajet
10pm - 11pm >> semua jenis fesyen

Cara mendapatkan diskaun

Bila dah pilih barang yang nak beli anda kena masukkan kod diskaun untuk mendapatkan potongan harga. Senang je, cuma masukkan kod pada ruang yang akan terpapar pada skrin telefon sebelum buat pembayaran.

Anda boleh dapatkan kod untuk kategori berasingan di bawah:

Kod diskaun Shopee 11 November






Musim perayaan macam ni masing-masing cuti dan nak keluar shopping tapi semua shopping kompleks penuh! Ramai sangat orang! Tapi anda boleh je duduk rumah dan shopping dengan harga murah Hoho!  Banyak kategori ada kat Shopee, anda cuma search je. 

Kena set jam sebab setiap jam ada promosi berbeza. Tak boleh lepaskan peluang sebab satu hari je ni.


Download Shopee secara percuma di App Store, dan Android di Google Play Store. Nak tahu apa yang terkini boleh ikuti Shopee Facebook, Instagram, dan laman rasmi -http://shopee.com.my/mobile/


Terima kasih kerana membaca Diskaun Gila-Gila Shopee 11 November.

Sinopsis Tuan Anas Mikael di Astro Ria

$
0
0

Sinopsis Tuan Anas Mikael di Astro Ria. Saluran stesen televisyen berbayar, Astro Ria (104) sekali lagi membawakan drama menarik buat tontonan anda menerusi TUAN ANAS MIKAeL (TAM) yang telah pun mula bersiaran pada 9 November 2015 lalu.

Mendapat sentuhan pengarah Raja Ahmad Alauddin, TAM meneruskan trend drama di Malaysia yang sering diadaptasi dari novel popular. Kali ini murpakan adaptasi novel dari tajuk yang sama karya Syamnuriezmil.

Drama terbitan Pena Creative Pictures ini mempertaruhkan pelakon terkenal tanah air iaitu Aaron Aziz dan Zara Zya sebagai teraju utama dan turut dibantu oleh Wan Sharmila, Shah Rezza, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Emmelia, Sarah Anne, Fazlina Ahmad Daud, Roy Azman, Jalaluddin Hassan, Ryzal Jaafar, Ziela Jalil, Daler Yusuf, Ruzana Ibrahim, Dato Chef Wan.





Bersiaran sebanyak 16 episod, Tuan Anas Mikael menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135)

Sinopsis drama Tuan Anas Mikael di Astro Ria

Mengisahkan Ayu Maisarah yang berkerja sebagai tukang cuci bagi menggantikan ibunya di rumah Tuan Anas Mikail. Ayu terpaksa berkerja dengan Tuan Anas selepas secara tidak sengaja tercuci lantai dan menyebabkan majikannya jatuh.

Ibu kepada Tuan Anas, Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan tempoh selama tiga bulan untuk mencari calon isteri pilihannya sendiri jika tidak mahu berkahwin dengan Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin. 

Hampir dua bulan berlalu, Tuan Anas masih belum menjumpai calon isteri. Jadi dia merancang untuk mempersiapkan Ayu Maisarah supaya dapat menjadi wanita idamannya tanpa pengetahuan gadis itu. Ayu dapat melepasi semua latihannya diberikan dan apa yang dia tahu, Tuan Anas sedang melatihnya esebagai pengurus projek di Krabi. 

Namun, Tuan Anas tidak tahu yang Ayu sedang menyimpan rahsia besar darinya. Takut akan rahsia itu terbongkar, Ayi menurut sahaja arahan Tuan Anas dan bersetuju dengan penyamaran itu. Walaubagaimana pun, dalam tempoh penyamaran mereka, Ayu mula jatuh cinta terhadap Tuan Anas. Dia terpaksa menyimpan perasaannya kerana takut peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang. 

Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tapi akhirnya dia setuju juga untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas didepan mak Tuan Anas untuk mengelak daripada berkahwin dengan Safra


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Tuan Anas Mikael di Astro Ria

Cara Pendekkan Link dengan Lynk.my

$
0
0
Contest Review Lynk.my 2015

Cara Pendekkan Link dengan Lynk.my. Pernah tak mempunyai masalah sukar untuk berkongsi link laman web kerana ia terlalu panjang? Rimas bila tengok link itu memenuhi ruang sampai tak muat nak tulis description.

Link, URL (Uniform Resource Locator), atau dalam Bahasa Melayu 'pautan' adalah alamat/lokasi laman web. Link biasanya panjang berjela dan susah nak ingat. Jika tersalah taip anda akan dibawa ke lokasi lain atau keluar 'error'.

Kebanyakkan laman web menggunakan link yang panjang untuk tujuan SEO. Demi memastikan entri berada dikedudukan terbaik enjin carian, link entri harus mengandungi kata kunci. Akan tetapi link yang terlalu panjang menyukarkan anda untuk berkongsi. Tetapi anda boleh pendekkan dengan Lynk.my.

Artikel berkaitan: Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog

Pendekkan Link dengan Lynk.my

Lynk.my adalah laman web yang menyediakan servis untuk memendekkan link. URL yang biasanya melebihi 80 aksara boleh disingkatkan kepada 20 aksara sahaja. Contohnya seperti di bawah, cuba lihat yang mana lebih ringkas:


Cara Pendekkan Link dengan Lynk.my

Walaupun pendek, ia tetap membawa anda ke lokasi yang sama. Kalau tak percaya, cuba klik ttp://lynk.my/phr. Saya akan tunjukkan macam mana nak pendekkan link dengan Lynk.my:

  1. Layari http://lynk.my
  2. Paste kan link yang ingin dipendekkan
  3. Klik 'Lynk it' 


Tujuan pendekkan link

Kita mahu link menjadi ringkas supaya senang utk berkongsi di laman sosial terutama Twitter yang hanya membenarkan 140 aksara sahaja. Anda juga boleh sorokkan link iklan seperti ChurpChurp sebab tak ramai yang sudi klik. Hee! Kalau nak berniaga pun senang, lebih banyak ruang untuk anda masukkan ayat promosi. Anda juga boleh buat duit dengan Lynk.my. Caranya saya dah kongsikan dalam entri sebelum ini. Boleh rujuk entri >> INI

Memang banyak kelebihan laman web dari Malaysia ni. Mereka turut menganjurkan kontest hebat yang terbuka kepada semua blogger tempatan iaitu Contest Review Lynk.my 2015. Ramai yang join sebab sebab hadiah keseluruhan berjumlah RM4,000!

Entri sebelum ini - Sinopsis Tuan Anas Mikael di Astro Ria

Terima kasih kerana membaca Cara Pendekkan Link dengan Lynk.my

Sinopsis Akulah Balqis di Tv3

$
0
0
Sinopsis Akulah Balqis di Tv3

Sinopsis Akulah Balqis di Tv3. Menyusuli Hello Mr Perfect, saksikan sebuah lagi drama bersiri yang bakal menghiasi Slot Akasia bertajuk AKULAH BALQIS. Drama ini memaparkan nasib malang seorang gadis yang dirudum malang akibat diabaikan kedua ibu bapanya.

Drama rantaian 24 episod ini merupakan buah tangan terbaru Rumah Karya Citra dan bakal membuka tirainya pada 18 November 2015, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di Tv3.

Akulah Balqis diarahkan oleh Fali Yahya dan skrip pula digarap oleh pengarah, pelakon, serta penerbit berbakat, Erma Fatima.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Puteri Balqis, Aeril Zafrel, Nabila Huda, dan Nazim Othman, drama ini dilihat bakal mencetuskan fenomena tersendiri. Ia turut dibantu oleh Nadia Brian, Puteri Aishah, Nabilah Dally, Fazlina Ahmad Daud, Amai Kamarudin, Anne Abdullah, Mohd Benladin, Balkisyh Semundur Khan, Zulkifli Ismail, dan Aziza Kazan

akulah balqis tv3

Sinopsis drama Akulah Balqis di Tv3

Akulah Balqis yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Balqis perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk meneruskan hidup. 

