Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

9 Cara Untuk Elak Biskut Jadi Lemau

$
0
0
9 Cara Untuk Elak Biskut Jadi Lemau. Hari raya semakin dekat, masing-masing sudah mula sibuk membuat persiapan Aidilfitri. Ini termasuk dari segi baju raya, servis kereta, kelengkapan rumah, dan termasuklah kuih raya.

Cara Untuk Elak Biskut Jadi Lemau

Tetapi biskut ni tidak dikira makanan bermusim. Maknanya bukan musim raya sahaja kita makan biskut, tetapi sepanjang tahu. Lebih-lebih lagi sekarang ni ramai yang mula jual segala macam jenis biskut secara online. Semuanya menarik dan sedap kerana kebanyakannya telah diinovasi dan diberi nafas baharu.

Biskut ni, kalau disimpan lama pasti lemau. Satu balang biskut bukannya murah. Ada yang mencecah RM30 untuk satu balang kecil. Itu tidak termasuk lagi biskut yang dibuat sendir, bahan-bahan mentahnya memerlukan kos dan tenaga.

Persoalannya apa yang perlu anda buat supaya biskut kekal rangup dan segar? Dalam artikel ini saya kongsikan beberapa cara bagaimana untuk elak biskut jadi lemau. 

9 Cara Untuk Elak Biskut Jadi Lemau



1. Guna bekas kedap udara


Sebenarnya terdedah kepada udaralah yang menyebabkan biskut jadi mudah lemau. Sebab itu anda kena guna bekas kedap udara supaya tiada ruang langsung yang membenarkan udara masuk. Tak boleh guna yang murah atau yang cikai tu.


Baru sekarang anda tahu kenapa mak-mak kita suka sangat beli bekas makanan berkualiti? Kat Lazada banyak food container berkualiti dan murah. Beli di sini > http://invol.co/cl9g3j

Baca juga:Resepi Kek Batik Sedap

2. Simpan dalam peti sejuk


Sebelum letak dalam peti sejuk, pastikan anda memasukkan biskut dalam bekas kedap udara. Cara ini akan mengelakkan biskut dari 'freezer burn' iaitu terlampau sejuk, mengekalkan rasa, dan melindunginya dari menyerap bau makanan lain dalam peti sejuk.

3. Jangan simpan biskut yang masih panas


Selepas mengeluarkannya dari ketuhar, biarkan biskut pada suhu bilik selama beberapa minit. Menyimpan biskut yang masih panas boleh menghasilkan wap dan menyebabkan ia cepat lemau.

4. Alas dengan kertas minyak


Penjual kuih dan biskut bukan suka-suka alas biskut dengan kertas minyak ya. Kertas minyak ini berfungsi untuk menyerap minyak berlebihan. Ini membolehkan biskut anda sentiasa fresh. Bahkan, menyusun biskut dan diselang-selikan dengan kertas minyak boleh mengelak biskut dari hancur dan ia lebih nampak presentable!

5. Masukkan sebungkus kecil garam/silica gel


Jika dalam kotak kasut baru terdapat silica gel di dalamnya untuk menyerap kelembapan udara, maka dalam bekas biskut perlu ada sebungkus kecil garam untuk tujuan sama. Bungkus satu atau dua teh garam dan masukkan ke dalam balang.



Kalau anda nak masukkan silica gel pun boleh. Lebih bagus. RM28 untuk 100 paket kecil. Beli di sini > http://invol.co/cl9g3l

6. Keringkan bekas sepenuhnya


Sebelum simpan biskut dalam bekas/balang, pastikan ia kering sepenuhnya. Lap dengan kain kering dan bersih kemudian jemur selama beberapa minit. Unutk elak biskut dari lemau, anda perlu elak dari terkena air walaupun setitis.

7. Sejukkan doh biskut


Percaya atau tidak, menyejukkan doh terlebih dahulu boleh membuatkan biskut kekal rangup. Petua ini sering diamalkan oleh mat saleh (jika anda pernah menonton video resepi di Youtube, mereka sering berkongsi petua ini dengan penonton).

Masukkan bahan-bahan mentah supaya menjadi doh kemudian simpan dalam peti ais. Jika anda sudah bersedia untuk buat biskut, defrost doh selama 1 jam.

8. Lilit dengan pita pelekat


Cara ini yang paling popular kerana ia mudah dan ringkas. Buat satu lilitan antara penutup dan bekas untuk mengelak angin daripada masuk ke dalam bekas.

Malah, tips ini juga boleh melingdungi biskut anda dari diserang semut.

9. Letak secebis roti dalam bekas


Roti mempunyai sifat yang sama seperti span iaitu menyerap air. Masukkan secebis roti ke dalam balang biskut sebelum menyimpannya. Lama kelamaan roti akan mengeras kerana telah menyerap kelembapan udara . Dalam masa sama mengekal kerangupan biskut.



Cuma pastikan anda tidak membiarkannya terlalu lama, jika roti tersebut akan berkulat!

Harap cara elak biskut jadi lemau ni dapat memberi manfaat, kalau tak membazir je beli mahal-mahal dan penat-penat buat biskut!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Trending Articles