Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy S8 Malaysia. Samsung terkenal dengan sikap mereka yang sering mengeluarkan peranti terkini dan tidak perlu menunggu terlalu lama melihat produk dan teknologi baru. Terbaru, Samsung memperkenalkan dua telefon pintar berkuasa tinggi baru iaitu Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus.
Samsung kali ini bukan sahaja hadir dengan teknologi yang dipertingkatkan dan beberapa ciri baru, tetapi reka bentuknya turut diinovasi.
Ciri utama yang menarik perhatian adalah skrin S8 (5.8inci) dan S8+ (6.2 inci) dengan paparan 'Infinity Display' iaitu 80% skrin pada badan. Ia seolah-olah memenuhi impian pemilik telefon pintar yang selama ini mahukan skrin penuh dan tampak futuristik.
Spesifikasi Samsung S8 dan S8 Plus
Skrin
Samsung masih lagi mengekalkan rekaan tradisi mereka walaupun terdapat perubahan besar di bahagian hadapan. Tiada lagi butang 'Home', 'Back', dan 'Multitasking', kerana ketiga-tiga butang ini kini berada di atas skrin. Tidak dinafikan Infinity Display ini menjadikan S8 tampak elegen, segar, dan memberikan pengalaman paparan yang hebat sewaktu menonton video kerana ia tidak berbingkai.
Reka bentuk
Skrin lengkung atau 'edge' seperti sudah menjadi trademark Samsung. Rekaan kompak kedua-dua peranti ini membolehkan ia dikendalikan dengan sebelah tangan sahaja. S8 dan S8+ turut hadir dengan pengimbas cap jari yang terletak di belakang telefon bagi memudahkan pengguna mengakses peranti ini.
Selain itu tiada lagi masalah bonjolan kamera! Samsung akhirnya berjaya menyelesaikan masalah bonjolan kamera yang dihadapi peranti nipis sekaligu membolehkan ia diletakkan dipermukaan rata.
Kamera
Antara ciri baharu yang diperkenalkan termasuklah kamera premium 8MP F1.7 Smart autofocus sebagai kamera hadapan Galaxy S8 dan kamera belakang turut dikuasakan dengan 12MP F1.7 Dual Pixel bagi hasil gambar terbaik berbanding telefon dalam siri S sebelum ini.
Perbezaan antara S8 dan S8 Plus
Apa yang membezakan antara kedua-dua peranti ini adalah saiz dan kapasiti bateri sahaja.
Galaxy S8 | Galaxy S8+ | |
Sistem Operasi | Android 7.0 | |
Rangkaian | LTE Cat. 16* *May differ by markets and mobile operators | |
Skrin, Berat | 148.9 x 68.1 x 8.0 mm, 152g | 159.5 x 73.4 x 8.1 mm, 173g |
Pemprosesan | Octa core (2.3GHz Quad + 1.7GHz Quad), 64 bit, 10 nm process Octa core (2.35GHz Quad + 1.9GHz Quad), 64 bit, 10 nm process *May differ by markets and mobile operators | |
Memori | 4GB RAM (LPDDR4), 64GB (UFS 2.1) *May differ by markets and mobile operators | |
Skrin | 5.8” (146.5mm)1 Quad HD+ (2960x1440), (570ppi) | 6.2” (158.1mm)1 Quad HD+ (2960x1440), (529ppi) |
kamera | Belakang: Dual Pixel 12MP OIS (F1.7), Hadapan: 8MP AF (F1.7) | |
Bateri | 3,000 mAh | 3,500 mAh |
Pengecasan pantas dengan menggunakan wayar atau tanpa wayar. | ||
Connectivity | Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac (2.4/5GHz), VHT80 MU-MIMO, 1024QAM Bluetooth® v 5.0 (LE up to 2Mbps), ANT+, USB Type-C, NFC, Location (GPS, Galileo*, Glonass, BeiDou*) *Galileo and BeiDou coverage may be limited. | |
NFC | Disediakan. | |
Sensor | Accelerometer, Barometer, Fingerprint Sensor, Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Hall Sensor, Heart Rate Sensor, Proximity Sensor, RGB Light Sensor, Iris Sensor, Pressure Sensor | |
Audio | MP3, M4A, 3GA, AAC, OGG, OGA, WAV, WMA, AMR, AWB, FLAC, MID, MIDI, XMF, MXMF, IMY, RTTTL, RTX, OTA,DSF, DFF | |
Video | MP4, M4V, 3GP, 3G2, WMV, ASF, AVI, FLV, MKV, WEBM |
Pemprosesan
S8 dan S8 Plus adalah peranti berkuasa tinggi yang menggunakan cip teknologi 10nm lapan teras. Memori 4GB RAM dan kapasiti storan 64GB yang menggunakan format UFS 2.1, menjadikan peranti ini yang terpantas dan cekap di pasaran.
Interface/Antaramuka
Setelah menerima banyak rungutan dari pengguna, Samsung akhirnya menggunakan interface TouchWiz yang lebih minimalis dan segar. Ia cukup berbeza dengan Grace UX yang digunakan Samsung sebelum ini.
Bixby
Selain itu, Samsung turut membawakan teknologi baru pada peranti iaitu pembantu maya, Bixby, yang beroperasi umpama Google Now.
Harga
Samsung Galaxy S8 dan S8+ akan masuk ke pasaran Malaysia pada 11 April 2017 pada harga yang masih belum diketahui.
Entri sebelum ini - Masalah Beli-Belah Secara Online
Terima kasih kerana membaca Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy S8 Malaysia
Terima kasih kerana membaca Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy S8 Malaysia