Ibu bapanya, Yamin dan Seri terlalu sibuk mencari pekerjaan setelah syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya.

Tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terlibat dengan dadah selepas berkawan dengan Zali, seorang pemuzik di kelab malam. Wang kerja sambilan Yamin mula tidak mencukupi akibat ketagihan dadah.
Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung. 

Zali kemudian menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Akibat tidak selesa tinggal di situ, Balqis melarikan diri dan terpaksa merempat di jalanan.  

Suatu hari, Milda, seorang model terkenal secara tidak sengaja terlanggar Balqis. Balqis di bawa pulang oleh suami Milda, Adi, yang kasihan dengan nasib kanak-kanak itu. Milda mula merasa tidak selesa dengan kehadiran Balqis dalam keluarga mereka, berlainan dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri.

Adi memang sudah lama menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis.

Hubungan mereka bertiga semakin rapat, namun pada suatu hari Yamin dan Seri muncul untuk meminta anak mereka kembali. Oleh kerana sudah terlalu sayangkan Balqis, Adi dan Milda cuba melarikan Balqis dari ditemui ibu bapa kandung budak itu. 
sumber - Bharian

Setelah mendapat kritikan penonton kerana sentiasa menyiarkan drama yang mempunyai jalan cerita yang seakan sama, Tv3 akhirnya menyiarkan drama berlainan kali ini. Netizen juga mengutuk drama sebelum ini, Hello Mr Perfect, kerana dibintangi pelakon kaku dan jalan yang tidak menarik. Hoho!


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Akulah Balqis di Tv3

Renew Kad Pengenalan Denda RM10

$
0
0

Renew Kad Pengenalan Denda RM10. Baru-baru ni saya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk buat kad pengenalan/IC baru. Sebab saya masih menggunakan IC pertama yang dibuat masa berumur 13 tahun dulu. Yep.

Memang malas sangat nak ke JPN sebab kena ambil nombor giliran, ambil gambar, dan tunggu IC siap dalam masa sejam. Lagipun, bukan senang untuk dapat parking kawasan JPN yang terletak diWisma Persekutuan Kota Bharu. 

Artikel berkaitan:Harga Buat MyKad Kekal RM10

Tapi saya tak ada pilihan lain, kena jugak tukar kad pengenalan baru kerana yang sebelum ni dah out dated. Kebanyakkan urusan di bank tidak dapat diteruskan kerana cip pada IC lama tidak dapat dibaca oleh IC Reader. Imbasan cap jari juga tidak berhasil. "Jari awak dah besar dari cap jari yang disimpan dalam IC lama" - Pegawai Bank. K fine!! 

Renew Kad Pengenalan Denda RM10

Disebabkan malas nak bersesak-sesak di Wisma Persekutuan, saya buat kad pengenalan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong. Caranya senang je - ambil nombor, pergi ke kaunter setelah dipanggil, bagitahu yang anda nak buat IC baru, beri IC asal, imbas cap jari, dan terus ambil gambar. Tak perlu is borang kecuali nak tukar alamat.

buat ic denda rm10

Harga penggantian kad pengenalan berjumlah RM10 sahaja. Tetapi disebabkan saya lambat buat, saya dikenakan kompoun RM10 jadi semua sekali berjumlah RM20.

Oh, buat IC di RTC makan masa sedikit, IC anda tidak siap dalam masa satu jam seperti ibu pejabat JPN. Kad pengenalan saya siap dalam masa tiga minggu. Tak kisah lah.

Entri sebelum ini - Sinopsis Akulah Balqis di Tv3

Terma kasih kerana membaca Renew Kad Pengenalan Denda RM10

Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016

$
0
0
Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2015. Saya ada terbaca perbincangan dalam sebuah forum popular tentang Telekom Malaysia Berhad (TM) akan mengenakan caj sebanyak RM5 sebulan terhadap bil bercetak mulai Januari 2016.

