Cara Tukar Password Wifi TM Streamyx. Mereka yang menggunakan perkhidmatan jalur lebar atau Wifi pasti berdepan dengan pengurusan penukaran kata laluan/password. Penukaran ini penting untuk memastikan rangkaian wifi selamat.
Sama seperti akaun email dan media sosial, sudah pasti anda ingin melindungi rangkaian Wifi dari diakses oleh orang luar. Maklumlah, siapa nak berkongsikan? Lebih-lebih lagi jika kelajuan plan Wifi yang anda langgan tidak memuaskan. Kemudian terpaksa pula berkongsi Wifi dengan orang lain. Ini menyebabkan kelajuan internet bertambah perlahan.
Kepentingan Tukar Password Wifi
- Tahukah anda menetapkan ID dan password yang diberi oleh syarikat telekomunikasi ketika anda mula melanggan mudah digodam. Lebih menakutkan tatacara untuk menggodam wifi mudah didapati di enjin carian Google.
- Walaupun lingkungan talian Wifi terhad, ia tetap menembusi kawasan luar rumah bahkan boleh dicapai oleh jiran. Anak jiran yang berusia belasan tahun mungkin salah seorang yang cuba mengakses Wifi anda.
- Ingat, menetapkan password seperti "abcde" atau "123456" tidak membantu. Pilih kata laluan yang kuat, peribadi, dan rumit.
Tidak kiralah Wifi dari telco mana yang anda langgan,anda perlu tukar kata laluan jika tidak mahu diakses orang luar. Melainkan anda sengaja menetapkan Wifi kepada 'public'.
Dalam entri ini saya akan tunjukkan cara bagaimana untuk tukar password Wifi Streamyx
Cara Tukar Password Wifi TM Streamyx
1. Layari https://mytm.tm.com.my/new/login.jsp
2. Masukkan email dan kata laluan yang anda daftar dengan TM sebelum ini. Klik 'Register' jika anda masih belum mendaftar.
3. Setelah berjaya Login akaun TM, pilih 'My Service' kemudian pilih 'Register' bagi 'Telephone & Multimedia Bill Account. Jika sudah mendaftar, abaikan sahaja langkah ini. Jika anda masih belum mendaftar jenis perkhidmatan yang anda langgan dengan TM, sila rujuk langkah seterusnya.
4. Pilih ID Type, ID No, Billing Account Number dengan merujuk bil bulanan anda. Kemudian pilih 'Submit'. Anda akan dipaparkan butiran lengkap, dan jika semua maklumat itu tepat, klik 'Save'.
5. Kembali ke bahagian 'My Service' dan pilih 'Change Streamyx Password'. Pada langkah ini, masukkan password Streamyx baru dan klik 'Submit'.
6. Selepas siap tukar password, anda perlu ubah konfigurasi modem Wifi menerusi link ini >> http://192.168.1.1/login.html. Masukkan Username dan Password yang baru.
Untuk menikmati rangkaian Wifi, anda perlu masukkan kata laluan baru pada setiap peranti untuk mendapatkan akses internet. SIAP!
Artikel sebelum ini - G Shock Big Bang Black Koleksi Terbaru Casio
Terima kasih kerana membaca Cara Tukar Password Wifi TM Streamyx