Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Cara Beli Barang di Shopee

$
0
0
Cara Beli Barang di Shopee

Cara Beli Barang di Shopee. Bagi yang gemar beli shopping online, pastinya anda tertanya-tanya portal beli belah mana lagi yang masih belum cuba. Salah satu aplikasi beli-belah yang semakin popular adalah SHOPEE.


Shopee adalah aplikasi telefon pintar yang direka buat penjual dan pembeli supaya mereka dapat melakukan urusan jual beli dalam satu aplikasi dengan pantas. Anda juga boleh membuat pembelian melalui komputer tanpa masalah. 

Shopee dibina untuk memastikan anda dapat melakukan jual beli dengan ringkas, cepat, dan selamat.


Seperti pesaingnya yang lain, Shopee menawarkan pelbagai jenis produk dari bermacam kategori. Cuma taip sahaja apa yang anda inginkan, produk akan muncul berserta dengan harga murah.

Saya sempat beli barang hari tu, jadi dalam entri ini saya akan kongsikan cara shopping di Shopee sebagai panduan.

Cara Beli Barang di Shopee

Langkah 1: Untuk beli barang, anda perlu ada akaun Shopee. Layari www.shopee.cm.my untuk mendaftar. Klik SIGN UP > Isi Maklumat peribadi > Anda akan terima email pengesahan menandakan telah berjaya dan sedia untuk membuat pembelian.



Langkah 2: Pilih barang. Hanya taip nama produk yang anda inginkan pada ruang SEARCH. Katakan anda nak beli rak serbaguna dari Ikea iaitu Lerberg. Beberapa rak Lerberg akan terpapar. Namun anda pilih yang menawarkan harga terbaik. Baca 'product details', bila dah berpuas hati terus klik BUY NOW.


Langkah 3: Bahagian 'Shopping cart' akan terpapar. Pastikan produk, harga produk. serta kuantiti item adalah tepat. Kemudian klik 'Checkout'.


Langkah 4:  Isikan nama, alamat, dan nombor telefon. Pastikan anda isi maklumat dengan tepat. Kemudian klik 'Place Order'.

Langkah 5: Pilih cara pembayaran sama ada menggunakan kredit/debit kad, online banking, ATM/Bank transfer.


Langkah 6: Jika memilih 'Online Banking', anda akan dibawa ke laman perbankan yang anda pilih tadi untuk membuat pembayaran. Tak perlu masukkan jumlah kerana Shopee akan terus tolak jumlah harga barang yang dibeli dari akaun anda.

Langkah 7: Bila dah siap membuat pembayaran, anda akan menerima email pengesahan dan details pembelian. Jangan delete, nanti senang nak buat rujukan.

Tips shopping di Shopee

1. Terdapat banyak produk yang sama kerana dijual oleh seller yang berlainan. Jadi anda perlu pilih harga terbaik dan menetapka harga postage berpatutan. 

Cara Beli Barang di Shopee

2. Bandingkan harga dengan portal beli belah lain dan kedai fizikal. Pastikan anda membuat pembelian yang benar-benar berbaloi. 

3. Perlu sentiasa alert dengan promosi yang sedang berlangsung. Mana tahu barang yang anda idamkan selama ini ada diskaun 80%?


Terima kasih kerana membaca Cara Beli Barang di Shopee


Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Trending Articles