Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Webe Tukar kepada Unifi

$
0
0
Webe Tukar kepada Unifi

Webe Tukar kepada Unifi. Telco di bawah naungan Telekom Malaysia (TM), Webe, kini mengubah nama rangkaian mereka kepada Unifi berkuatkuasa bermula 16 September 2017. Perubahan ini hanya pada nama rangkaian sahaja kerana syarikat Webe masih beroperasi seperti biasa.

Walau bagaimanapun, pengguna tidak perlu risau kerana pertukaran nama dari Webe kepada Unifi ini tidak akan menjejaskan langganan dan bil bulanan anda. Pengguna masih boleh menikmati data, suara, dan pesanan pada harga RM79 sebulan seperti biasa.

Webe Tukar kepada Unifi

Bermula 16 Sept, pelanggan dapat lihat perubahan pada nama rangkaian yang tertera bahagian atas (kanan) telefon anda.

Baca: Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia


Tukar APN kepada Unifi

Berikutan perubahan ini, anda tidak perlu mengubah apa-apa pada telefon kecuali jika berada di luar negara. Anda hanya perlu menukar Access Point Name (APN) kepada Unifi di bahagian Settings. Cara tukar APN adalah seperti berikut:

Peranti Android: Settings > More > Mobile Networks / Cellular Networks > Access Point Names

Peranti iOS: Settings > Mobile Data > Mobile Data Network ATAU Settings > Cellular > Cellular Data Network

Webe Tukar kepada Unifi

Pertukaran nama ini berikutan sambutan menggalakkan dan syarikat induk, TM, ingin membawa rangkaian ini ke peringkat yang lebih tinggi. Perubahan ini dilaksanakan pada Hari Malaysia iaitu 16 September, simbolik dengan usaha mereka dalam memberikan perkhidmatan komunikasi terbaik untuk rakyat Malaysia.


Webe mendapat sambutan luar biasa biarpun baru dilancarkan pada tahun lalu (menggantikan P1). Ini kerana mereka membuat penawaran data, suara, dan SMS tanpa had pada harga rendah selain rangkaian 4G LTE yang pantas dan stabil.

Dalam pengumuman lain Unifi memberitahu, 31 Oktober kelak adalah tarikh akhir bagi pelanggan baru yang ingin menikmati internet tanpa had pada RM79 sebulan. Sekiranya anda merancang untuk bertukar kepada Unifi, sekarang adalah masa terbaik untuk mendaftar.


Entri sebelum ini - Sinopsis Titian Cinta di Tv3

Terima kasih kerana membaca Webe Tukar kepada Unifi

Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Trending Articles