Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Ulasan Filem Mother!

$
0
0
Ulasan Filem Mother!

Ulasan Filem Mother! Jika kita sebut filem yang bergenre 'psychological-thriller' atau misteri pastinya babak pembunuhan bermain di fikiran. Lain pula bagi filem terbaharu arahan Darren Aronofski, Mother!, kerana ia menjanjikan sesuatu yang belum pernah dibikinkan dalam sejarah perfileman. Malah, Mother! dikatakan sebagai filem paling kontroversi pada tahun 2017. 

Mother! bukan sebuah filem seram atau thriller yang membawa makna khusus. Sebaliknya Afronofski menyerahkan tugas ini kepada penonton untuk mencorakkan tafsiran mereka sendiri. kerana ia adalah sebuah naskah yang sarat dengan metafora/alegori.

Aronofski secara jelas menjelaskan beliau mengambil rujukan kitab Genesis sebagai asas. Namun Mother tidak hanya bersandarkan pada kitab itu kerana ia turut mengaitkan kerakusan umat manusia terhadap bumi dan maksud tersirat lain.

Ulasan Filem Mother!

Mungkin kerana itulah Mother! menerima respon pelbagai baik dari pengkritik profesional mahupun penonton. Sama ada mereka mengatakan filem paling hebat yang pernah dihasilkan atau ia naskah yang layak buang ke dalam tong sampah.

Sinopsis filem Mother!

Mengisahkan sepasang suami isteri yang tinggal di sebuah rumah di kawasan terpencil. Kebahagiaan mereka diganggu dengan kehadiran tetamu tidak diundang yang menginap di rumah mereka.

Pengarah: Darren Aronofski
Penulis: Darren Aronofski
Pelakon: Jennifer Lawrence, Javier Bardem, Michelle Pfieffer, Ed Harris, Domhnall Gleeson.
Genre: Drama/Mystery/Thriller

Ulasan ini TIDAK mengandungi spoiler.

Ulasan Filem Mother!

Mother! will make your jaw drop!  Setiap elemen yang digunakan Aronofski cukup sempurna untuk menjadikan Mother! sebagai filem yang merogol minda dan yang paling f***ed-up yang pernah anda tonton.Ia bakal membuatkan penonton berasa tidak selesa dan akan terus memikirkannya walaupun ia telah tamat.
 

Sound mixing filem ini menjadi antara penyumbang utama kecemerlangannya. Bunyi-bunyi halus seperti tapak kaki dan benda pecah menambahkan lagi rasa tidak selesa. Oleh kerana kita menonton dari point of view watak Lawrence, kita yang berasa gelisah terutama apabila semakin ramai tetamu yang datang.

Apa yang membuatkan filem ini bertambah menarik, tidak ada satu pun watak mempunyai nama. Ia sentiasa membuatkan anda tertanya-tanya, "apa sebenarnya yang berlaku?" Paling penting, kenapa filem ini bertajuk Mother! yang hadir bersama tanda seru.


Dari segi lakonan? Good Lord! Javier Bardem, Michelle Pfeiffer, Ed Harris, Domhnall Gleeson memberikan persembahan mengagumkan. Malah, puluhan 'pelakon tambahan' turut cemerlang.

Saya hanya tergelak sekali sewaktu menonton filem ini iaitu sewaktu Kristen Wiig muncul. Aneh melihat pelakon komedi itu membintangi filem serius seperti ini.

Persembahan terbaik JLaw

I'm not being biased because I am a huge JLaw fan. She was just okay in Passengers. Tapi Mother!, ini merupakan antara persembahan terbaik Jennifer Lawrence. Lakonan wanita ini cukup memukau setiap kali dia muncul pada skrin. She is the beating HEART of the movie. Tidak keterlaluan jika saya katakan beliau mungkin menerima pencalonan Oscar buat kali ke lima.

Ulasan Filem Mother!

My only issue with this movie was tiada long shot dan apa yang saya perhatikan cuma ada tiga teknik kamera yang digunakan. Tapi ia bukan masalah besar. But I'd love to see it in a bigger scale.

Tanda seru pada tajuk!

Terdapat beberapa babak intense yang bakal membuatkan anda berkata "WTH atau WTF!!!" tatkala menontonnya. Dan kerana itulah Aronofski meletakkan tanda seru pada tajuk filem ini.

Aronofski sering menghasilkan filem unik yang membawa maksud tersirat seperti Pi, Requiem For A Dream, Black Swan, dan Noah. Namun filemnya sebelum ini tidak se-'gila' Mother!


Pada saya, Mother! hanya untuk tontonan mereka yang 'open minded' sahaja. Pasti ada yang mengatakan filem ini berunsur keagamaan iaitu Kristian ataupun propaganda Yahudi 😈, wahal ia lebih daripada itu. Mother! sebuah naskah yang berat namun ia tidak seberat filem Interstellar (2014).

Do not bring any expectations sebelum  menonton Mother! Jika anda harapkan filem seram yang sarat dengan jumpscares, sila tonton IT.

Pastinya Mother! adalah filem yang akan menjadi bahan bualan sepanjang zaman. 

#NKMovieRating
MOTHER!
10/10

Artikel sebelum ini - StarWorld Tukar Kepada FOX Life

Terima kasih kerana membaca Ulasan Filem Mother!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Trending Articles