Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Cara Jadi Dropship Shopee Malaysia

$
0
0
Cara Jadi Dropship Shopee Malaysia | Sejak Shopee mula diperkenalkan pada 2015 dengan pendekatan pengguna boleh melakukan urusan jual beli dengan mudah, ramai yang mula menggunakan e-dagang ini.

Mana tidaknya, dengan hanya menggunakan telefon pintar anda boleh buat bisnes online dengan menjual barang di Shopee.


[Baca] Cara Jual Barang di Shopee

Berniaga secara online dapat mengurangkan banyak kos seperti sewa kedai, logistik, gaji, dan lain-lain. Ciri inilah yang membuatkan Shopee lebih standout berbanding platform e-dagang lain. Ia menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana menjual produk-produk mereka di atas talian.

Selain menjual produk sendiri, anda juga boleh melakukan dropship. Dropship Shopee ini lebih kurang seperti anda deal dengan seller dengan menjual produk mereka. Katakan seller jual produk tersebut dengan harga RM10. Maka anda jual dengan harga RM15. So anda untung RM5.


Kelebihan dropship Shopee

  • Tidak perlu simpan stok
  • Tidak perlu pos barang di pejabat pos
  • Shopee adalah platform popular.

[Baca] Kelebihan Jual Barang di Shopee

Sejak ramai yang dah berjaya buat dropship Shopee ini, saya yakin ramai yang tertanya-tanya macam mana untuk melakukannya?

Melalui artikel ini saya akan tunjukkan dua cara jual barang dropship di Shopee

Bagaimana menjadi dropship shopee



1. Melalui seller Shopee


Shopee sendiri telah membina sistem di mana anda boleh melakukan dropship melalui seller sedia ada di platform ini. Saya yakin anda biasa lihat di mana produk sama tetapi ia dijual dengan harga berbeza.

Anda beli dengan harga rendah, dan menjualnya dengan harga sedikit tinggi berbanding seller asal.

Adakah ia percuma? Tidak! Anda kena dahulukan duit anda untuk beli barang dari seller.


Step 1: Cari barang yang anda rasa ada potensi untuk catat keuntungan. Contohnya pakaian kanak-kanak atau phone case.

Step 2: Pilih "Chat Now"

Step 3: Pilih "Make Offer"

Step 4: Pilih kuantiti dan letakkan harga yang anda nak beli dari seller tersebut. Katakan barang tersebut bernilai RM15.90, anda nak beli dengan harga RM10 supaya anda boleh jual dengan harga RM18.

Step 5: Pilih " Make An Offer"

Katakan seller tersebut bersetuju, anda akan menerima mesej daripada beliau. Jadi, anda boleh upload gambar produk yang anda nak jual ke kedai Shopee anda sendiri. Cuma, pastikan anda masukkan alamat pelanggan ketika anda beli barang dengan seller asal. Seller asal yang akan pos barang tersebut kepada customer.

Mudah kan?

2. Direct dropship dari supplier


Cara kedua adalah direct dropship dari kilang. Method ini juga ramai yang buat. Yang anda dengar "dropship Shopee China" tu. Di Malaysia pun ramai yang jadi supplier. Kena pandailah buat research. Contohnya jadi agent dropship Taobao, AliExpress dropship, dan lain-lain.

Kaedah ini juga memerlukan anda dahulukan duit anda untuk beli barang. Kemudian alamatkan kepada pelanggan anda. 

Untuk jadi agent macam ni anda memerlukan modal sekitar RM500 untuk beroperasi. Ramai yang tak sanggup. Tapi, ramai orang shopping di Shopee tau. Katakan anda berjaya membuat 5 jualan sehari dengan keuntungan RM7 untuk satu barang.

Selamatkah dropship Shopee?


Ada juga yang takut nak buat dropship ini. Bimbang sekiranya pelanggan order barang tetapi barang tersebut tidak sampai.

Untuk pengetahuan, tak ada seller boleh tipu di Shopee. Pihak Shopee telah menetapkan syarat yang seller hanya akan dapat bayaran selepas pelanggan menerima barangan mereka. Sekiranya barang tidak sampai, Shopee akan kembalikan wang kepada pelanggan.


Apa yang saya ceritakan dalam artikel ini adalah secara ringkas sahaja. kalau anda betul-betul berminat, baca ebook Panduan Bisnes Shopee.

Ebook tersebut bakal menerangkan dengan terperinci bagaimana untuk memulakan perniagaan, tips, supplier dropship, dan cara untuk tingkatkan jualan di Shopee. Panduan ini ditulis oleh individu yang mempunyai pengalaman dropship di Shopee.

Link -https://goo.gl/ANUJ6p

Semoga artikel cara jadi dropship Shopee ini bermanfaat kepada anda yang bercadang ingin memulakan bisnes online.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Trending Articles