What did I get during Lazada 11.11 Shopping Festival? Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify! Walaupun mask ini tidak termasuk dalam 3 item idaman Lazada, saya beli sebab harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari biasa. Oleh itu, saya nak review clay mask dan servis dari Lazada.
Sebelum saya review Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify ini, saya nak tekankan yang memang untung gila beli barang sewaktu promosi besar-besaran. Terutama pada acara 11.11 Shopping Festival yang berlangsung pada 11 November tempoh hari.
Banyak produk yang mendapat potongan harga. Bahkan Lazada buat games, flash sales, dan pemberian voucher menarik. Jadi ramailah rakyat Malaysia yang shopping pada hari tersebut. Termasuklah saya. Heee! Mana boleh lepaskan peluang begitu sahaja kan?
So, saya beli Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify. Harga asalnya sekitar RM40. Tetapi ketika promosi 11.11, ia cuma berharga RM24.90 sahaja! Murah kan?
Mask ini sampai kira-kira 4 hari kemudian. Cepat juga, saya sangka ia akan lambat tiba. Yelah, berapa juta rakyat Malaysia yang membuat pembelian pada hari sama. Mask tersebut tiba dalam keadaan baik, dibungkus kemas, dan yang paling penting... mask ini original! 👍
Jadi kalau anda merancang untuk beli barang, saya syorkan beli sewaktu promosi. Acara 12.12 is coming, so stay tuned.
Baca juga:Cara Beli Barang di Lazada
Loreal Paris sudah banyak menghasilkan clay mask. Tetapi yang masuk ke pasaran Malaysia dan Indonesia adalah:
Ada 3 lagi variasi tambahan, tetapi tidak masuk ke pasaran Malaysia iaitu Purity mask, Detox Mask, dan Glow Mask.
Saya beli versi Detoxify kerana fungsinya yang menarik iaitu membersihkan kotoran dan minyak pada liang pori.
Ingredients:
Aqua / water, kaolin, montmorillonite, lecithin, polysorbate 20, butylene glycol, propylene glycol, oryza sativa starch / rice starch, ci 77499 / iron oxides, moroccan lava clay, charcoal powder, caprylyl glycol, citric acid, xanthan gum, polyglycerin-10, polyglyceryl-10 myristate, polyglyce-ryl-10 stearate, sodium dehydroacetate, phenoxyethanol, linalool, limonene, parfum / fragrance.
Cara Penggunaan:
Selepas mencuci wajah, sapu mask ini dan biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Disarankan guna 2 hingga 3 kali seminggu.
What it claims:
Membersih, menyerap kotoran, dan mencerahkan kulit. Oleh kerana ia turut mengandungi charcoal (arang), maka mask ini boleh menyerap minyak berlebihan. Jika digunakan secara konsisten, wajah akan kelihatan bersih, sihat, dan glowing.
Review
Saya mempunyai kulit berminyak, I can see that this mask absorbs minyak berlebihan pada kulit. Kesannya seperti guna oil control film yang warna biru tu. Sangat-sangat impressed dengan hasilnya. So, muka dah kurang berminyak. Tapi kena selalu guna dalam 2 kali seminggu untuk sekat minyak berlebihan.
Katanya ia turut memberi kesan mencerah. Tetapi seperti mask lain, kesan cerah itu cuma boleh dilihat beberapa minit selepas dibilas sahaja. Tidak mengapa. Janji muka dah tak berminyak!
Texture
Texture mask ini arang pekat. Sangat pekat membuatkan ia susah untuk dibilas. Dari segi bau pula, ia wangi dan mempunyai aroma seperti produk high-end. You know what I mean.
Repurchase? Hell yeah! Sangat recommend untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. Anda akan rasa satisfied bila nampak mask ini menyerap minyak.
So there you go, my Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify review yang saya beli dari Lazada. Mungkin pada promosi 12.12 nanti saya beli versi Anti-Pores pula.

Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify Review
Loreal Paris sudah banyak menghasilkan clay mask. Tetapi yang masuk ke pasaran Malaysia dan Indonesia adalah:
- Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify
- Loreal Paris Pure Clay Mask Illuminating
- Loreal Paris Pure Clay Mask Anti-Pores
- Loreal Paris Pure Clay Mask Hydration
Ada 3 lagi variasi tambahan, tetapi tidak masuk ke pasaran Malaysia iaitu Purity mask, Detox Mask, dan Glow Mask.
Saya beli versi Detoxify kerana fungsinya yang menarik iaitu membersihkan kotoran dan minyak pada liang pori.
Ingredients:
Aqua / water, kaolin, montmorillonite, lecithin, polysorbate 20, butylene glycol, propylene glycol, oryza sativa starch / rice starch, ci 77499 / iron oxides, moroccan lava clay, charcoal powder, caprylyl glycol, citric acid, xanthan gum, polyglycerin-10, polyglyceryl-10 myristate, polyglyce-ryl-10 stearate, sodium dehydroacetate, phenoxyethanol, linalool, limonene, parfum / fragrance.
Cara Penggunaan:
Selepas mencuci wajah, sapu mask ini dan biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Disarankan guna 2 hingga 3 kali seminggu.
What it claims:
Membersih, menyerap kotoran, dan mencerahkan kulit. Oleh kerana ia turut mengandungi charcoal (arang), maka mask ini boleh menyerap minyak berlebihan. Jika digunakan secara konsisten, wajah akan kelihatan bersih, sihat, dan glowing.
Review
Saya mempunyai kulit berminyak, I can see that this mask absorbs minyak berlebihan pada kulit. Kesannya seperti guna oil control film yang warna biru tu. Sangat-sangat impressed dengan hasilnya. So, muka dah kurang berminyak. Tapi kena selalu guna dalam 2 kali seminggu untuk sekat minyak berlebihan.
Katanya ia turut memberi kesan mencerah. Tetapi seperti mask lain, kesan cerah itu cuma boleh dilihat beberapa minit selepas dibilas sahaja. Tidak mengapa. Janji muka dah tak berminyak!
gambar: iamxiiaomii.blogspot.com |