Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Chatime Tukar Nama Kepada Tealive

$
0
0
Chatime Tukar Nama Kepada Tealive. Penggemar minuman berasaskan teh, Chatime, sudah pasti sedar yang francais popular itu kini bergelar TEALIVE. Pemegang francais Malaysia, Loob Holding, mengumumkan Chatime kini melalui proses penjenamaan semula ke atas semua 165 cawangan di negara ini. 

Bagi yang tertanya-tanya kenapa Chatime tukar nama.... Ketua Pegawai Ekskutif Loob Holding, Bryan Loo, menjelaskan syarikat francais induk, La Kaffa, yang beroperasi di Taiwan telah menamatkan kontrak dengan Chatime. Ini kerana Loob Holdings tidak bersetuju dalam hal melibatkan royalti dan penyumberan bahan.

chatime kini tealive
Gambar: World of Buzz
Disebabkan Malaysia antara penyumbang terbesar kira-kira separuh dari 800 cawangan seluruh dunia, Loob Holding akan tetap meneruskan empayar air teh dengan jenama baru. Tealive akan terus menawarkan produk berkuailiti seperti yang mereka lakukan sejak 2008 lagi. 


Loo memberi jaminan TeaLive akan mengekalkan konsep dan rasa air yang sama walaupun telah bertukar nama. Menariknya, mereka tidak lagi terikat dengan minuman berasaskan teh sahaja tetapi bakal memperkenalkan minuman seperti jus dan kopi bagi memberi lebih pilihan kepada pelanggan. 
sumber: Utusan

Jangan pulak nanti nak pergi beli Chatime... Chatime dah takde.  


Terima kasih kerana membaca Chatime Tukar Nama Kepada Tealive


Viewing all articles
Browse latest Browse all 562

Trending Articles