Bagi mengelak dikenakan caj ini, pelanggan perlu bertukar ke sistem E-Billing di mana anda akan menerima bil bulanan menerusi email. Saya rasa sistem ini dikenakan terhadap semua perkhidmatan di bawah TM iaitu talian telefon, Streamyx dan UniFi.

Artikel berkaitan:UniFi di Kelantan Mulai Ogos 2015

Notis ini dinyatakan dalam bil bulanan TM. Kalau tak baca forum tu mungkin saya tak tahu pasal benda ni. Sebab I am one of those people who don't give much attention terhadap keseluruhan bil. Bila cek bil bulan lepas memang betul ia tertulis di helaian kedua.

Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai Januari 2016


Sebagai pelanggan Streamyx saya terkesan dengan berita ini. Pada saya RM5 yang dicaj ke atas bil bercetak tu terlampau mahal. Sekarang ni pun pelanggan TM telah dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.

Saya pasti masih ramai yang belum tahu pasal ni. Berapa kerat sahaja pelanggan yang rajin untuk baca bil dari atas sampai bawah? TM sepatutnya highlightkan pengumuman ini  supaya mudah dilihat pelanggan.

Jadi untuk mengelak dari dikenakan caj RM5 pada tahun depan, anda perlu hantar permohonan ke help@tm.com.my, hubungi TM careline (100), atau berkunjung ke TMPoint berhampiran. Lepas ni bil telefon dan internet akan dihantar melalui email yang anda daftarkan.


Tidak dinafikan TM adalah telko atau Internet Service Provider yang terbaik di Malaysia. Mungkin juga sebab mereka tiada pesaing yang kuat. Majoriti rakyat negara ini seolah-olah bergantung pada perkhidmatan internet TM jadi mereka mengambil kesempatan dengan mengenakan caj yang tidak logik.

I'm pissed off. Bye.

Entr sebelum ini - Renew Kad Pengenalan Denda RM10

Terima kasih kerana membaca Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016

Fakta Menarik Album Adele 25

$
0
0

Fakta Menarik Album Adele 25. Siapa tidak kenal Adele? Penyanyi British yang menjadi fenomena beberapa tahun lalu dengan lagu Rolling In The Deep dan Someone Like You. Selepas tiga tahun menyepi Adele membuat come back dengan melancarkan album terbaharu berjudul '25'.

Sejak '25' dilancarkan dua minggu lalu, album itu seolah-olah menguasai industri muzik dunia dek kerana  respon positif dari peminat yang rindukan penyanyi yang bersuara merdu ini.  Album bersama single terbaharu bertajuk 'Hello' telah mencatat banyak rekod sejak ia dilancarkan.

Fakta Menarik Album Adele 25

1. Pada saat entri ini ditulis, lebih 4 juta album berjaya dijual sejak hari pertama ia dilancarkan.

2. Dalam masa satu minggu, 25 menjadi album paling laris pada tahun 2015. Minggu lalu, sebanyak 335 album dijual setiap minit.

3. Jika kita menggabungkan kesemua carta jualan album lain yang menduduki tangga 2 hingga 100, ia masih belum mampu mengalahkan 25. Macam mana kalau anda gandakan kesemua jumlah jualan? HaHA! Adele masih lagi ditangga teratas.


4. Lagu Hello menjadi lagu pertama yang berjaya dijual melebihi 1 juta dalam masa satu minggu. Rekod sebelum ini dipegang oleh penyanyi rap, Flo Rida bagi lagu 'Right Round', namun Adele menggandakan jumlah kerana Flo Rida hanya mencatat 636,000 jualan.

5. Album Adele sebelum ini yang berjudul '21' kembali berada dalam carta top 10 buat pertama kali dalam tempoh dua tahun gara-gara kejayaan album 25.

