Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Neffos X1 Lite RM499 Apa Yang Menarik

$
0
0
Neffos X1 Lite RM499 Apa Yang Menarik

Neffos X1 Lite RM499 Apa Yang Menarik. TP-Link yang terkenal dalam penawaran  produk-produk rangkaian seperti penghala WiFi telah memasuki pasaran telefon sejak Februari dengan jenama Neffos. Tahun 2017 sahaja mereka telah mengeluarkan sebanyak tiga peranti.

Nama Neffos tidaklah se-gah Samsung dan Oppo bagi peranti Android dan tidak mustahil mereka akan berada dalam carta peranti paling laris tidak lama lagi. Ini kerana Neffos memfokuskan rekaan yang mesra pengguna, dan menyediakan pengalaman pengguna digital yang unik.


Terkini, Neffos hadir dengan telefon pintar terbaharu iaitu X1 Lite pada harga mampu milik serendah RM499. X1 Lite mensasarkan golongan yang berbajet rendah tapi masih mahukan peranti berspesifikasi menarik.

Namun apakah yang menarik pada Neffox X1 Lite? Adakah ia berbaloi dimiliki?

Neffos Lite RM499 Apa Yang Menarik?

Sistem

Peranti ini dijana dengan MediaTek MT6750 yang seakan sama dengan X1 tetapi hadir dengan cip lapan-teras Cortex-A53 (4 x Cortex-A53 1.5 GHz + 4 x Cortex-A53 1.0 GHz. Percaya atau tidak X1 Lite hadir 2GB RAM dengan Android 7.0 Nougat ini kerana tidak banyak peranti yang berharga rendah menawarkan sistem baharu ini.


Memori

Dipadankan dengan storan dalaman sebanyak16GB. Bagi yang memerlukan storan tambahan, peranti ini menyokong kad MikroSD sehingga 265 Gigabyte.

Kamera

Satu la perkara yang boleh dibanggakan dengan Neffos X1 Lite adalah kemampuan kamera ni. Ia terbina dengan kamera belakang sebesar 13-Megapixel f/1.9 dengan lampu LED flash dwi-tona. Manakala kamera hadapan dengan 8MP dengan sudut lebar 84 darjah membolehkan anda merakan gambar selfie secara ramai. Gabungan kedua kamera ini biasa dilihat pada telefon kelas pertengahan.

Neffos X1 Lite RM499 Apa Yang Menarik



Neffos X1 Lite
Sistem Operasi
MediaTek MT6750
CPU
4 x Cortex-A53 1.5 GHz, 4 x Cortex-A53 1.0 GHz
Skrin
5 inci ; 720p pada 294ppi
Memori
2gb RAM
Storan
16GB (dalaman), MicroSD sehingga 256GB
Bateri
2550 mAh
Kamera
Belakang: 13mp f1.9 + LED flash ; Hadapan: 5mp
Pengimbas cap jari
Disediakan
Berat
138g
 

Rekaan

Memandangkan Neffos memfokuskan rekaan mesra pengguna, X1 Lite dibina berasaskan logam dan design tidak jauh bezanya dengan model sebelum ini, X1. Peranti ini turut berbucu bulat yang memberi keselesaan kepada pengguna.

Baca: Tarikh Raya Haji 2017 Malaysia

Pengimbas cap jari

Sokongan pengimbas cap jari yang tersedia pada peranti RM499 merupakan sesuatu yang mengujakan. Pengimbas yang terletak di bahagian belakang peranti mampu menyahkunci peranti sepantas 0.2 saat.

Interface

Neffos X1 Lite menggunakan antaramuka NFUI 2.0 iaitu versi terbaharu dari Neffos yang telah dibaik pulih. NFUI 2.0 dilihat cukup minimal dan segar. Selain itu pengguna turut dibenarkan menukar tema berlainan.

Neffos X1 Lite RM499 Apa Yang Menarik

Secara keseluruhannya, peranti berharga RM499 dengan padanan spesifikasi menarik menjadikan Neffos X1 Lite sangat berbaloi untuk dimiliki. Telefon kelas pertengahan ini cukup sesuai hanya untuk kegunaan khususnya mereka yang berbajet rendah dan pelajar IPT.

Saya pasti ramai yang ingin memilikinya terutama mereka yang mempunyai bajet terhad. Jika berminat anda boleh dapatkan Neffos X1 Lite di Lazada keranaanda akan menikmati beberapa barangan percuma bersama warranty selama 2 tahun! Rujuk link ini --> http://ho.lazada.com.my/SHS0Yqhttp://www.lazada.com.my/neffos-x1-lite/

Artikel sebelum ini - Sinopsis Dendam Aurora di Astro Prima

Terima kasih kerana membaca Neffos X1 Lite RM499 Apa Yang Menarik

Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Trending Articles