Tips Tingkatkan Jualan di Instagram. Fenomena shopping atas talian bukan lagi perkara baru. Selain portal rasmi, laman sosial platform alternatif kepada kaki shopping. Dengan akses media sosial pada telefon pintar, tablet, dan komputer semakin meluas, kini anda boleh membuat urusan jual beli dengan mana sahaja.
Perkembangan teknologi menjadikan shopping online cukup popular dan tidak terhad hanya pada portal beli-belah gergasi sahaja. Hal ini mendorong peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk sama-sama memasarkan produk mereka. Berniaga di atas talian kurang berisiko dan modal yang rendah.
Tapi tahukah anda media sosial manakah yang paling popular dan patut anda gunakan untuk berniaga? Jawapannya adalah INSTAGRAM. Kini lebih ramai yang gemar melayari Instagram berbanding laman sosial lain. Tapi kenapa?
Kenapa Instagram menjadi pilihan?
- Facebook terlalu banyak iklan
- Produk mudah dicari menggunakan hashtag
- Instagram sebagai media sosial yang paling lebih mudah digunakan
- Instagram dimiliki oleh setiap golongan.
- Ringkas tapi padat
Berkaitan:3 Kelebihan Instagram Live Bisnes Online
Sebelum ni saya pernah terbitkan entri Cara Berniaga di Instagram. Jadi kalau anda dah ada akaun Instagram berikut merupakan beberapa tips mudah untuk tingkatkan sales!
Tips Tingkatkan Jualan di Instagram
Muat naik gambar yang berkualiti
Gambar adalah segalanya di Instagram. Pastikan anda memuat naik gambar yang berkualiti dan bukannya tangkap muat sahaja. Ingat, pelanggan akan beli apa yang mereka lihat. Kalau gambar pun tak berkualiti, bayangkan produk yang bakal mereka terima nanti.
Anda tak perlu kamera mahal untuk merakam gambar kerana kebanyakkan telefon pintar sekarang sudah terbina kamera yang berkualiti. Anda hanya berlu bijak cari sudut menarik dan gunakan aplikasi suntingan gambar seperti VSCO, Dark Room, Snap Seed, dan banyak lagi. Ini menunjukkan anda benar-benar serius dalam bisnes online sekaligus meyakinkan pelanggan.
Respon terhadap komen
Komen dan jumlah 'like' menunjukkan mereka berminat dan anda patut gunakan peluang ini dengan sepenuhnya. Tidak memberikan respon atau lambat melebihi 24 jam bagaikan anda tutup kedai tidak mahu berniaga.
Guna hashtag berkualiti
Tidak seperti Facebook dan Twitter, Instagram lebih memfokuskan penggunaan hashtag. Infact, lebih banyak hashtag, lebih banyak pendedahan. Jangan lupa menggunakan hashtag yang berkaitan dan sesuai dengan produk.
Contohnya anda jual jam tangan, guna hashtag #jamtangan #jamtanganmurah #jamtanganmalaysia supaya mudah dicari pelanggan. Jangan pula nanti letak puluhan hashtag yang tidak berkaitan kerana ini dikira spam dan tampak seperti kedai online murahan. There, I said it.
Manfaatkan Instagram Stories dan Instagram Live
Dengan fungsi Instagram Live dan Stories yang semakin popular, rugi jika anda tidak menggunakannya sebaik mungkin. Seperti yang telah saya sebut pada artikel Cara berniaga di Instagram peniaga boleh pelbagaikan bentuk promosi dengan menggunakan dua fungsi baru ini.
Ok, tu baru sikit. Kalau nak tahu dengan lebih detail, boleh rujuk panduan Instagram Kaboom. Kerana ebook ini menjelaskan satu persatu teknik seperti:
- Langkah meletupkan jualan
- Cipta Pelanggan
- Bina kedai IG
- Teknik kumpul followers

Artikel sebelum ini - Ulasan Filem To The Bone
Terima kasih kerana membaca Tips Tingkatkan Jualan di Instagram