Artikel berkaitan:Fakta Menarik Filem Francais The Hunger Games

6. Pada minggu lalu 25 mendominasi 41 peratus jualan album di seluruh dunia.
7. Jika album Taylor Swift, 1989, memakan masa setahun untuk mencatat kutipan tertinggi, Adele hanya mengambil masa beberapa hari sahaja.

8. Jika anda tertanya-tanya sama ada album berbentuk cakera padat (CD) masih mendapat perhatian atau tidak, sebanyak 1.7 juta unit CD Adele telah terjual. Rupanya masih ada yang beli CD instead of download kat iTunes. 

9. Kalau dikira mengikut minggu pertama jualan, Adele telah mengalahkan ramai penyanyi terkenal dunia seperti Beyonce, Justin Bieber, Taylor Swift, Rihanna, dan One Direction. Album 25 mengalah album penyanyi lain kurang dari seminggu.
10. Rekod jualan tertinggi dalam masa seminggu sebelum ini dipegang oleh kumpulan N'Sync, Adele berjaya meleburkan rekod itu dalam beberapa hari sahaja.

Jika pada 2012 Adele berjaya memenangi enam Anugerah Grammy, berapa agaknya anugerah yang bakal dibawa pulang?


Penghujung tahun 2015 ni memang menggembirakan peminat muzik. Adele dan Justin Bieber lancar album baru. Tapi saya tak download pun album Adele sebab saya download album Bieber, Purpose. It is quiet embarrassing because I thought I hated him. But his new album is amazing! How can all of the songs sound so good? Dan esok album baru band kegemaran, Coldplay dilancarkan! Tak sabar!!! Hahahabaheweiuwewjejdn!!!!

Entri sebelum ini - Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Album Adele 25


Tarikh Bayaran BR1M 2016

$
0
0

Tarikh Bayaran BR1M 2016. Tak lama lagi kita bakal memasuki tahun 2016 dan bagi mereka yang layak menerima wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pastinya tertunggu-tunggu bila agaknya duit BR1M tu nak masuk akaun peribadi. 

Seperti tahun-tahun sebelum ini, wang BR1M dipecahkan kepada beberapa kategori jumlahnya telah dinaikkan seperti yang telah dimaklumkan Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2016 baru-baru ini.

Berikut adalah kategori BR1M dan jumlah yang bakal diterima oleh mereka yang layak.

Isi Rumah
- Berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah - jumlah BR1M adalah sebanyak RM1000.
- Berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM800.

E-Kasih
- Berpendatan bulanan kurang RM1000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM1,050.

Individu Bujjan 21 tahun ke atas
- Pendapatan kurang RM2,000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM400.

Tarikh Bayaran BR1M 2016

Untuk makluman pembayaran duit BR1M akan dilakukan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan menerusi akaun bank yang anda berikan ketika memohon atau kemas kini.


Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
  • Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM250 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016
Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
  • Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM200 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM200 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ke Empat: RM200 pada 28 September 2016
(e-Kasih): RM1050
  • Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM300 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016
Individu Bujang: RM400
  • RM400 pada 28 Januari 2016
Wajib kemaskini

Pemohon sedia ada WAJIB mengemaskini maklumat peribadi bermula 5 Disember lalu. Anda boleh melakukan kemas kini secara online di - https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau  menerusi borang yang boleh didapati di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan.

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Album Adele 25

Terima kasih kerana membaca Tarikh Bayaran BR1M 2016

Fakta Menarik Star Wars The Force Awakens

$
0
0

Fakta Menarik Star Wars Force Awakens. Fenomena filem sains fiksyen Star Wars kini dapat dirasai diseluruh dunia apabila filem ketujuh 'The Force Awakens' ditayangkan mulai hari ini. Penggemar tegarnya sudah tidak sabar lagi untuk menonton sambungan filem peperangan di galaksi ini.

