Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp

$
0
0
Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp

Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp. Anda sudah pasti pernah berdepan dengan situasi tersalah hantar mesej. Tersilap hantar kepada penerima/group chat berlainan ataupun terdapat kesalahan pada mesej yang boleh menyinggung perasaan pastinya membuatkan anda tidak senang duduk.

Lepas ni dah tak payah risau sebab WhatsApp Messenger kini membenarkan anda memadam mesej yang tersalah hantar sama ada kepada individu mahupun menerusi group chat.


Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp

Laman FAQ WhatsApp memberitahu pengguna:

"Ciri ini membenarkan anda memadam sebarang mesej yang tersilap hantar tidak kira penerima individu atau kumpulan sembang. Fungsi ini sangat berguna sekiranya anda menghantar kepada penerima yang salah ataupun mesej yang mengandungi kesilapan"

Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp

Padam dalam masa 7 minit!

Walau bagaimanapun, mesej tersebut harus dipadam dalam tempoh kurang 7 minit selepas menghantarnya, selepas tempoh tersebut mesej akan kekal. Fair enough kan?

Baca:Fakta Menarik Filem Thor Ragnarok

Cara Padam Mesej yang Tersilap Hantar

- Buka aplikasi WhatsApp dan pergi ke mesej yang anda ingin padam.
- Tap-dan-hold mesej tersebut. Pilih 'Delete for everyone'.

* 'Delete for me' hanya akan memadam mesej pada peranti anda sahaja.


Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp

Fungi berguna ini hanya berfungsi jika anda dan penerima mesej menggunakan WhatsApp versi terkini sahaja. Ia bakal dinikmati pengguna Android, iOS, dan Windows Phone secara berperingkat mulai sekarang. 

Saya yakin fungsi ini sememang sudah lama dinantikan mereka yang menggunakan aplikasi permesejan milik Facebook ini.

Entri sebelum ini - Sinopsis Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Terima kasih kerana membaca Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp

Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Trending Articles