Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Cara Daftar Netflix Malaysia

$
0
0
Sejak Netflix mula dilancarkan di Malaysia pada Januari 2016, peminat-peminat filem/siri tv streaming bersorak gembira kerana mereka akhirnya dapat menikmati perkhidmatan hebat itu. Maka dengan ini bolehlah mereka menonton pelbagai filem dan siri antarabangsa yang menarik. Tapi masih ada yang belum tahu bagaimana cara untuk melanggan dan mendaftar Netflix Malaysia.

Sebelum itu, yang tertanya-tanya apa itu Netflix?, meh saya terangkan. Netflix adalah penyedia perkhidmatan penstriman video berbayar yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Ia menyediakan pelbagai kandungan popular seperti filem, siri-tv, dokumentari, rancangan temubual, dan lain-lain.

cara daftar netflix malaysia

Senang cerita, Netflix ni seperti gabungan antara Astro dan Youtube. Di mana anda perlu membayarnya setiap bulan dan hanya boleh diakses dengan talian internet. Cara menggunakan Netflix di Malaysia adalah sama dengan seluruh dunia iaitu melalui semua peranti yang mempunyai sambungan internet sama ada smart tv, computer, telefon, atau tablet/iPad.

Ada yang merasakan agak membazir bila bayar bil Astro setiap bulan tetapi Astro sering mengulang tayang rancangan sama. Ada juga yang tidak mempunyai masa untuk menonton tv kerana sibuk dengan urusan kerja. Golongan ini lebih memilih untuk melanggan penstriman video.


Pelbagai filem dan siri tv popular yang boleh ditonton. Malah, Netflix mempunyai original content yang terdiri daripada filem dan siri berkualiti yang hanya boleh ditonton pada Netflix. Kebanyakkannya dibintangi nama-nama besar Hollywood.

Setakat ni saya sudah menonton beberapa siri original Netflix iaitu Stranger Things, Unfortunate Events, dan 13 Reasons Why. Memang best dan berkualiti. Stranger Things is by far the best series I have ever seen! Filem original pun tidak kurang hebatnya seperti To The Bone, Annihilation, Okja, Bright, dan banyak lagi.

Saya pernah menulis review siri dan filem Netflix, kalau nak baca boleh rujuk link kat atas. 👆👆👆

Anda perlu tahu, Netflix memberikan percubaan PERCUMA SELAMA 30 HARI untuk pengguna yang baru mendaftar. Tetapi semasa mendaftar, anda perlu memasukkan maklumat kad kredit/debit. Jangan risau, tiada caj akan dikenakan dalam tempoh ini dan anda boleh membatalkannya pada bila-bila masa.

Cara Daftar Netflix Malaysia


Langkah 1: Layari https://www.netflix.com/my/
Langkah 2: Join Free For A Month


Langkah 3: Pilih "See the plans". Pilih satu di antara tiga pelan yang anda mahu. Kemudian klik "Continue"


Langkah 4: Di ruangan 'Create Your Account', klik "Continue"
Langkah 5: Masukkan email dan password anda pada ruang yang disediakan
Langkah 6: Pilih jenis pembayaran.


cara daftar netflix malaysia

*Jika anda merupakan pelanggan Maxis atau Digi, anda boleh pilih telco tersebut dengan memasukkan nombor telefon postpaid anda. Netflix akan mengenakan caj melalui bil telefon anda.
Langkah 7: Jika memilih untuk menggunakan kad kredit/debit, masukkan butiran kad. Anda kemudian akan menerima nombor pengesahan yang akan dihantar ke telefon bimbit. Masukkan kod tersebut, dan klik 'Start Membership'.

SIAP!

Selepas siap mendaftar anda sudah boleh mula menonton. Cara nak tengok Netflix ni senang sahaja, Ia telah tersedia di smart Tv, XBOX, PS3, PS4 anda. Dan jika ingin menontonnya melaui telefon pintar atau tablet, muat turun aplikasi Netflix secara percuma di Apple Apps Store, Google Play, dan Microsoft.


Kelebihan Netflix Malaysia


  • Penawaran program yang diterbitkan mereka sendiri. Jumlah kandungan ini semakin meningkat saban tahun.
  • Peminat komik MARVEL pasti akan gembira kerana banyak series adaptasi komik sepertiLegion, Jessica Jones, The Punisher, Luke Cage, The Defenders, Daredevil, dan Iron Fist.
  • Tiada komitment. Sekirannya anda tidak berpuas hati dengan kandungan Netflix, anda boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa tanpa dikenakan sebarang caj. Tak macam Astro kan?
  • Tidak perlu menunggu untuk tonton episod baru. Katakan sesebuah siri mempunyai 8 episod, Netflix akan menyiarkan kesemuanya sekaligus.
  • Banyak kandungan hebat yang dipecahkan dalam beberapa kategori iaitu romance, horror, action, documentary, rancangan kanak-kanak, dan lain-lain.
  • Anda boleh tonton Netflix percuma selama 30 hari, jika tidak berminat, boleh batalkannya pada bila-bila masa.
  • Boleh ditonton secara offline. Anda dibenarkan memuat turun kandungan untuk ditonton kemudian. 
  • Dengan harga serendah RM33, Netflix murah di Malaysia. Jauh lebih murah dari Astro.  

Keburukan Netflix


  • Anda perlu tahu yang kandungan Netflix tidak ditapis. Penggunaan bahasa kasar, adegan 18SX juga ditayangkan sewenang-wenangnya. Begitu juga dengan kandunagn berunsur LGBT. Maka sesetengah filem dan siri tidak sesuai ditonton bersamakanak-kanak.
  • Jumlah kandungan yang boleh ditonton di Malaysia lebih kecil berbanding apa yang ditawarkan di Amerika Syarikar dan Eropah. Ia berbeza mengikut negara. Mungkin masalah perlesenan. Beberapa pengguna menggunakan VPN Malaysia untuk mengakses kandungan penuh.
  • Untuk peminat filem dan drama bersiri Melayu, anda pasti akan kecewa kerana setakat ini Netflix tidak menawarkan kandungan tempatan.
  • Cara bayar Netflix Malaysia adalah menggunakan kad kredit/debit. Walaupun ia lebih mudah dan selamat, masih ramai yang tidak memiliki kad tersebut. Lebih kurang sama je dengan cara bayar iFlix Malaysia.

Ini beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum melanggan Netflix


  • Memerlukan internet laju & stabil
  • Anda dinasihatkan menggunakan internet tanpa had untuk mengelak kehabisan quota/data. manalah tahu, kita ni mudah leka.
  • Kualiti video bergantung kepada jenis pelan yang anda langgan. 
  • Tempoh 30 hari itu adalah satu-satunya cara tengok Netflix percuma.
Itu merupakan cara daftar Netflix Malaysia, mudah bukan? Kalau jarang tengok tv, dan tidak mahu terikat dengan Astro, lebih baik langgan perkhidmatan penstriman video.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Trending Articles