Diasaskan oleh pengarah dan penerbit lagenda Hollywood, George Lucas, Star Wars menjadi kegilaan global sejak filem pertama Episode IV: A New Hope (1977) ditayangkan 30 tahun lalu. Lucas pada waktu ingin menghasilkan sesuatu yang baru dengan menghasilkan pengembaraan angkasa lepas yang penuh dengan penggunaan sistem perisian imej janaan komputer (CGI). Siapa sangka penangan Star Wars mampu merasuk penonton seantero dunia. 


Peminat terpaksa menunggu selama 10 tahun untuk menunggu filem terbaru. Mereka bukan sahaja tidak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya, bahkan teruja untuk menonton aksi pelakon asal serta beberapa pelakon baru Star Wars arahan J.J Abrams.

Fakta Menarik Star Wars The Force Awakens

1. Menurut sebuah artikel majalah Vanity Fair, J.J Abrams mempunyai idea untuk memasukkan watak Jar Jar Binks untuk beberapa saat sebagai 'easter egg'.

2. Dua bintang utama Star Wars, Mark Hamill (Luke Skywalker) dan Carrie Fisher (Princess Leia) menjalani diet sejak 2013 lagi dalam mempersiapkan diri untuk kembali berlakon dalam The Force Awakens.


3. Lupita Nyong'o mendedahkan tidak tahu bahawa beliau menghadiri ujibakat untuk filem Star Wars. "Ketika ujibakat saya merangkak dan menggunakan tangan seolah-olah sepucuk pistol." Sehinggalah dua bulan kemudian beliau dihubungi J.J Abrams untuk membintangi Star Wars. 

4. Walt Disney Pictures menjadi produksi ketiga yang menerbitkan filem Star Wars. Filem sebelum ini diterbitkan oleh 20th Century Fox dan Star Wars: The Clone Wars (2008) pula oleh Warner Bros.

Artikel berkaitan:Fakta Menarik Francais The Hunger Games

5. Pesawat X-Wings yang menjadi trademark filem ini benar-benar dibina oleh pihak produksi dan bukannya teknik CGI. Prop lain juga direka khas dan tidak banyak menggunakan CGI.

6. Aktor Joel Edgerton pada asalnya dipertimbangkan untuk membawa watak Poe Dameron. Namun Edgerton pernah muncul dalam filem Star Wars: Episode III - Revenge of the Sith (2005) sebagai 'Uncle Owen'. Watak itu kemudian diberikan kepada Oscar Isaac.

7. Terdapat droid baru selain R2D2 dalam filem ini iaitu BB-8. Robot BB-8 yang diinspirasikan oleh Ralph McQuarries ini berputar seperti bola dengan kepala yang berbentuk separa bulat.  


8. Menurut presiden Lucasfilm, Kathleen Kennedy, kira-kira 200 kru terdiam dan terpegun pada saat Harrison Ford dan Chewbacca muncul di dalam set pesawat Millennium Falcon. Ini kerana Ford dan Chewbacca merupakan watak ikonik filem Star Wars sejak dari dulu lagi.


9. Pihak produksi lebih memilih untuk menggunakan lokasi penggambaran sebenar dan set mini dari skrin hijau serta CGI supaya filem nampak lebih realistik.

10. Trailer kedua filem ini mendapat lebih 20 juta tontonan di YouTube dalam masa kurang dari 24 jam.

11. Uniform yang dipakai oleh General Hux (Domhnall Gleeson) diinspirasikan dari uniform yang dipakai oleh tentera laut dan Nazi.

Artikel berkaitan: Fakta Menarik Mad Max Fury Road

12. The Force Awakens menelan belanja sebanyak USD200 juta, in menjadikan filem termahal dalam siri Star Wars.
sumber: IMDb

Walaupun saya penggemar filem Hollywood, tapi saya belum pernah tengok mana-mana filem Star Wars. It's like my 'geek blind spot' which is a huge thing that everyone is always talking about that Ive never seen. :( 

Entri sebelum ini - Tarikh Bayaran BR1M 2016

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Star Wars The Force Awakens

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner di Tv3

$
0
0
cinta si wedding planner tv3

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner di Tv3. Menyusuli Akulah Balqis yang bakal berakhir tidak lama lagi dan saksikan sebuah lagi drama terbaru yang bakal menghiasi Slot Akasia berjudul CINTA SI WEDDING PLANNER (CSWP) terbitan Primeworks Studios.

