Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Babak Gay Dipotong, Beauty And The Beast Lulus

$
0
0

Babak Gay Dipotong, Beauty And The Beast Lulus. Filem terbitan Walt Disney, Beauty And The Beast kini telah diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF) selepas diumum akan ditangguhkan tayangannya berikutan mempunyai babak berunsur gay.

Pihak LPF bersetuju untuk meneruskan tayangan filem in ke seluruh negara selepas memotong babak yang mempunyai unsur homoseksual.

Berkaitan:Fakta menarik Beauty And The Beast 2017

Filem live-action yang diadaptasi dari kartun Disney popular itu menerima kontroversi selepas pengarahnya, Bill Condon, memberitahu majalah Attitude bahawa karakter LeFou lakonan Josh Gad ialah seorang gay.

Babak Gay Dipotong, Beauty And The Beast Lulus

Maka kelam-kabutlah netizen Malaysia bmemberi respon terhadap kenyataan ini dan LPF serta merta mengambil keputusan ntuk menangguhkan tayangan Beauty And The Beast di Malaysia. Ada yang bersetuju filem ini diban di Malaysia dan kehidupan tetap akan diteruskan seperti biasa walaupun tidak menontonnya. Ada juga yang tidak berpuas hati kerana sebelum ini banyak filem yang berunsur LGBT ditayangkan, lagipun ini adalah filem kanak-kanak dan sudah tentu tidak akan ada babak gay keterlaluan.

Menurut laporan Vulture, babak gay dalam Beauty and The Beast hanya ketika LeFou memeluk Gaston dan sewaktu LeFou mengaku dia tidak mempunyai teman wanita kerana dia seorang yang lembut hati.Selain itu unsur gay tidak dinyatakan dengan jelas.

Wow....

Bayangkan jika Bill Condon tidak memberitahu yang watak LeFou ialah lelaki gay, filem ini akan ditayangkan tanpa dipotong dan tidak terpalit dengan kontroversi.


Like we haven't seen gay characters in Malay movies/dramas before. Masih ingat drama tentang budak lelaki lembut, 'Sutun'? He fell in love with his handsome senior! Finding Dory even featured a lesbian couple!

TERKINI: Disney memutuskan untuk menangguh tayangan BATB di Malaysia kerana tidak mahu LPF memotong babak yang dikatakan mempunyai unsur homoseksual.

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Filem La La Land

Terima kasih kerana membaca Babak Gay Dipotong, Beauty And The Beast Lulus

Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Trending Articles