Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Punca RTM Haramkan Lagu Despacito

$
0
0

Punca RTM Haramkan Lagu Despacito. Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan dari memainkan lagu hit, Despacito, di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya dengan serta-merta.

Ini berikutan pihak RTM menerima banyak aduan dari orang awam menyuarakan rasa kurang senang kerana lirik lagu nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee itu berunsur lucah.

Punca RTM Haramkan Lagu Despacito

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan dari terus memainkan lagu itu.

Baca: Ulasan Filem Okja

Lagu Despacito berbahasa Latin ini mula dilancarkan pada Januari lalu dan disebabkan alunan muziknya 'catchy' senang diingati, lagu tersebut menular ke seluruh dunia termasuklah Malaysia. Lebih membuatkan lagu ini terkenal, penyanyi tersohor Justin Bieber berminat untuk melakukan kolaborasi dengan menyanyikannya dalam Bahasa Inggeris.

punca RTM haramkan despacito

Lirik lucah, tidak sesuai untuk kanak-kanak

Despacito bagaikan satu fenomena baru, ia setanding Gangnam Style yang pernah menjadi viral beberapa tahun lalu. Apa yang saya perhatikan, stesen radio tempatan pula sering memutarkan lagu tersebut. Maka tidak hairanlah jika lagu ini cukup popular.

Walaupun lagu ini sedap didengar, Despacito mengandungi lirik menghairahkan dan tidak sesuai untuk menjadi siulan kanak-kanak tidak tahu maksud sebenar lagu tersebut. Saya sediakan terjemahan lagu Despacito, dan anda nilai sendiri sama ada wajar atau tidak ia menjadi siulan anak-anak kecil.

Maksud lirik Despacito



Artikel sebelum ini - Tarikh Hari Raya Haji 2017 Malaysia

Terima kasih kerana membaca Punca RTM Haramkan Lagu Despacito

Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Trending Articles