Drama bersiri 28 episod ini bakal menggandingkan Adi Putra bersama pelakon baru, Mira Filzah sebagai teraju utama. Seperti drama-drama Slot Akasia sebelum ini, CSWP juga merupakan drama yang diadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yang sama karya Dhiyana. 

Tarikh siaran Cinta Si Wedding Planner bakal dikemaskini kelak.


Sinopsis drama Cinta Si Wedding Planner di Tv3

Izara Batrisya (Zara), seorang perunding perkahwinan (wedding planner) tida pernah menduga untuk berkasih dengan sepupunya sendiri, Bazli. Namun cinta yang dirahsiakan dari Mak Lang dan Pak Lang mereka terputus di tengah jalan. Bagi Zara, dalam hatinya hanya ada Bazli. 

Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita. Keperibadian dan sikap sopan santun Zara memikat hati pelanggannya, Puan Marina. Memandangkan Zara hidup seorang diri di Kuala Lumpur, Puan Marina mengambil Zara sebagai anak angkatnya.

Pertemuan Fariz dan Zara si wedding planner kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua dari empat cahaya mata Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara.

Fariz mengetahui kisah cinta Zara sebelum ini dan sedar bahawa gadis itu sedang cuba bangkit dari luluh kecewa cinta dan ingin melindungi Zara dari terus diganggu oleh Bazli. Fariz kemudian nekad untuk menjadikan Zara sebagai isterinya.

Puan Marina, yang sudah lama berkenan dengan Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz. Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya.

Bahtera perkahwinan Fariz dan Zara sangat bahagia. Fariz yang sebelum ini baran dan murung berubah selepas Zara hadir dalam hidupnya. Sementara itu, Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Cinta Si Wedding Planner di Tv3

Cara Memohon Bil TM Melalui Email

$
0
0
Cara Memohon Bil TM Melalui Email. Bagi pelanggan Telekom Malaysia Berhad (TM) yang masih belum tahu, mulai Januari 2016 bil Streamyx, Unifi, dan bil telefon bercetak yang dihantar ke rumah anda akan dicaj sebanyak RM5. 

Seperti yang saya sebut dalam entri sebelum ini - Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016, bagi mengelak dari dikenakan bayaran tambahan untuk bil, anda boleh memohon untuk menerima bil melalui email. Pelanggan boleh berbuat demikian dengan menghantar pemohonan ke 1) help@tm.com.my, 2) hubungi TM careline (100), atau 3) berkunjung ke TMPoint berhampiran.

Artikel berkaitan:Unifi di Kelantan Ogos 2015

Jadi saya guna cara yang paling senang dan cepat iaitu dengan menghantar permohonan melalui email. Dalam email tersebut anda hanya perlu sertakan beberapa maklumat peribadi dan akaun TM anda. 

Cara Memohon Bil TM Melalui Email

Anda nak buat email secara formal pun boleh tapi pastikan maklumat yang yang diberikan tu tepat dan mudah difahami, kemudian hantarkan kepada [help@tm.com.my]. Siap! 

Selang beberapa minit anda akan mendapat balasan dari TM berbunyi: 


Proses permohonan akan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga hari berkerja. Jadi, tunggulah sehingga anda mendapat email seterusnya dari TM. 

Saya masih tidak bersetuju dengan tindakan TM. Memang betul bil yang dihantar terus ke kotak email lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa. Tapi RM5 tu terlalu mahal. Macam mana dengan warga emas yang tiada email dan tidak tahu tentang sistem baru ni? B

Semoga entry ini dapat membantu pelanggan TM dalam menjimatkan duit poket sebanyak RM5. Kalau anda lebih suka bil bercetak terpulanglah. Saya tak sanggup nak bayar extra. Heee! 


Terima kasih kerana membaca Cara Memohon Bil TM Melalui Email

Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar

$
0
0

Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini telefon pintar mejadi gajet paling utama dan wajib dimiliki. Peranti ini sudah menjadi 'keperluan' dan bukan lagi 'kemahuan' dalam kehidupan seharian. 

Akan tetapi jangka hayat bateri telefon pintar sering mencemburui pemiliknya. Semakin kerap anda menggunakannya semakin cepat kehabisan bateri. Apatah lagi jika sering menggunakan sosial media, menonton video, atau bermain permainan video. 

Telefon pintar yang membenarkan baterinya ditanggalkan semakin semakin berkurangan dipasaran. Jika anda tidak menjaganya dengan baik, telefon anda berkemungkinan mempunyai jangka hayat yang pendek.


Jadi dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa tips penjagaan serta cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri telefon.


Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar

1. Kurangkan kecerahan skrin - Semakin cerah skrin telefon semakin banyak tenaga yang digunakan. Setkan kecerahan skrin (brightness) kepada yang paling minima bergantung kepada keadaan pencahayaan persekitaran anda. Ia bukan sahaja mengurangkan tenaga bateri tetapi turut merosakkan mata jika digunakan pada suasana gelap. Menggunakan gambar latar belakang (wallpaper) gelap sangat digalakkan.  Yup, it's a fact! Lepas ni kurangkan main telefon sebelum tidur.

2. Matikan notifikasi - Saya pasti ramai yang ingin mengetahui pesanan ringkas, komen Facebook, Twitter terkini. Namun, ini memerlukan tenaga bateri jika menerima notifikasi bertubi-tubi. Apatah lagi jika anda setkan getaran pada telefon.


3. Matikan lokasi dan Bluetooth - Matikan mana-mana sambungan yang tidak digunakan seperti Bluetooth, carian lokasi, dan Wifi. Ini kerana ia sentiasa mencari sambungan jika dihidupkan dan in memakan tenaga yang banyak. 

4. Habiskan bateri sebelum cas -  Bagi mengelakkan kerosakkan, pastikan bateri telefon anda benar-benar kritikal sebelm di cas. Ramai yang ambil remeh soal ini dan sering mengecas telefon ketika bateri masih boleh digunakan. Paling busuk pun, biarlah bateri tinggal kurang dari 20%.



5. Matikan telefon ketika mengecas - Ini merupakan antara tips penjagaan bateri yang paling penting di mana anda perlu matikan telefon ketika mengecas. Tenaga keluar dan masuk boleh merosakkan molekul bateri.  Lagipun, tempoh pengecasan akan lebih pantas jika ia dimatikan.

6. Minimumkan penggunaan getaran (vibrate) - Elak daripada menggunakan terlalu banyak getaran terutamanya getaran setiap kali anda menyentuh skrin. Ini kerana fungsi ini tidak penting dan memakan terlalu banyak tenaga. 


7. Gunakan Mod Penjimatan Bateri - Kini sudah banyak peranti yang menyediakan teknologi penjimatan bateri. Samsung, Oppo, dan beberapa peranti dari Cina sudah menyediakan teknologi hebat ini. Malah iPhone turut memperkenalkannya melalui kemaskini iOS 9. Mod penjimatan ini akan mematikan fungsi-fungsi tertentu seperti getaran, bunyi, dan kecerahan skrin. 


Jangka hayat bateri telefon pinttar sebenarnya bergantung kepada si pemiliknya. Tips ini juga boleh diamalkan pada semua jenis telefon pintar, tablet, dan iPad.  Anda yang tentukan. Kalau tidak menjaganya dengan baik anda akan sentiasa membawa power bank ke sana-sini. 


Terima kasih kerana membaca Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar

Viewing all 562 articles
Browse latest View live